(VIDEO) GELUNGSUR AIR 'BLACK HOLE' BER-LED BAWA ANDA KE ANGKASA!

19:20 Krew Teh Tarik 0 Comments

Terjun ke dalam gelungsur air memang menyeronokkan. Selalunya, lokasi pilihan kami tentulah di taman tema air yang paling dekat dengan rumah, mana lagi kalau bukan Sunway Lagoon. Namun begitu, gelungsurnya seperti gelungsur-gelungsur lain yang ada di muka bumi - turun dengan pelampung sama ada seorang atau dua atau beramai-ramai di Vuvuzela, terjun terus ke dalam kolam air dan dilihat oleh beratus manusia lain yang sedang beratur menunggu giliran. Kadang-kadang, apabila dah siap turun, perasaan malu muncul sebab baju terangkat, dan perut kami keluar macam mashed potato yang terlebih dalam mangkuk kecil. Faham?!



Di Jerman, ada sebuah lokasi gelungsur air yang dikenali sebagai Black Hole yang terletak di Bad 1, Bremerhaven. Kalau dilihat dari luar, gelungsur air ini sama seperti gelungsur lain. Uniknya, di bahagian dalam, ianya dicat dengan warna hitam dan dipasang dengan lampu LED pelbagai warna dan apabila anda menggelungsur di dalam gelungsur air tersebut, anda seperti berada di angkasa lepas (over!) dan seperti sedang melalui satu kawasan yang lain daripada biasa. Kalau kami bercerita panjang pun, anda tak faham, tiada guna seperti mencurah air ke daun keladi. Jom tonton video di bawah.


0 comments: