18 GAMBAR SEMPADAN NEGARA YANG DIPISAHKAN DENGAN SEHELAI ROH

15:33 Krew Teh Tarik 0 Comments

Roh, bukanlah Rohana dan Rohana, atau Rohaya, mahupun Rohingnya. Tetapi, kami tidak tahu mahu gambarkan bagaimana persempadanan negara-negara ini sebab terlaluuuuuu hampir jaraknya. Kami berasal dari Perlis Indera Kayangan Darul Indah Lagi Mempersona dan sempadan Thailand dan Malaysia, bagi kami sekadar berdehem batuk di tepi tunggul, sudah sampai. Jom tengok 18 gambar sempadan negara-negara ni dan mungkin ada yang anda sendiri tidak sangka wujud! 

0 comments:

22 GAMBAR BAYI COMEL DENGAN KOSTUM KARAKTER FILEM ADIWIRA

20:24 Krew Teh Tarik 0 Comments

Sumpah comel nak mampus! Kecomelan baby memang tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi dengan bau syurga yang mereka ada. Hais. Kami memang suka melihat gambar-gambar comel, bayi baru lahir yang menjalankan photo shoot. Memang comel. Teringat gambar Aisyah anak Che Ta dan Zain Saidin yang comel nak mampus tu. Jom tengok 22 gambar kecomelan teramat sangat ini, bila bayi-bayi dipakaikan dengan kostum karakter filem dan adiwira. Go superbaby!

0 comments:

20 SELEBRITI HOLLYWOOD YANG PERNAH MENJADI GELANDANGAN

01:00 Krew Teh Tarik 0 Comments

Selebriti selalu dilihat sebagai manusia yang kaya, popular, dikenali dan dikagumi. Kalau boleh, setiap benda yang dilakukan mereka, memang akan mencuri tumpuan. Tetapi, tahukah anda bahawa ramai juga selebriti yang pernah bergelar homeless atau gelandangan sebelum popular? Syukur, alhamdulillah Malaysia masih aman walaupun matawang semakin merudum. Jom semak 20 selebriti popular dalam A-list Hollywood yang pernah bergelar gelandangan.

Shania Twain

Shania dan keluarganya pernah menetap di tempat perlindungan gelandangan. Demi membantu keluarganya menyara kehidupan, dia mula menyanyi di bar pada usia 8 tahun.

William Shatner

Selepas muncul dalam siri STAR TREK, William terpaksa tinggal di dalam traknya.

Kelly Clarkson

Rumah penyanyi ini hangus dalam kebakaran ketika hari pertama dia berpindah dari Texas. Dia terpaksa tidur di dalam keretanya sehinggalah dia muncul dalam AMERICAN IDOL.

David Letterman

Dia pernah tinggal di dalam trak sehinggalah dia berjaya menulis komedi untuk Jimmie Walker.

Kurt Cobain

Vokalis Nirvana ini pernah menjadi gelandangan di bawah jambatan dan tidur di bilik menunggu hospital.

Sylvester Stallone

Dia diusir dari rumahnya di New York dan terpaksa tinggal di stesen bas selama tiga minggu.

Tyler Perry

Selepas gagal dengan produksi teater, Tyler terpaksa menetap di dalam keretanya.

Halle Berry

Dalam pada mengejar kerjaya sebagai anak seni di awal pembabitannya, dia kehabisan wang dan tinggal di tempat perlindungan gelandangan buat seketika.

Jennifer Lopez

Mungkin kemunculannya di Hollywood tidak mendapat restu keluarga, dia terpaksa menumpang di rumah kawan-kawannya.

Jim Carrey

Jim tinggal bersama keluarganya di dalam sebuah van dan melalui pelbagai masalah kewangan.

Hilary Swank

Dia dan ibunya tinggal di dalam kereta. Dia akhirnya berjaya mendapat pekerjaan dalam lakonan dengan beberapa panggilan menggunakan telefon awam.

Carmen Electra

Dia juga pernah menjadi gelandangan di Hollywood selepas ditinggalkan oleh bekas teman lelakinya yang juga telah mengambil kesemua wang simpanannya.

Drew Carey

Dalam perjalanan mencipta karier di Las Vegas, Drew pernah bergelar gelandangan.

Lil Kim

Dia dibuang keluarga oleh ayahnya dan terpaksa berteduh bersama gelandangan lain di sekitar Brooklyn.

Rose McGowan

Lebih setahun Rose bergelar gelandangan. Lokasinya adalah di Oregon dan Washington.

Djimon Hounsou

Ketika menetap di Paris, dia terpaksa menjadi gelandangan dan berjuang untuk hidup.

Steve Harvey

Steve mengakui bahawa pada satu masa dalam kariernya, dia pernah jatuh dan terpaksa menjadi gelandangan selama tiga tahun.

Brett Butler

Selepas muncul dalam GRACE UNDER FIRE, Brett berjuang dengan ketagihan dadah dan berakhir sebagai gelandangan.

Daniel Craig

Dalam pada mencipta nama sebagai seorang pelakon, Daniel pernah tidur di bangku taman dan menjadi gelandangan.

Steve Jobs

Mendiang Steve pernah menumpang di bilik dorm temannya. Dia juga pernah menjual botol untuk mendapatkan wang. Selain itu, dia mendapatkan makanan percuma sekali dalam seminggu di Kuil Hare Krishna.

0 comments:

9 GAMBAR ORANG SEBENAR (DAN SEEKOR ANJING COMEL) YANG MIRIP WATAK ANIMASI

00:20 Krew Teh Tarik 0 Comments

Siapa sahaja yang tidak suka menonton kartun? Kami, masa kecil dahulu memang sudah diasuh dengan cerita-cerita kartun animasi. Daripada Doraemon, Dragonball, Naruto, Sailormoon dan banyak lagi. Sekarang, banyak animasi yang sudah moden dan jadi kegilaan seperti Elsa. Jadi, jangan hairan apabila ternampak adik perempuan gemuk dan berlengas pun mengenakan baju ala jubah kemban dengan kain net di bahagian dada, siap layah 1.3 meter berwarna biru! Jom tengok 9 gambar menarik, orang dan binatang yang mirip watak-watak animasi. 

0 comments:

5 GAMBAR TEROWONG SEMULAJADI YANG MEMBUATKAN ISNIN ANDA LEBIH GIRANG

11:14 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kami tahu, Isnin bukanlah hari yang indah dan mudah untuk semua orang. Dalam pada sesetengah orang memulakan Isnin dengan penuh ceria, wajah tersenyum riang, muka macam baru balik dari sarkis, ada juga yang menganggap Isnin merupakan hari yang tegang, menyayat hati, bahkan penyebab kepada wajah muram. Jom tengok lima gambar terowong unik yang memang semulajadi ni. Moga Isnin anda akan lebih tenang. Senyum sikit hoi!






0 comments:

BMW GROUP MALAYSIA PERKENAL PROGRAM 'BMW SAFETY 360º', BMW 1 SERIES & BMW 2 SERIES GRAN TOURER BARU

16:13 Krew Teh Tarik 0 Comments

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan siri kedua  program BMW Safety 360º serta dua model baharu BMW – model pemasangan tempatan BMW 1 Series dan BMW 2 Series Gran Tourer serba baharu sempena acara Cooler Lumpur Festival kali ketiga.

0 comments:

9 GAMBAR KALAU KUCING JADI SUPERHERO

18:30 Krew Teh Tarik 0 Comments

Lebih kurang satu jam lagi, kita akan berbuka puasa! Yeay! Sabar ye. Anda mungkin sudah terfikir, gambar makanan dan angle apa yang akan dimuatnaik di laman sosial sebentar lagi kan? Hah! Klise. Kami pun fikir benda yang sama. Sebelum tu, jom belek-belek post pasal meowwwww ini.

Kucing memang makhluk yang comel. Bukan satu, tetapi rasanya kami kerapkali menulis artikel mengenai kucing kerana KUCING, SANGAT, COMEL, faham tak?! Haha. Semalam, ketika sedang scroll di Facebook, kami terjumpa segerombolan gambar ilustrasi kucing yang dilukis sebagai karakter-karakter superhero. Ianya dihasilkan oleh seorang artis ilustrasi dari Amerika, Jenny Parks. Jadi, jom semak 9 gambar comel ni apabila kucing menjadi SUPERKUCING! Meow!!!

0 comments:

9 GAMBAR PUBERTY CEMERLANG BINTANG 'HARRY POTTER' BIKIN BATAL PUASA!

14:58 Krew Teh Tarik 0 Comments

Puberty atau akil baligh memang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan. Kami masih ingat, ketika pertama kali kami akil baligh dan mengeluarkan benda aneh dari tubuh, kami berusia 10 tahun. Nervous, takut, risau, keliru, bingung dan pelbagai perasaan muncul tatkala ianya berlaku. Sejak dari itulah, di beberapa bahagian tubuh mula tumbuh bebuluan aneh. Kami menjangka, kami akan berubah menjadi kucing. Selain daripada itu, wajah kami juga berubah semakin hari, semakin menjadi hantu apabila jerawat mula tumbuh. Kami tertekan. Over kan?!

Jom kita lihat puberty cemerlang yang berlaku pada bintang-bintang HARRY POTTER ini. Memang sangat cemerlang. Yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang, tentulah Matthew Lewis Si Holy Longbottom! Scroll sampai habis okay! Tahan diri tau. Ingat-ingat sikit, hari ni baru hari kedua Ramadan.

0 comments:

20 GAMBAR SNAPCHAT ANAK-ANAK ORANG KAYA BERUNSUR POYO NAK MAMPUS!

17:14 Krew Teh Tarik 0 Comments

Anda tahu apa itu Snapchat? Snapchat merupakan sebuah aplikasi untuk berkongsi gambar atau video yang disertakan dengan caption. Kalau di Malaysia, kami tidak tahu sama ada ramai pengguna atau tidak kerana kami sendiri tidak menggunakannya. Hewhewhew.

Di luar negara, of course ramai menggunakan Snapchat. Namun begitu, apabila aplikasi ini digunakan oleh anak-anak orang kaya sejagat, ianya menjadi jelek. Bukan jelek dek kerana mereka meletakkan gambar bogel mahupun wajah hodoh seperti Princess Fiona si pemakan lumpur, tetapi kerana kepoyoan yang wujud dalam diri mereka sejak bergelar fetus. Nah, tengok dan nilai sendiri. Harap anda tidak muntah atau melenting sehingga habis 20 gambar.

0 comments:

PHOTOGRAPHER BERANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA?

16:50 Krew Teh Tarik 0 Comments



Mujur Ramadan. Kalau tidak, memang kami akan hencap sampai nangis. Mata memang berkuasa. Mata mampu merubah segala-galanya. Mata memandang, mata menjeling, mata oh mata. Tiba-tiba kami rasa seperti ingin menyanyi lagu yang berunsurkan MATA. Walaupun teman sepejabat kami pernah mengenakan skirt bermata, namun, kami tidak hiraukannya. Namun, pagi tadi, selepas membuka mata dan terlihat post di laman-laman blog dan media sosial mengenai seorang photographer berangan yang memandang orang sebelah mata, mata kami pun, terbuka, terbeliak, bak saat sakaratulmaut! Teruskan membaca dan lihat gambar-gambar di bawah.

0 comments:

19 GAMBAR KERETA POLIS BUAT RAHANG TERCABUT DARI SELURUH DUNIA

10:30 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kereta polis di setiap negara, memang berbeza. Di Malaysia, sebelum bertukar kepada Proton Inspira, kebanyakannya menggunakan khidmat Proton Waja. Mungkin itu paling laju dan nampak bengis. Di India contohnya, kebanyakan kereta polis, kalau kita tengok filem Hindustan atau Tamil adalah Jeep kecik dengan pintu ala-ala kain getah. Namun begitu, banyak lagi kereta polis yang menggunakan model supercar yang awesome dan mampu membuatkan rahang kami terjatuh sampai ke riba! Jom tengok apa yang best sangat tu.

0 comments:

20 GAMBAR KUCING COMEL TAPI PEMALAS TAPI BUAT KAMI GERAM!

09:00 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kami tidak tahu mengapa, tetapi setiap kali kalau ternampak kucing comel, kami akan angkat si comel tu, gosok-gosok muka dia, tekan telinga dia dan buat macam-macam lagi! Bukan sebab kami sejenis pendera seperti tuan rumah Nirmala Bonat, tetapi kerana kami geram dengan kecomelan makhluk Allah tersebut. Kami pernah ada seekor kucing bernama Snow, tetapi dia hilang entah ke mana. Kami masih sedih. Kucing ni, kadang-kadang ada mood pemalas dia tahu tak. Jom tengok 20 gambar kucing comel tetapi pemalas dan duduk bersantai minta picit! Meowwww!

0 comments:

(VIDEO) DIA SEORANG BUDAK BUTA, TETAPI BAKATNYA BUAT MATA KAMI HAMPIR BUTA KERANA ........

23:35 Krew Teh Tarik 0 Comments


Maaf! Kami lelaki sejati yang tidak akan mengalirkan air mata dengan mudah! Namun begitu, disebabkan oleh Benjamin Yonattan, seorang budak buta berusia 14 tahun menyertai ujibakat America's Got Talent, kami menangis teresak-esak. Tiba-tiba kami merasakan bahawa adik ini sangat memberi inspirasi kepada dunia. Bakatnya sangat besar. Kami tidak mahu membebel lebih panjang. Sila tonton video di bawah.


0 comments:

AMBER CHIA DAN 9 SELEBRITI BUKAN MUSLIM TAMPIL MANIS BERHIJAB

23:07 Krew Teh Tarik 0 Comments

Siang tadi, ramai yang terpaku apabila bertebaran gambar model, Amber Chia yang tampil dengan imej berhijab. Sebelum ini, Amber memang sering dilihat tampil seksi dengan busana gah rekaan para pereka terkemuka. Namun begitu, apabila dia muncul dengan imej berhijab dan mengeluarkan kenyataan ingin berpuasa penuh selama sebulan (dua tahun lalu, dia pernah berpuasa selama 10 hari), mungkin ramai minah rempit dan bohsia berambut karat dan rosak yang rasa tercabar. Jom semak beberapa gambar manis Amber Chia dan 9 selebriti Hollywood yang bukan muslim, tampil berhijab. Manisssss!

0 comments:

13 CARA BAYI TIDUR YANG COMEL (DAN MENGGANGGU IBU BAPA!)

18:04 Krew Teh Tarik 0 Comments

Bayi, Bayiiiiii. Bayi sang bayu laut. Okay, cuma nyanyian.

Bayi merupakan penghibur dan cahaya mata dan disebut juga sebagai penyeri rumah tangga dalam sesuatu perkahwinan. Namun begitu, ibu bapa yang mempunyai bayi sememangnya penyabar. Mana tidaknya. Bayi akan tidur pada waktu di luar jangkaan, dan akan bangun apabila dia suka. Namun begitu, itulah keseronokan dan keunikan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Jom semak 13 gaya tidur bayi yang comel dan pada masa yang sama, mampu membuatkan ibu bapa mereka tampil bak zombie bermata panda di siang hari.

0 comments:

HIDANGAN MENARIK DARI PIZZA HUT UNTUK JUADAH BERBUKA

14:16 Krew Teh Tarik 0 Comments

Pizza Hut Malaysia ingin meraikan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba bersama para penggemar piza dengan hidangan lazat yang wajib untuk dikongsi – Dulang Citra Ramadan. Sebagai sebahagian daripada promosi Citarasa Ramadan yang ditawarkan pada setiap bulan puasa bagi menghargai peminat-peminat, Dulang Citra Ramadan  memperkenalkan item baru yang unik iaitu Nasi Ayam Itali Kurma.

0 comments:

CHRIS PRATT BAKAL KEMBALI DALAM SEKUEL 'JURRASIC WORLD'

09:27 Krew Teh Tarik 0 Comments

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada jutaan penonton yang menonton filem JURRASIC WORLD, anda tentunya kenal dengan pelakon Chris Pratt yang membintangi filem tersebut. Kalau tidak, sila ke Shah Alam, dan kami tampar muka anda sebanyak empat kali! Awas ye! Nampaknya, Pratt bakal kembali menghangatkan suasana beraksi dengan haiwan-haiwan prasejarah itu.



Menerusi sebuah portal hiburan antarabangsa, Pratt telah mengumumkan bahawa dia telah menandatangani kontrak untuk membintang sekuel filem JURRASIC WORLD. Pada minggu pertama tayangan, JURRASIC WORLD telah mencatat kutipan sebanyak $511.8 juta dan itu merupakan satu jumlah yang besar.

Anda rasa, adakah anda akan menonton sekuel JURRASIC PARK ini?

0 comments:

(VIDEO) GELUNGSUR AIR 'BLACK HOLE' BER-LED BAWA ANDA KE ANGKASA!

19:20 Krew Teh Tarik 0 Comments

Terjun ke dalam gelungsur air memang menyeronokkan. Selalunya, lokasi pilihan kami tentulah di taman tema air yang paling dekat dengan rumah, mana lagi kalau bukan Sunway Lagoon. Namun begitu, gelungsurnya seperti gelungsur-gelungsur lain yang ada di muka bumi - turun dengan pelampung sama ada seorang atau dua atau beramai-ramai di Vuvuzela, terjun terus ke dalam kolam air dan dilihat oleh beratus manusia lain yang sedang beratur menunggu giliran. Kadang-kadang, apabila dah siap turun, perasaan malu muncul sebab baju terangkat, dan perut kami keluar macam mashed potato yang terlebih dalam mangkuk kecil. Faham?!



Di Jerman, ada sebuah lokasi gelungsur air yang dikenali sebagai Black Hole yang terletak di Bad 1, Bremerhaven. Kalau dilihat dari luar, gelungsur air ini sama seperti gelungsur lain. Uniknya, di bahagian dalam, ianya dicat dengan warna hitam dan dipasang dengan lampu LED pelbagai warna dan apabila anda menggelungsur di dalam gelungsur air tersebut, anda seperti berada di angkasa lepas (over!) dan seperti sedang melalui satu kawasan yang lain daripada biasa. Kalau kami bercerita panjang pun, anda tak faham, tiada guna seperti mencurah air ke daun keladi. Jom tonton video di bawah.


0 comments:

MENANGI RM500 BERSAMA MASPATI - PATI IKAN HARUAN DAN KONTRAK BINTANG VIDEO KLIP

17:35 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kehidupan pada hari ini memang berjalan dengan pantas. Mana tidaknya, pagi-pagi buta lagi, kita sudah keluar bekerja. Apabila matahari sudah terbenam, barulah nampak bumbung rumah. Dalam pada bekerja mencari rezeki bagai nak rak, kadang-kadang kita terlupa menjaga kesihatan.

Kami sebelum ini memang kerap berada di gimnasium untuk workout. Namun begitu, disebabkan tuntutan kerja yang semakin memerlukan komitmen yang tinggi, daripada 4 ke 5 kali dalam seminggu, akhirnya kami hanya sempat bertandang di gimnasium sebanyak 2 ke 3 kali dalam sebulan. Jadi tidak hairanlah, perut kami membusut dan cepat letih. Bukan kerana buatan orang, tetapi kerana tidak bersenam.

Namun begitu, beberapa minggu ini, kami tidak perlu lagi risau mengenai kesihatan dalaman kerana kami telah menemui satu produk yang sangat-sangat-sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ternyata dengan pengambilan produk ini, tenaga kami bertambah, dan yang paling penting, kami tidak lagi tampil letih umpama pohon yang tidak disiram.




Semuanya dek kerana MASPATI - PATI IKAN HARUAN yang dihasilkan secara tradisional, tidak hanyir, tanpa pengawet, tanpa perisa tambahan dan tiada penambahan pewarna tiruan. Semuanya asli. Ianya didatangkan dengan empat pilihan - PATI IKAN HARUAN, PATI IKAN HARUAN DENGAN GINSENG, PATI IKAN HARUAN DENGAN GAMAT dan PATI IKAN HARUAN DENGAN HALIA. Setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing dalam memastikan kesihatan dalaman anda sentiasa terjaga. Jangan salah faham ye. Pati ikan haruan bukan sahaja untuk wanita mengandung atau selepas bersalin, tetapi juga untuk lelaki.



Apa yang paling penting dalam saat-saat ekonomi yang semakin meruncing ini, tentulah harganya yang sangat-sangat-sangat berpatutan. Rangkaian produk MASPATI - PATI IKAN HARUAN boleh didapati pada harga RM41/kotak yang mengandungi 6 botol 75ml. Harga ini berbeza dan tertakluk kepada promosi yang dijalankan di setiap stokis berbeza, di Semenanjung Malaysia. Dengan pembelian setiap kotak ini juga, anda dapat lagi satu botol MASPATI - PATI IKAN HARUAN secara PERCUMA! Memang murah sangat ni. Kalau supplement yang biasa kami ambil pun, makan beratus ringgit. Ini memang harga yang sangat berpatutan untuk kesihatan badan.

Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Ramadan Al-Mubarak dan dengan adanya MASPATI - PATI IKAN HARUAN, kita akan bertenaga sepanjang hari. Yang penting, bersahur dengan sebotol MASPATI - PATI IKAN HARUAN pun sudah mencukupi.

Oh, selain daripada itu, pihak MASPATI juga turut menganjurkan satu pertandingan untuk anda yang gemarkan gaya hidup aktif yang paling penting, berbakat dalam bidang tarian. Hadiahnya memang lumayan kerana anda berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM500 dan bakal menerima kontrak untuk membintangi VIDEO KLIP SIRI MASPATI CERGAS.



Cara-caranya adalah seperti di bawah:

  1. GAMBAR: Dapatkan MASPATI - PATI IKAN HARUAN. Muatnaik gambar anda bersama sebotol 75ml MASPATI - PATI IKAN HARUAN dengan senyuman yang ceria. Hashtag gambar anda dengan ‪#‎maspaticergas.
  2. Rakamkan video MASPATI CERGAS anda sendiri dan muatnaik video kreatif anda ke Instagram dan hashtag: #maspaticergas 
  3. EMEL: Emelkan video dan gambar anda (Dari Instagram tersebut berserta nombor telefon untuk dihubungi) ke :maspaticergas@gmail.com

Tarikh Tutup penyertaan adalah pada 20Julai 2015. Tertakluk Kepada Terma Dan Syarat.

Jadi tunggu apa lagi. Jom mula merakam video tarian anda sekarang dan upload!

0 comments:

20 GAMBAR WAJAH-WAJAH LUCU KETIKA TERTIDUR DALAM TRAIN

03:00 Krew Teh Tarik 0 Comments

Di Malaysia, kita ada KTM Komuter, KTM Antara Negeri, LRT, Monorail, dan tidak lama lagi, MRT. Selalunya, kereta api-kereta api ini akan penuh pada pagi hari di mana semua orang berpusu-pusu untuk ke pejabat, dan apabila waktu pulang dari pejabat. Selain daripada terpaksa menghidu bau ketiak dan Bangladesh, kebanyakan daripada kita juga mempunyai masalah mengantuk ketika berada di dalam kereta api. Jangan bohong kalau anda kata, anda tidak pernah tertidur ketika dalam kereta api. Kami pun pernah tertidur dan selalu terlepas stesen. Jom semak 20 gambar-gambar hodoh, lucu, comel, menggelikan dan macam-macam lagi wajah mereka yang tertidur ketika berada di dalam kereta api.

0 comments:

(VIDEO) KUASA SOLEKAN YANG MAMPU TUKARKAN WAJAH HODOH KEPADA JELITA?

02:00 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kejelitaan adalah sesuatu yang subjektif. Ada sesetengah orang memang menganggap sesuatu yang buruk itu adalah cantik dan begitu juga sebaliknya. Ada juga wanita yang kerap kali dengan yakinnya melantunkan "Aku memang cantik!" walaupun wajahnya kadangkala dikelirukan dengan jalanraya. Namun, seperti yang kami katakan, ianya subjektif.



Alat solek dicipta untuk menutup cela dan pada masa yang sama menambah warna pada wajah. Dalam kata lain, alat solek mampu mengubah wajah seseorang daripada biasa-biasa saja kepada "Wow!". Namun, janganlah terlalu over bersolek kerana nanti hasilnya, bak hantu. Jom tonton video oleh NikkieTutorials di bawah, bagaimana dia menunjukkan perbezaan wajahnya jika bersolek dan tanpa solekan.


0 comments:

(VIDEO) REAKSI KANAK-KANAK APABILA MELIHAT GAMBAR BRUCE-CAITLYN JENNER SEBELUM DAN SELEPAS

23:53 Krew Teh Tarik 0 Comments

Transformasi daripada Bruce kepada Caitlyn Jenner benar-benar menjadi nampaknya. Dalam pada ramai yang menunjukkan rasa sokongan, ada juga pihak yang menghentam. Kami punya pendapat sendiri, tetapi rasanya lebih afdal sekiranya kami tidak terlalu melantunkan pendapat kami.

0 comments:

PENGGEMAR MODIFIKASI KUSTOM PUAS HATI DENGAN 'ART OF SPEED 2015'!

22:27 Krew Teh Tarik 0 Comments

Bahang acara Art of Speed kembali hangat dan menggegarkan dunia klasik, OlSkool dan seni kustom permotoran Malaysia pada 6 dan 7 Jun lepas di tapak Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dengan kehadiran lebih 47,000 pengunjung. Dengan percambahan bilangan pembina khas motor dan juga kereta, pengumpul alat mainan model skala, peminat muzik dan genre seni budaya sub kategori Kustom Kulture, penganjur Art of Speed merasakan sudah tiba masa untuk genre ini terus berkembang dan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk semua peminat.

0 comments:

MEMPERKENALKAN NORA DANISH SEBAGAI WAJAH B612 MALAYSIA

21:50 Krew Teh Tarik 0 Comments

LINE, peneraju platform kehidupan dunia mengumumkan pencapaian aplikasi selfie B612 meraih 50 juta muat turun di seluruh dunia! Aplikasi selfie khusus ini yang terdapat dalam kedua-dua platform iPhone dan Android berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi pelbagai pilihan kesan khas, fungsi kolaj, penapis dan antara muka ringkas.

0 comments: