Showing posts with label Video. Show all posts

KANTOI ROMEN DALAM TUK TUK?

Wey! Tak kelakar wey!

Baru-baru ni, ada satu pasangan pelancong mengadakan hubungan seks dalam Tuk Tuk yang tengah bergerak di Phuket, Thailand. Yes! Having sex! Beromen.


Yang kelakarnya, perbuatan dua manusia lahanat ini sempat dirakamkan dan terus viral. Video berdurasi 28 saat itu dirakamkan oleh orang awam, dikenali sebagai Sornchai Uadsree di satu kampung dikenali sebagai Karon, di pulau pelancongan tu.


Video yang di-upload oleh Uadsree tu, dia juga tulis, "Tak boleh tunggu balik hotel ke?" dalam bahasa Thai.

Ye la. Kau dah kenapa Som? Sangap sangat dah? Hahahaha.

Walaupun nampak lucu, menjengkelkan dan aneh, insiden itu juga mendapat pelbagai respon daripada netizen dan kebanyakannya, menganggap benda jelek itu tak sepatutnya berlaku di tempat awam.



Ada juga yang meminta pihak berkuasa supaya melakukan siasatan, terutamanya kepada pemandu Tuk Tuk yang tak menghentikan aksi pasangan tu.

Apo?!

(VIDEO) APABILA WANITA-WANITA DIBERI PELUANG GAMBARKAN KEMALUAN KEKASIH KEPADA PELUKIS POLIS

Mungkin sedikit awkward, tetapi ada kami kisah?

Kami sekadar ingin kongsikan bingkisan video ini, apabila para wanita ini diberi peluang untuk menggambarkan rupa bentuk kemaluan teman lelaki mereka, kepada pelukis polis yang kerjanya sebelum ini melukis muka penjenayah. Haha. Jom tengok video di bawah.

(VIDEO) CARA MENGAJAR ORANG NORMAL YANG PARKING DI TEMPAT OKU

Ambik kau! Kami tidak suka marah-marah di bulan Ramadan yang mulia ini. Namun begitu, banyak benda yang dihantar oleh Allah SWT sebagai ujian dan dugaan dalam bulan ini dan alhamdulillah, kami berjaya meyakinkan diri kami bahawa, kami perlu bersabar kerana itu merupakan salah satu tuntutan dalam bulan Ramadan. Antara benda yang mampu membuat hati kami membara umpama api neraka adalah, manusia bodoh yang meletak kenderaan seperti anjing berak dan satu lagi, mereka yang lahir hampir sempurna, tapi meletak kenderaan di tempat OKU atau orang kelainan upaya. Ini cara mengajar si bodoh seperti ini.




(VIDEO) DIA SEORANG BUDAK BUTA, TETAPI BAKATNYA BUAT MATA KAMI HAMPIR BUTA KERANA ........


Maaf! Kami lelaki sejati yang tidak akan mengalirkan air mata dengan mudah! Namun begitu, disebabkan oleh Benjamin Yonattan, seorang budak buta berusia 14 tahun menyertai ujibakat America's Got Talent, kami menangis teresak-esak. Tiba-tiba kami merasakan bahawa adik ini sangat memberi inspirasi kepada dunia. Bakatnya sangat besar. Kami tidak mahu membebel lebih panjang. Sila tonton video di bawah.


(VIDEO) GELUNGSUR AIR 'BLACK HOLE' BER-LED BAWA ANDA KE ANGKASA!

Terjun ke dalam gelungsur air memang menyeronokkan. Selalunya, lokasi pilihan kami tentulah di taman tema air yang paling dekat dengan rumah, mana lagi kalau bukan Sunway Lagoon. Namun begitu, gelungsurnya seperti gelungsur-gelungsur lain yang ada di muka bumi - turun dengan pelampung sama ada seorang atau dua atau beramai-ramai di Vuvuzela, terjun terus ke dalam kolam air dan dilihat oleh beratus manusia lain yang sedang beratur menunggu giliran. Kadang-kadang, apabila dah siap turun, perasaan malu muncul sebab baju terangkat, dan perut kami keluar macam mashed potato yang terlebih dalam mangkuk kecil. Faham?!



Di Jerman, ada sebuah lokasi gelungsur air yang dikenali sebagai Black Hole yang terletak di Bad 1, Bremerhaven. Kalau dilihat dari luar, gelungsur air ini sama seperti gelungsur lain. Uniknya, di bahagian dalam, ianya dicat dengan warna hitam dan dipasang dengan lampu LED pelbagai warna dan apabila anda menggelungsur di dalam gelungsur air tersebut, anda seperti berada di angkasa lepas (over!) dan seperti sedang melalui satu kawasan yang lain daripada biasa. Kalau kami bercerita panjang pun, anda tak faham, tiada guna seperti mencurah air ke daun keladi. Jom tonton video di bawah.


(VIDEO) INSIDEN NGERI OLEH NENEK SI PENIUP PUTING BELIUNG

Penulis Tamu: Bunyah

Warga emas.

(VIDEO) TRAILER WAJAH TERBARU FANTASTIC 4

Kami sentiasa menginginkan kuasa luar biasa dalam diri kami. Salah satu yang kami mahukana adalah dapat menjadi invisible dan muncul di dalam kamar mandir. Okay, kami becanda. Tidaklah sehina itu. Apa pun, kami ingin memaklumkan bahawa Fantastic 4 kini kembali. Jom tonton video trailer terbaru filem ini.

(VIDEO) APA AKAN JADI BILA ANDA MENONTON 'FIFTY SHADES OF GREY' BERSAMA IBU ANDA?

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Sebagai seorang manusia yang hidup di zaman serba moden, terkini atau dalam kata lain, zaman sekarang, anda tentunya pernah mendengar mengenai filem adaptasi daripada novel, 'Fifty Shades of Grey' bukan? Apa agaknya akan berlaku, sekiranya anda menonton filem yang penuh aksi 'panas' itu, bersama ibu anda? 


REMAJA PECAH REKOD DUNIA, SELESAIKAN KIUB RUBIK DALAM 5.25 SAAT

Dulu, semasa bergelar anak kecil, kami pun pernah main benda yang dipanggil kiub Rubik ini. Dulu, kalau dapat selesaikan satu bahagian warna dengan lengkap, itu sudah menjadi pencapaian terbaik buat diri sendiri dan keluarga.


PESERTA BRITAIN'S GOT TALENT INI BERMULA HAMBAR, TETAPI KEMUDIAN ...

Kalau hendak diikutkan, setiap tahun, pelbagai rancangan realiti televisyen muncul di kaca tv. Ada yang mengetengahkan bakat nyanyian, tarian, lakonan, dan pelbagai bakat unik. Disebabkan ini juga, jumlah selebriti berbakat semakin bertambah dan muncul bak cendawan selepas hujan. Oleh itu, kebanyakan peserta rancangan realiti perlu memikirkan idea baru untuk menarik minat penonton dan yang paling penting, juri.


MOVIE REVIEW: PITCH PERFECT 2 LEBIH HAVOC

Khamis lalu, kami berkesempatan ke tayangan perdana untuk media, filem Pitch Perfect 2. Sejujurnya, ini merupakan antara filem yang kami nanti-nantikan sekuelnya. Mana tidaknya. Pitch Perfect pertama yang ditayangkan pada beberapa tahun yang lalu berjaya mencuri tumpuan kami dan rakan-rakan. 

PENGUMUMAN KEHAMILAN YANG COOL

Okay, ini cool habis! Kalau pasangan lain mengumumkan mengenai berita kehamilan dengan memuat naik gambar-gambar sweet, gambar roti dalam ketuhar, gambar tulisan di pasir, gambar pregnancy test kit yang dah dikencing dan sebagainya, pasangan Melissa dan Jesse Meeks pula ada cara yang lebih cool. Mereka sampaikan dalam bentuk rap!