20 SELEBRITI HOLLYWOOD YANG PERNAH MENJADI GELANDANGAN

01:00 Krew Teh Tarik 0 Comments

Selebriti selalu dilihat sebagai manusia yang kaya, popular, dikenali dan dikagumi. Kalau boleh, setiap benda yang dilakukan mereka, memang akan mencuri tumpuan. Tetapi, tahukah anda bahawa ramai juga selebriti yang pernah bergelar homeless atau gelandangan sebelum popular? Syukur, alhamdulillah Malaysia masih aman walaupun matawang semakin merudum. Jom semak 20 selebriti popular dalam A-list Hollywood yang pernah bergelar gelandangan.

Shania Twain

Shania dan keluarganya pernah menetap di tempat perlindungan gelandangan. Demi membantu keluarganya menyara kehidupan, dia mula menyanyi di bar pada usia 8 tahun.

William Shatner

Selepas muncul dalam siri STAR TREK, William terpaksa tinggal di dalam traknya.

Kelly Clarkson

Rumah penyanyi ini hangus dalam kebakaran ketika hari pertama dia berpindah dari Texas. Dia terpaksa tidur di dalam keretanya sehinggalah dia muncul dalam AMERICAN IDOL.

David Letterman

Dia pernah tinggal di dalam trak sehinggalah dia berjaya menulis komedi untuk Jimmie Walker.

Kurt Cobain

Vokalis Nirvana ini pernah menjadi gelandangan di bawah jambatan dan tidur di bilik menunggu hospital.

Sylvester Stallone

Dia diusir dari rumahnya di New York dan terpaksa tinggal di stesen bas selama tiga minggu.

Tyler Perry

Selepas gagal dengan produksi teater, Tyler terpaksa menetap di dalam keretanya.

Halle Berry

Dalam pada mengejar kerjaya sebagai anak seni di awal pembabitannya, dia kehabisan wang dan tinggal di tempat perlindungan gelandangan buat seketika.

Jennifer Lopez

Mungkin kemunculannya di Hollywood tidak mendapat restu keluarga, dia terpaksa menumpang di rumah kawan-kawannya.

Jim Carrey

Jim tinggal bersama keluarganya di dalam sebuah van dan melalui pelbagai masalah kewangan.

Hilary Swank

Dia dan ibunya tinggal di dalam kereta. Dia akhirnya berjaya mendapat pekerjaan dalam lakonan dengan beberapa panggilan menggunakan telefon awam.

Carmen Electra

Dia juga pernah menjadi gelandangan di Hollywood selepas ditinggalkan oleh bekas teman lelakinya yang juga telah mengambil kesemua wang simpanannya.

Drew Carey

Dalam perjalanan mencipta karier di Las Vegas, Drew pernah bergelar gelandangan.

Lil Kim

Dia dibuang keluarga oleh ayahnya dan terpaksa berteduh bersama gelandangan lain di sekitar Brooklyn.

Rose McGowan

Lebih setahun Rose bergelar gelandangan. Lokasinya adalah di Oregon dan Washington.

Djimon Hounsou

Ketika menetap di Paris, dia terpaksa menjadi gelandangan dan berjuang untuk hidup.

Steve Harvey

Steve mengakui bahawa pada satu masa dalam kariernya, dia pernah jatuh dan terpaksa menjadi gelandangan selama tiga tahun.

Brett Butler

Selepas muncul dalam GRACE UNDER FIRE, Brett berjuang dengan ketagihan dadah dan berakhir sebagai gelandangan.

Daniel Craig

Dalam pada mencipta nama sebagai seorang pelakon, Daniel pernah tidur di bangku taman dan menjadi gelandangan.

Steve Jobs

Mendiang Steve pernah menumpang di bilik dorm temannya. Dia juga pernah menjual botol untuk mendapatkan wang. Selain itu, dia mendapatkan makanan percuma sekali dalam seminggu di Kuil Hare Krishna.

0 comments: