Showing posts with label Dunia. Show all posts

LEPAS ROMEN DALAM TUK TUK, DAH KENA DENDA

Kemarin, kami ada berkongsi satu post dengan tajuk KANTOI ROMEN DALAM TUK TUK? dan nampaknya, pasangan yang beromen itu sudah ditangkap oleh pihak berkuasa negara tom yam, Thailand. 

Pasangan pelancong Rusia itu didenda £11 setiap seorang selepas video itu tersebar dan dorang pun dah dihadapkan ke mahkamah. 


Mahkamah juga mendengar pengakuan daripada pemandu tuk tuk itu sendiri yang tak perasan pasangan itu sedang beromen.


"Saya ingatkan dorang cuma menari. Rupanya buat baby!" kata pemandu yang dikenali sebagai Prawee Naruesod, 39. 

Pegawai Polis Pelancong Phuket, Lt Kol Naruwet Puttawiro berkata kepada akhbar The Phuket News, tuk tuk itu melalui kawasan tidak jauh dari pantai. 


"Kami kenal pasti siapa pemandu tuk tuk itu berdasarkan nombor lesen dan dia membawa polis ke tempat di mana pasangan itu menginap," katanya. 

Pelik-pelik eh manusia?! Hahaha. 

KANTOI ROMEN DALAM TUK TUK?

Wey! Tak kelakar wey!

Baru-baru ni, ada satu pasangan pelancong mengadakan hubungan seks dalam Tuk Tuk yang tengah bergerak di Phuket, Thailand. Yes! Having sex! Beromen.


Yang kelakarnya, perbuatan dua manusia lahanat ini sempat dirakamkan dan terus viral. Video berdurasi 28 saat itu dirakamkan oleh orang awam, dikenali sebagai Sornchai Uadsree di satu kampung dikenali sebagai Karon, di pulau pelancongan tu.


Video yang di-upload oleh Uadsree tu, dia juga tulis, "Tak boleh tunggu balik hotel ke?" dalam bahasa Thai.

Ye la. Kau dah kenapa Som? Sangap sangat dah? Hahahaha.

Walaupun nampak lucu, menjengkelkan dan aneh, insiden itu juga mendapat pelbagai respon daripada netizen dan kebanyakannya, menganggap benda jelek itu tak sepatutnya berlaku di tempat awam.



Ada juga yang meminta pihak berkuasa supaya melakukan siasatan, terutamanya kepada pemandu Tuk Tuk yang tak menghentikan aksi pasangan tu.

Apo?!

BAJU OTOT PALSU UNTUK NAMPAK SADO?

Haah! Serius tak tipu. Rupa-rupanya ada eh dijual baju yang direka dengan ketulan otot-otot palsu, bagi menampakkan si pemakai macam berotot sado saduran sindur sundirun bak pelaku street workout dan abang-abang gym.

24 GAMBAR PHOTOBOMB YANG LUCU & DI LUAR JANGKAAN

Kalau kita bergambar, kadang-kadang ada 'hantu' yang gatal tangan nak tunjuk peace lah, nak meloncat tiba-tiba di depan kitalah, nak gawang-gawang tangan depan lensa kameralah, dan pelbagai lagi aksi jelek. Namun begitu, selain manusia, binatang juga pandai melakukan aksi-aksi photobomb ini. Kami kongsikan 24 gambar photobomb yang lucu, dan di luar jangkaan. 

PONDAN HABISKAN $110,000 UNTUK 'JADI' KIM KARDASHIAN?

Lebih baik pondan ni sedekahkan wang sebanyak itu kepada kami kerana kami sangat memerlukan wang nak tampal atap rumah kami yang bocor. Jurusolek, Thalia Almodobar, telah menghabiskan sejumlah wang berjumlah $110,000 untuk 'menukarkan' dirinya menjadi Kim Kardashian.

(VIDEO) CARA MENGAJAR ORANG NORMAL YANG PARKING DI TEMPAT OKU

Ambik kau! Kami tidak suka marah-marah di bulan Ramadan yang mulia ini. Namun begitu, banyak benda yang dihantar oleh Allah SWT sebagai ujian dan dugaan dalam bulan ini dan alhamdulillah, kami berjaya meyakinkan diri kami bahawa, kami perlu bersabar kerana itu merupakan salah satu tuntutan dalam bulan Ramadan. Antara benda yang mampu membuat hati kami membara umpama api neraka adalah, manusia bodoh yang meletak kenderaan seperti anjing berak dan satu lagi, mereka yang lahir hampir sempurna, tapi meletak kenderaan di tempat OKU atau orang kelainan upaya. Ini cara mengajar si bodoh seperti ini.




20 HIDANGAN MCDONALD'S PALING POPULAR MENGIKUT NEGARA

McDonald's memang sudah tidak asing lagi buat penggemar peminat makanan segera. Bermula pada tahun 1950-an, selepas Ray Kroc membeli restoran McDonald's pertama daripada adik beradik McDonald, jenama rangkaian restoran itu terus menggapai zaman kegemilangan yang tidak terhingga. Namun begitu, di Amerika, menunya mungkin berbeza dengan menu-menu di negara lain. Ya lah. Perut Mat Saleh berbeza dengan perut-perut lain. Kalau di Malaysia, untuk kami, memang all time favourite adalah, Ayam Goreng McD, yang pedas dan sangat sedap nak mampus tu! Faham tak? Haha. Okay, now, jom kita belek-belek 20 hidangan McDonald's yang paling popular di beberapa buah negara, selain Amerika Syarikat.

Spicy Paneer Wrap (India)

15 GAMBAR PEJABAT COOL HABIS YANG BUAT ANDA MAKAN HATI!

Pejabat merupakan tempat kita bekerja, mencari rezeki untuk sesuap nasi. Ada pejabat yang cantik, dan ada juga yang tampil bak reban ayam. Namun begitu, bagi kami, keadaan pejabat memang memberikan impak kepada semangat kita untuk bekerja. Gituh! Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pejabat kami dalam keadaan selesa dan wangi. Jom tengok 15 gambar pejabat yang cool nak mampus dan membuatkan kami rasa macam nak bertukar kerja.

Airbnb (USA)

Memang pejabat mereka ini sangat cool habis! Rekaan dinding, bumbung dan sebagainya memang membuatkan ramai makan hati dengan pejabat Airbnb yang berlokasi di San Francisco ini. Lebih menarik lagi, kesemua pekerja dalam syarikat ini boleh bekerja di mana-mana sahaja ruang yang ada dalam ruang berkeluasan 72,000 kaki persegi ini.

White Mountain Office (Sweden)

Sekilas pandang, pejabat ini nampak seperti dibina dalam sebuah gua batu. Ya, memang benar kerana pejabat ini sebenarnya dibina di bawah perut bumi Sweden, di dalam sebuah kubu nuklear lama. Dalam pejabat ini ada rumah hijau, air terjun dan paling unik, enjin kapal selam Jerman.

Facebook (Worldwide)

Pejabat Facebook juga mampu membuatkan hati anda dimakan anai-anai. Anda boleh berehat di buaian dan bermain game di bilik game yang disediakan. Kalau bosan lagi, anda juga boleh bermain bola keranjang di court yang disediakan.

Selgas Cano Architecture (Spain)

Bayangkan anda bekerja di dalam hutan yang sangat tenang, pada setiap hari. Inilah pengalaman yang dirasakan oleh pekerja-pekerja di Selgas Cano Architecture, Sepanyol. Pejabat mereka memang lengkap dengan pelbagai peralatan unik dan paling penting, dinding utamanya adalah cermin yang menghubungkan anda terus kepada alam.

Threadless (Illinois)

Syarikat pengeluar kemeja-T dari Chichago ini juga tidak kurang hebatnya. Di bahagian silingnya, tergantung berkoyan-koyan T-shirt. Dindingnya pula dihiasi dengan seni graffiti. Lebih menarik, ada sebuah RV yang diletakkan di dalam pejabat dengan pintu terbuka. So, anda boleh melepak di dalam RV tersebut.

Pixar Animation Videos (California)

Untuk kampus seluas 22 ekar ini, memang banyak benda menarik dan unik. Lebih unik dah melampau, Ketua Pengarah Artistik Pixar Animation Videos memiliki sebuah almari untuk menyimpan toys, yang saiznya memang tidak dapat digambarkan! Besar betul tu.

Google (California)

Di Malaysia, pejabat Google memang boleh tahan menarik. Itu di Malaysia. Bayangkan pula pejabat mereka di California. Memang berkali ganda lebih hebat berbanding di Malaysia. Dalam pejabat ini ada disediakan kedai gula-gula, gelungsur yang menghubungkan setiap tingkat, beanbag, dan juga gummy bears.

Dropbox (California)

Siapa sangka, program perkongsian fail terkemuka, Dropbox juga tidak kurang hebatnya dalam menghasilkan pejabat yang cool. Yang penting, mereka ada menyediakan 'Romance Chamber', dan 'Breakup Room' yang kami pun kurang pasti mengenai kegunaannya.

Urban Outfitters (Pennsylvania)

Pejabat mereka sebelum ini merupakan sebuah bengkel perkapalan. Jadi, mereka tetap mengekalkan elemen-elemen itu. Dalam pejabat ini juga, ada sebuah kafe, kedai kopi, perpustakaan, pusat kecergasan dan macam-macam lagi. Oh, yang nampak lebih segar adalah dengan adanya pokok-pokok hidup!

Inventionland Design Factory (Pennsylvania)

"Kau gila ke Som?!". Ini pertanyaan yang timbul dalam benak kami. Rasanya, apabila melangkah ke pejabat mereka, anda akan merasai pengalaman seperti berada di sebuah taman tema mini. Disediakan sebuah 'kapal' tempat anda bekerja, dan bekerjalah anda sekuat-kuatnya.

Red Bull Offices (London)

Pejabat minuman tenaga ini juga tidak kurang hebatnya. Ianya direka seiring dengan tenaga yang dipancarkan daripada minuman Red Bull. Hiasan dalamannya memilih rona merah, yang digabungkan dengan kelabu logam serta rekaan moden. Kalau bosan, anda boleh bermain ping pong dan paling unik adalah, bilik mesyuarat yang terapung.

Three Rings (California)

Syarikat pengeluar permainan atas talian ini pula mempunyai pejabat yang nampak sangat hipster. Dekorasinya diinspirasikan daripada gaya steampunk. Dalam pejabat ini disediakan bilik rahsia, meja kad, sebuah bar serta tempat berehat yang sangat cool!

Pallotta Teamworks (California)

Pejabat ini pernah memenangi anugerah sebagai pejabat yang sangat mesra alam dan efektif. Pallotta Teamworks mengubah sebuah gudang lama di LA menjadi sebuah pejabat yang cool dengan beberapa buah khemah serta kontena sebagai pemisah.

TBWA (Worldwide)

Sekilas pandang, anda seperti berada di sebuah taman yang menghijau. Walhal anda sebenarnya berada di sebuah syarikat agensi pengiklanan.

Lego (Denmark)

Kalau anda ingin kekal di usia 3 tahun, sila bekerja di pejabat Lego ini. Kalau malas nak turun ke tingkat bawah menerusi tangga, turunlah dengan gelungsur, sama seperti yang berada di Google. Di dalamnya juga turut disediakan taman permainan untuk anjing dan bilik permainan.

18 GAMBAR SEMPADAN NEGARA YANG DIPISAHKAN DENGAN SEHELAI ROH

Roh, bukanlah Rohana dan Rohana, atau Rohaya, mahupun Rohingnya. Tetapi, kami tidak tahu mahu gambarkan bagaimana persempadanan negara-negara ini sebab terlaluuuuuu hampir jaraknya. Kami berasal dari Perlis Indera Kayangan Darul Indah Lagi Mempersona dan sempadan Thailand dan Malaysia, bagi kami sekadar berdehem batuk di tepi tunggul, sudah sampai. Jom tengok 18 gambar sempadan negara-negara ni dan mungkin ada yang anda sendiri tidak sangka wujud! 

5 GAMBAR TEROWONG SEMULAJADI YANG MEMBUATKAN ISNIN ANDA LEBIH GIRANG

Kami tahu, Isnin bukanlah hari yang indah dan mudah untuk semua orang. Dalam pada sesetengah orang memulakan Isnin dengan penuh ceria, wajah tersenyum riang, muka macam baru balik dari sarkis, ada juga yang menganggap Isnin merupakan hari yang tegang, menyayat hati, bahkan penyebab kepada wajah muram. Jom tengok lima gambar terowong unik yang memang semulajadi ni. Moga Isnin anda akan lebih tenang. Senyum sikit hoi!






20 GAMBAR SNAPCHAT ANAK-ANAK ORANG KAYA BERUNSUR POYO NAK MAMPUS!

Anda tahu apa itu Snapchat? Snapchat merupakan sebuah aplikasi untuk berkongsi gambar atau video yang disertakan dengan caption. Kalau di Malaysia, kami tidak tahu sama ada ramai pengguna atau tidak kerana kami sendiri tidak menggunakannya. Hewhewhew.

Di luar negara, of course ramai menggunakan Snapchat. Namun begitu, apabila aplikasi ini digunakan oleh anak-anak orang kaya sejagat, ianya menjadi jelek. Bukan jelek dek kerana mereka meletakkan gambar bogel mahupun wajah hodoh seperti Princess Fiona si pemakan lumpur, tetapi kerana kepoyoan yang wujud dalam diri mereka sejak bergelar fetus. Nah, tengok dan nilai sendiri. Harap anda tidak muntah atau melenting sehingga habis 20 gambar.

19 GAMBAR KERETA POLIS BUAT RAHANG TERCABUT DARI SELURUH DUNIA

Kereta polis di setiap negara, memang berbeza. Di Malaysia, sebelum bertukar kepada Proton Inspira, kebanyakannya menggunakan khidmat Proton Waja. Mungkin itu paling laju dan nampak bengis. Di India contohnya, kebanyakan kereta polis, kalau kita tengok filem Hindustan atau Tamil adalah Jeep kecik dengan pintu ala-ala kain getah. Namun begitu, banyak lagi kereta polis yang menggunakan model supercar yang awesome dan mampu membuatkan rahang kami terjatuh sampai ke riba! Jom tengok apa yang best sangat tu.

(VIDEO) DIA SEORANG BUDAK BUTA, TETAPI BAKATNYA BUAT MATA KAMI HAMPIR BUTA KERANA ........


Maaf! Kami lelaki sejati yang tidak akan mengalirkan air mata dengan mudah! Namun begitu, disebabkan oleh Benjamin Yonattan, seorang budak buta berusia 14 tahun menyertai ujibakat America's Got Talent, kami menangis teresak-esak. Tiba-tiba kami merasakan bahawa adik ini sangat memberi inspirasi kepada dunia. Bakatnya sangat besar. Kami tidak mahu membebel lebih panjang. Sila tonton video di bawah.


AMBER CHIA DAN 9 SELEBRITI BUKAN MUSLIM TAMPIL MANIS BERHIJAB

Siang tadi, ramai yang terpaku apabila bertebaran gambar model, Amber Chia yang tampil dengan imej berhijab. Sebelum ini, Amber memang sering dilihat tampil seksi dengan busana gah rekaan para pereka terkemuka. Namun begitu, apabila dia muncul dengan imej berhijab dan mengeluarkan kenyataan ingin berpuasa penuh selama sebulan (dua tahun lalu, dia pernah berpuasa selama 10 hari), mungkin ramai minah rempit dan bohsia berambut karat dan rosak yang rasa tercabar. Jom semak beberapa gambar manis Amber Chia dan 9 selebriti Hollywood yang bukan muslim, tampil berhijab. Manisssss!

(VIDEO) GELUNGSUR AIR 'BLACK HOLE' BER-LED BAWA ANDA KE ANGKASA!

Terjun ke dalam gelungsur air memang menyeronokkan. Selalunya, lokasi pilihan kami tentulah di taman tema air yang paling dekat dengan rumah, mana lagi kalau bukan Sunway Lagoon. Namun begitu, gelungsurnya seperti gelungsur-gelungsur lain yang ada di muka bumi - turun dengan pelampung sama ada seorang atau dua atau beramai-ramai di Vuvuzela, terjun terus ke dalam kolam air dan dilihat oleh beratus manusia lain yang sedang beratur menunggu giliran. Kadang-kadang, apabila dah siap turun, perasaan malu muncul sebab baju terangkat, dan perut kami keluar macam mashed potato yang terlebih dalam mangkuk kecil. Faham?!



Di Jerman, ada sebuah lokasi gelungsur air yang dikenali sebagai Black Hole yang terletak di Bad 1, Bremerhaven. Kalau dilihat dari luar, gelungsur air ini sama seperti gelungsur lain. Uniknya, di bahagian dalam, ianya dicat dengan warna hitam dan dipasang dengan lampu LED pelbagai warna dan apabila anda menggelungsur di dalam gelungsur air tersebut, anda seperti berada di angkasa lepas (over!) dan seperti sedang melalui satu kawasan yang lain daripada biasa. Kalau kami bercerita panjang pun, anda tak faham, tiada guna seperti mencurah air ke daun keladi. Jom tonton video di bawah.


20 GAMBAR WAJAH-WAJAH LUCU KETIKA TERTIDUR DALAM TRAIN

Di Malaysia, kita ada KTM Komuter, KTM Antara Negeri, LRT, Monorail, dan tidak lama lagi, MRT. Selalunya, kereta api-kereta api ini akan penuh pada pagi hari di mana semua orang berpusu-pusu untuk ke pejabat, dan apabila waktu pulang dari pejabat. Selain daripada terpaksa menghidu bau ketiak dan Bangladesh, kebanyakan daripada kita juga mempunyai masalah mengantuk ketika berada di dalam kereta api. Jangan bohong kalau anda kata, anda tidak pernah tertidur ketika dalam kereta api. Kami pun pernah tertidur dan selalu terlepas stesen. Jom semak 20 gambar-gambar hodoh, lucu, comel, menggelikan dan macam-macam lagi wajah mereka yang tertidur ketika berada di dalam kereta api.

(VIDEO) REAKSI KANAK-KANAK APABILA MELIHAT GAMBAR BRUCE-CAITLYN JENNER SEBELUM DAN SELEPAS

Transformasi daripada Bruce kepada Caitlyn Jenner benar-benar menjadi nampaknya. Dalam pada ramai yang menunjukkan rasa sokongan, ada juga pihak yang menghentam. Kami punya pendapat sendiri, tetapi rasanya lebih afdal sekiranya kami tidak terlalu melantunkan pendapat kami.

6 GAMBAR KAYU TUA YANG MAMPU BUATKAN OTAK ANDA MELETUP!

Siapa sangka, kayu tua pun mampu membuatkan otak anda meletup! Bukanlah sejenis bom ataupun bahan letupan. Ianya hanyalah sekadar sebatang kayu tua sepanjang 40 kaki, yang merupakan sebahagian daripada sebatang pokok mati. Kalau sekali pandang, kita akan menganggap kayu tua tersebut adalah kayu reput dengan tekstur kayu yang nampak seperti muka orang tua kerepot. Namun begitu, seorang seniman bernama Zheng Chunhui sebenarnya telah melakukan sesuatu kepada kayu tua tersebut dan mengambil masa selama empat tahun untuk menghasilkan karya seni agung yang diberi nama 'Along the River During the Quinming Festival'. Jom teliti gambar kayu tua tersebut secara dekat dan melihat sendiri keistimewaan cerita yang ingin disampaikan oleh Zheng. Serius tak tipu, kami sangat kagum!

10 GAMBAR ANTI-IKLAN SEMPENA PIALA DUNIA FIFA 2022 DI QATAR

Kami pernah melihat dan menonton video-video yang memaparkan pekerja-pekerja asing yang bekerja di Dubai. Ada yang menyabung nyawa, tetapi bayaran dan keselamatan mereka, langsung tidak dihiraukan bak binatang. Ya Allah! Arab-Arab Dubai kaya itu memang binatang! Argh!! Okay maaf kami emosi lagi.

Disebabkan inilah, ramai yang mula menganggap isu ini sebagai sesuatu yang serius dan ianya benar-benar serius umpama pertelingkahan mulut antara Tun M dan DS Najib! Faham? Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA juga telah menahan terlebih dahulu keputusan untuk mengadakan Piala Dunia 2022 di Qatar dan orang ramai termasuk aktivis hak asasi manusia mula mencanang agar pembiayaan daripada jenama-jenama besar ditarik semula.

Sehingga kini, lebih 900 pekerja asing telah maut dalam menyiapkan persiapan sempena acara terbesar bola sepak dunia itu dan angka tersebut dijangka meningkat sehingga 4,000 kematian sebelum semuanya siap.

Ramai yang telah menyebarkan maklumat menerusi grafik anti-iklan yang masih meneruskan menjana untuk acara tersebut. Anda boleh melihat karya grafik tersebut di #artpeople dan menghantar hasil kerja karya grafik anda ke www.artpeople.net.

Berikut kami kongsikan beberapa grafik anti-iklan.











VIDEO: 125 TAHUN PEREDARAN ZAMAN BAJU MANDI SEMAKIN HARI SEMAKIN LUCAH

Baju mandi memang sentiasa menjadi salah satu pakaian seksi buat kaum wanita. Kalau untuk wanita-wanita Barat, baju mandi bukanlah sesuatu yang aneh kerana bagi mereka, buah dada hanyalah umpama cuping telinga yang boleh ditunjuk sesuka hati.