CHRIS PRATT BAKAL KEMBALI DALAM SEKUEL 'JURRASIC WORLD'

09:27 Krew Teh Tarik 0 Comments

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada jutaan penonton yang menonton filem JURRASIC WORLD, anda tentunya kenal dengan pelakon Chris Pratt yang membintangi filem tersebut. Kalau tidak, sila ke Shah Alam, dan kami tampar muka anda sebanyak empat kali! Awas ye! Nampaknya, Pratt bakal kembali menghangatkan suasana beraksi dengan haiwan-haiwan prasejarah itu.



Menerusi sebuah portal hiburan antarabangsa, Pratt telah mengumumkan bahawa dia telah menandatangani kontrak untuk membintang sekuel filem JURRASIC WORLD. Pada minggu pertama tayangan, JURRASIC WORLD telah mencatat kutipan sebanyak $511.8 juta dan itu merupakan satu jumlah yang besar.

Anda rasa, adakah anda akan menonton sekuel JURRASIC PARK ini?

0 comments: