Showing posts with label Hollywood. Show all posts

MOVIE REVIEW: 6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENONTON 'THE INTERN'

Semalam, kami berkesempatan menonton filem THE INTERN yang akan menemui penonton pada 24 September akan datang. Lambat lagi, jadi korang sudah boleh mula mengumpul wang sehari seringgit memandangkan harga tiket wayang yang semakin mahal!

'THE TRANSPORTER REFUELED' HANGATKAN PAWAGAM 3 SEPTEMBER!

Kalau anda merupakan seorang peminat dan pengikut filem THE TRANSPORTER, kami rasa, anda semestinya ternanti-nantikan kemunculan sekuel filem ini, THE TRANSPORTER REFUELED. Kalau sebelum ini, watak hero dipegang oleh Jason Statham, kali ini, Ed Skrein menyandang watak sebagai lelaki penghantaran itu.

MOVIE REVIEW: PERTEMBUNGAN SEJARAH 'TERMINATOR' DALAM 'TERMINATOR: GENISYS'

Penulis tamu: Pjoe

8 GAMBAR 'HOT' HANA MAE LEE DARI 'PITCH PERFECT' TANPA MULUT IKAN

Kalau disebut nama Hana Mae Lee, mungkin kurang dikenali berbanding Lilly Okanakamura yang merupakan salah seorang anggota The Bellas dalam filem PITCH PERFECT. Hana merupakan seorang pelakon, komedian, model dan turut mempunyai jenama fesyen sendiri iaitu Hanamahn. Ya, dia sebenarnya memang cantik. Jom lihat 8 gambar Hana yang memang hot!


20 SELEBRITI HOLLYWOOD YANG PERNAH MENJADI GELANDANGAN

Selebriti selalu dilihat sebagai manusia yang kaya, popular, dikenali dan dikagumi. Kalau boleh, setiap benda yang dilakukan mereka, memang akan mencuri tumpuan. Tetapi, tahukah anda bahawa ramai juga selebriti yang pernah bergelar homeless atau gelandangan sebelum popular? Syukur, alhamdulillah Malaysia masih aman walaupun matawang semakin merudum. Jom semak 20 selebriti popular dalam A-list Hollywood yang pernah bergelar gelandangan.

Shania Twain

Shania dan keluarganya pernah menetap di tempat perlindungan gelandangan. Demi membantu keluarganya menyara kehidupan, dia mula menyanyi di bar pada usia 8 tahun.

William Shatner

Selepas muncul dalam siri STAR TREK, William terpaksa tinggal di dalam traknya.

Kelly Clarkson

Rumah penyanyi ini hangus dalam kebakaran ketika hari pertama dia berpindah dari Texas. Dia terpaksa tidur di dalam keretanya sehinggalah dia muncul dalam AMERICAN IDOL.

David Letterman

Dia pernah tinggal di dalam trak sehinggalah dia berjaya menulis komedi untuk Jimmie Walker.

Kurt Cobain

Vokalis Nirvana ini pernah menjadi gelandangan di bawah jambatan dan tidur di bilik menunggu hospital.

Sylvester Stallone

Dia diusir dari rumahnya di New York dan terpaksa tinggal di stesen bas selama tiga minggu.

Tyler Perry

Selepas gagal dengan produksi teater, Tyler terpaksa menetap di dalam keretanya.

Halle Berry

Dalam pada mengejar kerjaya sebagai anak seni di awal pembabitannya, dia kehabisan wang dan tinggal di tempat perlindungan gelandangan buat seketika.

Jennifer Lopez

Mungkin kemunculannya di Hollywood tidak mendapat restu keluarga, dia terpaksa menumpang di rumah kawan-kawannya.

Jim Carrey

Jim tinggal bersama keluarganya di dalam sebuah van dan melalui pelbagai masalah kewangan.

Hilary Swank

Dia dan ibunya tinggal di dalam kereta. Dia akhirnya berjaya mendapat pekerjaan dalam lakonan dengan beberapa panggilan menggunakan telefon awam.

Carmen Electra

Dia juga pernah menjadi gelandangan di Hollywood selepas ditinggalkan oleh bekas teman lelakinya yang juga telah mengambil kesemua wang simpanannya.

Drew Carey

Dalam perjalanan mencipta karier di Las Vegas, Drew pernah bergelar gelandangan.

Lil Kim

Dia dibuang keluarga oleh ayahnya dan terpaksa berteduh bersama gelandangan lain di sekitar Brooklyn.

Rose McGowan

Lebih setahun Rose bergelar gelandangan. Lokasinya adalah di Oregon dan Washington.

Djimon Hounsou

Ketika menetap di Paris, dia terpaksa menjadi gelandangan dan berjuang untuk hidup.

Steve Harvey

Steve mengakui bahawa pada satu masa dalam kariernya, dia pernah jatuh dan terpaksa menjadi gelandangan selama tiga tahun.

Brett Butler

Selepas muncul dalam GRACE UNDER FIRE, Brett berjuang dengan ketagihan dadah dan berakhir sebagai gelandangan.

Daniel Craig

Dalam pada mencipta nama sebagai seorang pelakon, Daniel pernah tidur di bangku taman dan menjadi gelandangan.

Steve Jobs

Mendiang Steve pernah menumpang di bilik dorm temannya. Dia juga pernah menjual botol untuk mendapatkan wang. Selain itu, dia mendapatkan makanan percuma sekali dalam seminggu di Kuil Hare Krishna.

9 GAMBAR PUBERTY CEMERLANG BINTANG 'HARRY POTTER' BIKIN BATAL PUASA!

Puberty atau akil baligh memang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan. Kami masih ingat, ketika pertama kali kami akil baligh dan mengeluarkan benda aneh dari tubuh, kami berusia 10 tahun. Nervous, takut, risau, keliru, bingung dan pelbagai perasaan muncul tatkala ianya berlaku. Sejak dari itulah, di beberapa bahagian tubuh mula tumbuh bebuluan aneh. Kami menjangka, kami akan berubah menjadi kucing. Selain daripada itu, wajah kami juga berubah semakin hari, semakin menjadi hantu apabila jerawat mula tumbuh. Kami tertekan. Over kan?!

Jom kita lihat puberty cemerlang yang berlaku pada bintang-bintang HARRY POTTER ini. Memang sangat cemerlang. Yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang, tentulah Matthew Lewis Si Holy Longbottom! Scroll sampai habis okay! Tahan diri tau. Ingat-ingat sikit, hari ni baru hari kedua Ramadan.

(VIDEO) DIA SEORANG BUDAK BUTA, TETAPI BAKATNYA BUAT MATA KAMI HAMPIR BUTA KERANA ........


Maaf! Kami lelaki sejati yang tidak akan mengalirkan air mata dengan mudah! Namun begitu, disebabkan oleh Benjamin Yonattan, seorang budak buta berusia 14 tahun menyertai ujibakat America's Got Talent, kami menangis teresak-esak. Tiba-tiba kami merasakan bahawa adik ini sangat memberi inspirasi kepada dunia. Bakatnya sangat besar. Kami tidak mahu membebel lebih panjang. Sila tonton video di bawah.


CHRIS PRATT BAKAL KEMBALI DALAM SEKUEL 'JURRASIC WORLD'

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada jutaan penonton yang menonton filem JURRASIC WORLD, anda tentunya kenal dengan pelakon Chris Pratt yang membintangi filem tersebut. Kalau tidak, sila ke Shah Alam, dan kami tampar muka anda sebanyak empat kali! Awas ye! Nampaknya, Pratt bakal kembali menghangatkan suasana beraksi dengan haiwan-haiwan prasejarah itu.



Menerusi sebuah portal hiburan antarabangsa, Pratt telah mengumumkan bahawa dia telah menandatangani kontrak untuk membintang sekuel filem JURRASIC WORLD. Pada minggu pertama tayangan, JURRASIC WORLD telah mencatat kutipan sebanyak $511.8 juta dan itu merupakan satu jumlah yang besar.

Anda rasa, adakah anda akan menonton sekuel JURRASIC PARK ini?

(VIDEO) REAKSI KANAK-KANAK APABILA MELIHAT GAMBAR BRUCE-CAITLYN JENNER SEBELUM DAN SELEPAS

Transformasi daripada Bruce kepada Caitlyn Jenner benar-benar menjadi nampaknya. Dalam pada ramai yang menunjukkan rasa sokongan, ada juga pihak yang menghentam. Kami punya pendapat sendiri, tetapi rasanya lebih afdal sekiranya kami tidak terlalu melantunkan pendapat kami.

MOVIE REVIEW: JURRASIC WORLD PAPAR TAMAN TEMA LEBIH 'HAVOC' DENGAN DINASOR GANAS SI PEMAKAN KHINZIR!

Penulis Tamu: Sis Kinja


Tidaklah dikategorikan sebagai filem wajib tonton sepanjang 2015, namun buat orang seperti sis yang mudah terhibur menyaksikan puluhan spesis dinasor, ya filem ini sangat tepat buat anda dan akan mula ditayangkan di pawagam berhampiran menjelang 11 Jun. Kami di #TEHTARIK dah tengok semalam.

Berlatarkan kemodenan teknologi, filem ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan untuk penghasilan taman tema akan datang. Lengkap dengan fasiliti moden, dinasor juga tidak kurang comelnya, menikmati juadah seekor khinzir hingga pekerja terjatuh bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng. Kesian khinzir jadi umpan!

Shiiiiaaaapaaaa? Dan apa yang menarik perhatian sis sepanjang filem ini? Jom tengok 8 perkara best giler yang perlu korang tahu sebelum angkuh membeli nugget, jagung kukus dan pop corn di kaunter dengan anggapan itulah gaya sebenar seekor dinasor yang kelaparan!


  1. Taman tema yang super mengagumkan, mega moden, pintar la siapa yang cipta  tempat ni. Sumpah korang sanggup bayar ratusan ringgit pun, berbeza kot dari Legoland :)
  2. Kemunculan para dinasor comel, tidak menggigit, mungkin sedikit dungu kerana boleh ditunggang secara ceria. Kau gila ke dinasor boleh dimanjakan dan dianggap bak haiwan peliharaan. Yes JURRASIC WORLD ada jawapannya.
  3. Dinasor dalam air paling menjadi tumpuan. Kemunculan di awal, pertengahan dan akhir cerita itu sangatlah vass. Siap boleh telan baju berjenama Zara. Tak percaya, korang tengok.
  4. Kasut tumit tinggi paling epik, kau punyalah dikejar raksasa pembunuh, kau berlari pantas di denai, lecak dan pelbagai lagi bencana, Namun masih kekal anggun dengan gaya urban dan kasut tumit yang menyakitkan. Syabas!
  5. Pelakon kacak Chris Pratt adalah tarikan utama filem ini, eloknya, inzal sis.
  6. T-rex sering dilabelkan sebagai watak antagonis, namun  dalam filem ini, T-rex di antara hero yang disegani dan anda mungkin menyukainya. 
  7. Kehadiran sekumpulan burung jahat yang mematuk orang awam. 
  8. Dinasor belaan dianggap seperti seekor anjing pengesan. 


Moral movie:
Tak payah nak bersungguh cipta, kacuk, dan mix and match benih haiwan untuk jadikan raksasa. Bahaya kot.

So sis bagi 3 bintang untuk filem ini

#TEHTARIK kongsikan sedikit paparan daripada filem ini dan trailer.















10 SELEBRITI BERASAL DARI KELUARGA BERADA HARTA BAPA MELIMPAH RUAH

Panjang kan headline? Memang! Bukan marah, tetapi kagum. Walaupun berasal daripada keluarga yang berada nak mampus, para selebriti ini boleh bekerja sendiri dan mencari rezeki dengan berdikari. Jom semak 10 selebriti Hollywood yang berasal dari keluarga berada dan harta ibu serta bapa mereka melimpah ruah bak air terjun tanpa henti.

Miley Cyrus

Semua sedia maklum bahawa penyanyi ini, sejak dari kecil memang sudah bergelar selebriti menerusi lakonannya dalam siri 'Hannah Montana'. Selain daripada itu, dia juga merupakan anak kepada bintang muzik Country, Billy Ray Cyrus.

Robin Thicke

Robin merupakan anak kepada Alan Thicke atau lebih dikenali sebagai Dr. Jason Seaver dari 'Growing Pants'. Ibunya pula merupakan seorang bekas aktres 'soap opera', Gloria Loring.

Ed Sheeran 

Kedua-dua ibu bapa Ed merupakan artis yang berjaya. Ayahnya, John merupakan seorang kurator seni dan pensyarah manakala ibunya, Imogen, merupakan seorang pembuat barangan kemas. Mereka juga turut menjalankan syarikat, Sheeran Lock selama 20 tahun.

Ariana Grande

Ariana memang sudah menyandang status selebriti sejak kecil menerusi Nickelodeon. Namun, ayahnya, Edward Butera merupakan CEO untuk syarikat Ibi Designs Inc. yang bertapat di Boca Raton, Florida.

Adam Levine

Bapa kepada vokalis Maroon 5 ini merupakan pengasas kepada jenama pakaian M. Fredric. Adam sendiri bertemu dua rakan bandnya ketika menuntut di sekolah swasta, Brentwood School.

Taylor Swift

Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan berjaya. Bukan sahaja menetap di kediaman yang sangat mewah, bapanya juga turut melabur sejumlah besar wang ke dalam syarikat rakamannya sebelum Taylor berjaya seperti hari ini.

Darren Criss

Bapanya bukan sahaja bergelar pegawai bank, tetapi juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah untuk San Francisco Opera.

Jordin Sparks

Bapanya, Phillippi Sparks merupakan atlet NFL yang pernah bermain untuk pasukan N.Y. Giants dan Dallas Cowboys. Ibunya, Jodi pula merupakan seorang usahawan.

Mike Posner

Mike merupakan anak kepada seorang peguang dan pernah menuntut di universiti penuh prestij, Duke University.

Kim Kardashian

Bapa Kim, Robert Kardashian merupakan seorang peguam terkemuka di Los Angeles. Bapa tirinya pula, Bruce yang kini bergelar Caitlyn merupakan seorang bekas atlet Olimpik berjaya.

BINTANG BROADWAY BERGAYA 'VASSSSS' DI TONY AWARDS 2015

Tony Awards 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya. Di pentas inilah, para bintang Broadway diraikan dan dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Seperti biasa, malam acara anugerah penuh gemilang ini juga menjadi ruang buat para selebriti 'A-list' Hollywood menggayakan busana indah.

Elisabeth Moss

Bintang 'Mad Men' ini yang kini membintang Broadway berjudul 'The Heidi Chronicles' nampak secocok dengan busana putih dari Oscar de la Renta yang diserikan dengan bunga timbul.

Ashley Greene

Bintang 'Twilight' ini pula memilih untuk tampil dengan 'cocktail dress' hijau buah zaitun, lengkap dengan belahan tinggi rekaan pereka Jason Wu.

Kristin Chenoweth

Kristin selalu pengacara pada malam ini tampil berkilau dengan dress metalik rekaan Zac Posen.

Ashley Tisdale

Pelakon jelita dari 'Clipped' ini pula melangkah anggun di karpet merah dengan 'cutout jumpsuit' dari Solace. Untuk tidak nampak terlalu ringkas, dia turut menggayakan kalung emas dari Jennifer Fisher.

Beth Behrs

'Chick' dan elegan! Bintang '2 Broke Girls' ini muncul dengan karpet merah dengan dress mini dari Gauri and Nainika beruna biru laut.

Jennifer Grey

Jennifer yang turut menjadi salah seorang penyampai anugerah pada malam itu tampil dengan gaun les rekaan Zac Zac Posen. Dress putih itu tampak unik dengan perincian ala bulu pelepah.

Helen Mirren

Walaupun sudah berusia, aktres 'Audience' ini sentiasa tampil tidak mengecewakan. Pada acara itu, Helen yang dinobatkan dengan anugerah 'Best Performance by an Actress in a Leading Role in a Play' itu mengenakan dress rekaan Badgley Mischka.

Kendall Jenner

Supermodel Estee Lauder ini hadir dengan mengenakan dress mini dari koleksi Calvin Klein Collection. Nampak sangat manis!

Bernadette Peters

Anggun dalam busana rona hijau ini, Bernadette tampil dengan rekaan daripada Zac Posen.

Vanessa Hudgens

Bintang utama 'Gigi' ini menghangatkan suasana di karpet merah dengan dress bercorak ala musim panas rekaan Naeem Khan. Vanessa turut menambah gayanya dengan clutch dari Rodouae.