MOVIE REVIEW: JURRASIC WORLD PAPAR TAMAN TEMA LEBIH 'HAVOC' DENGAN DINASOR GANAS SI PEMAKAN KHINZIR!

12:13 Krew Teh Tarik 0 Comments

Penulis Tamu: Sis Kinja


Tidaklah dikategorikan sebagai filem wajib tonton sepanjang 2015, namun buat orang seperti sis yang mudah terhibur menyaksikan puluhan spesis dinasor, ya filem ini sangat tepat buat anda dan akan mula ditayangkan di pawagam berhampiran menjelang 11 Jun. Kami di #TEHTARIK dah tengok semalam.

Berlatarkan kemodenan teknologi, filem ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan untuk penghasilan taman tema akan datang. Lengkap dengan fasiliti moden, dinasor juga tidak kurang comelnya, menikmati juadah seekor khinzir hingga pekerja terjatuh bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng. Kesian khinzir jadi umpan!

Shiiiiaaaapaaaa? Dan apa yang menarik perhatian sis sepanjang filem ini? Jom tengok 8 perkara best giler yang perlu korang tahu sebelum angkuh membeli nugget, jagung kukus dan pop corn di kaunter dengan anggapan itulah gaya sebenar seekor dinasor yang kelaparan!


  1. Taman tema yang super mengagumkan, mega moden, pintar la siapa yang cipta  tempat ni. Sumpah korang sanggup bayar ratusan ringgit pun, berbeza kot dari Legoland :)
  2. Kemunculan para dinasor comel, tidak menggigit, mungkin sedikit dungu kerana boleh ditunggang secara ceria. Kau gila ke dinasor boleh dimanjakan dan dianggap bak haiwan peliharaan. Yes JURRASIC WORLD ada jawapannya.
  3. Dinasor dalam air paling menjadi tumpuan. Kemunculan di awal, pertengahan dan akhir cerita itu sangatlah vass. Siap boleh telan baju berjenama Zara. Tak percaya, korang tengok.
  4. Kasut tumit tinggi paling epik, kau punyalah dikejar raksasa pembunuh, kau berlari pantas di denai, lecak dan pelbagai lagi bencana, Namun masih kekal anggun dengan gaya urban dan kasut tumit yang menyakitkan. Syabas!
  5. Pelakon kacak Chris Pratt adalah tarikan utama filem ini, eloknya, inzal sis.
  6. T-rex sering dilabelkan sebagai watak antagonis, namun  dalam filem ini, T-rex di antara hero yang disegani dan anda mungkin menyukainya. 
  7. Kehadiran sekumpulan burung jahat yang mematuk orang awam. 
  8. Dinasor belaan dianggap seperti seekor anjing pengesan. 


Moral movie:
Tak payah nak bersungguh cipta, kacuk, dan mix and match benih haiwan untuk jadikan raksasa. Bahaya kot.

So sis bagi 3 bintang untuk filem ini

#TEHTARIK kongsikan sedikit paparan daripada filem ini dan trailer.















0 comments: