Showing posts with label Seni. Show all posts

20 GAMBAR 'TAN LINES' YANG MENGEJUTKAN MINDA

Tan lines memang sentiasa akan wujud lebih-lebih lagi kalau anda jenis berpanas terik. Kami sangat annoyed dengan kewujudan tan lines ni lebih-lebih lagi di bahagian peha bila pakai seluar pendek ala hot pants, dan juga bahagian lengan. Dah macam pakai leggings dah sekali pandang. Biadap. Jom tengok 20 gambar tan lines yang ada nampak macam cool dan ada juga yang nampak menjengkelkan.

20 GAMBAR BUSINESS CARD YANG SUPER-UNIK

Business card atau kad perniagaan selalunya menjadi penghubung antara seorang peniaga, dengan orang lain yang dirasakan mempunyai kualiti sebagai klien. Ada business card yang menggunakan kertas biasa dengan rekaan yang simple, dan tidak kurang juga dengan yang menggunakan material lain. Salah satu business card yang paling unik pernah kami terima adalah daripada seorang supermodel, yang menggunakan material logam nipis sebagai kad. Memang awesome! Jom semak 20 gambar business card unik yang mungkin anda boleh gunakan sebagai inspirasi sebelum menempah business card.





















9 GAMBAR KALAU KUCING JADI SUPERHERO

Lebih kurang satu jam lagi, kita akan berbuka puasa! Yeay! Sabar ye. Anda mungkin sudah terfikir, gambar makanan dan angle apa yang akan dimuatnaik di laman sosial sebentar lagi kan? Hah! Klise. Kami pun fikir benda yang sama. Sebelum tu, jom belek-belek post pasal meowwwww ini.

Kucing memang makhluk yang comel. Bukan satu, tetapi rasanya kami kerapkali menulis artikel mengenai kucing kerana KUCING, SANGAT, COMEL, faham tak?! Haha. Semalam, ketika sedang scroll di Facebook, kami terjumpa segerombolan gambar ilustrasi kucing yang dilukis sebagai karakter-karakter superhero. Ianya dihasilkan oleh seorang artis ilustrasi dari Amerika, Jenny Parks. Jadi, jom semak 9 gambar comel ni apabila kucing menjadi SUPERKUCING! Meow!!!

(VIDEO) DIA SEORANG BUDAK BUTA, TETAPI BAKATNYA BUAT MATA KAMI HAMPIR BUTA KERANA ........


Maaf! Kami lelaki sejati yang tidak akan mengalirkan air mata dengan mudah! Namun begitu, disebabkan oleh Benjamin Yonattan, seorang budak buta berusia 14 tahun menyertai ujibakat America's Got Talent, kami menangis teresak-esak. Tiba-tiba kami merasakan bahawa adik ini sangat memberi inspirasi kepada dunia. Bakatnya sangat besar. Kami tidak mahu membebel lebih panjang. Sila tonton video di bawah.


(16 GAMBAR) KAU BUKAN SAMPAH LAGI, WAHAI SAMPAH!

Penulis Tamu: Sis Kinja

Sis memang suka benda-benda kreatif sejak kecil lagi, tipulah kalau rumah korang kat kampung tu tak ada benda-benda recycle yang mak ayah korang inovasikan untuk menjadi benda baru yang unik dan berguna.

Kebiasaannya tayar lama menjadi pilihan, sarat la rumah korang dengan tayar-tayar digunting sekata, tidak kurang juga trend meletakkan kulit telur dihujung daun nan indah. Lebih menimbulkan suasana desa, sedikit cat warna warni bak balai raya pasti menjadi pilihan.

Sudahlah membazir, kawan syaitan pula, sanggupkah anda digelar sebegitu rupa? Jika enggan disamakan sedemikian, ayuh kita guna semula barangan terpakai dan saling menjaga alam sekitar. Sis tak nak bumi kita bertukar menjadi planet sampah sarap.  Jom ikuti beberapa gambar kreatif yang mungkin boleh ditiru dan letak di kediaman anda!


Rumah Botol? Biar betul.

Tayar-tayar klise, tapi masih relevan.

Sang untie landing bersama anak selepas penat mengait dedaun jadi tikar. Kau mampu?














6 GAMBAR KAYU TUA YANG MAMPU BUATKAN OTAK ANDA MELETUP!

Siapa sangka, kayu tua pun mampu membuatkan otak anda meletup! Bukanlah sejenis bom ataupun bahan letupan. Ianya hanyalah sekadar sebatang kayu tua sepanjang 40 kaki, yang merupakan sebahagian daripada sebatang pokok mati. Kalau sekali pandang, kita akan menganggap kayu tua tersebut adalah kayu reput dengan tekstur kayu yang nampak seperti muka orang tua kerepot. Namun begitu, seorang seniman bernama Zheng Chunhui sebenarnya telah melakukan sesuatu kepada kayu tua tersebut dan mengambil masa selama empat tahun untuk menghasilkan karya seni agung yang diberi nama 'Along the River During the Quinming Festival'. Jom teliti gambar kayu tua tersebut secara dekat dan melihat sendiri keistimewaan cerita yang ingin disampaikan oleh Zheng. Serius tak tipu, kami sangat kagum!

'POTRAITS' DEDAH LEGASI SENI KARYA JURUGAMBAR AMRI GINANG

Kepada yang tidak mengenalinya, nama Amri Ginang mungkin sedikit asing. Namun begitu, bagi peminat seni fotografi, namanya memang sinonim dan bakatnya dalam berkarya memang tidak dinafikan.

Baru-baru ini, figura ini telah mempersembahkan POTRAITS yang merupakan hasil karya potret yang memaparkan lebih daripada 180 imej dalam bentuk cetakan, buku berfoto dan juga klip video. Siri ini memaparkan bagaimana trend-trend karya seni dalam bentuk sebegini semakin hari, semakin mendapat tumpuan dari seluruh pelosok dunia.

Subjek yang menjadi pilihan Amri adalah dari pelbagai lapisan kehidupan, termasuklah penyanyi terkemuka tanah air, Anuar Zain, pengarah filem Anwardi Dato' Jamil Sulong, penyanyi lagenda tahun 60-an, Allahyarham Dato' Ahmad Jais, model tanah air yang bertaraf antarabangsa, Yuen, anak seni dengan pelbagai bakat, Joe Young, pemain dram berusia 100 tahun dari Sumatera dan ramai lagi.

Pada siri POTRAITS itu juga turut berlangsung bengkel dan bual bicara mengenai fotografi selama dua hari. Turut tampil sepanjang dua hari adalah Sabrina Benneett yang merupakan Miss Universe Malaysia 2014 sebagai model, jurugambar komersial, Din Arshad, jurugambar perkahwinan, Azam Nuermaya, jurugambar konsert, Ajako Watanabe, jurugambar yang sedang meningkat naik, Kamalia Photolicious dan juga jurugambar kembara, Siu Lin Poon.

Kesemua mereka berbicara mengenai gambar-gambar potret dan berkongsi pengalaman masing-masing dalam bidang fotografi. Para peserta yang mengambil bahagian dalam bengkel dan bual bicara itu turut mendapat bimbingan terus daripada Amri sendiri dan turut menerima bantuan daripada jurusolek dan model.

Acara ini disokong oleh HP. HP Indigo Press 10000 dan HP DesignJet Z6800 merupakan dua buat pencetak yang bertanggungjawab mencetak kesemua hasil karya cetakan berkualiti tinggi sepanjang acara itu berlangsung.










15 BARANGAN DEKO SESUAI UNTUK GOLONGAN GEEK

Golongan geek merupakan gelaran untuk mereka yang kalau dalam bahasa yang kami sering gunakan, adalah golongan skema. Mungkin terma lain digunakan oleh anda. Golongan ini selalunya sedikit aneh, kerana gemarkan benda-benda yang mungkin pelik buat kita. Berikut merupakan 15 barangan dekorasi yang sesuai untuk golongan geek. Cool juga sebenarya. Jom semak!

Darth Vader Toaster

31 GAMBAR KARYA GABUNGAN LUKISAN DAN BARANG HARIAN OLEH VICTOR NUNES

Memang luar biasa! Pertama kali kami melihat hasil karya daripada pengkarya bernama Victor Nunes ini, ternyata ianya benar-benar kreatif dan unik. Hanya menggabungkan lukisan dengan barangan kegunaan harian seperti tudung pen, pop corn , biskut, buah kering dan sebagainya, Victor menghasilkan hasil karya hebat penuh cerita ini.