Showing posts with label Televisyen. Show all posts

PESERTA BRITAIN'S GOT TALENT INI BERMULA HAMBAR, TETAPI KEMUDIAN ...

Kalau hendak diikutkan, setiap tahun, pelbagai rancangan realiti televisyen muncul di kaca tv. Ada yang mengetengahkan bakat nyanyian, tarian, lakonan, dan pelbagai bakat unik. Disebabkan ini juga, jumlah selebriti berbakat semakin bertambah dan muncul bak cendawan selepas hujan. Oleh itu, kebanyakan peserta rancangan realiti perlu memikirkan idea baru untuk menarik minat penonton dan yang paling penting, juri.


6 JENIS KARTUN & HIBURAN KANAK-KANAK 90-AN

Penulis tamu: Sis Kinja



Zaman kanak-kanak kita sering diserikan dengan aneka siaran kartun dan hiburan menarik. Teringat seketika, sis hanyalah budak kampung hingusan, tidak mengerti apa itu dosa. Sibuk bergembira mandi parit, main pondok-pondok, baling selipar sambil menikmati aiskrim Malaysia berperisa sirap mak cik sebelah rumah, sis sangat mudah terhibur dengan sebilangan rancangan kartun best sewaktu sis membesar. Perkembangan teknologi benar-benar membuatkan adik-adik zaman ini leka dan berbeza dengan sis.

10 PERKARA KLISE DALAM FILEM & DRAMA MELAYU

Memang tidak dinafikan, filem dan drama itu adalah rekaan semata-mata dan bukanlah realiti. Namun begitu, bagi kami, kami lebih gemarkan andaikata mata kami dihidangkan dengan filem-filem yang nampak real dan natural. Tidak banyak filem sebegini, tetapi ada. Bagi kami, filem Manisnya Cinta di Cappadocia mungkin nampak terlalu ‘manis’, tetapi kami sukakannya kerana ia nampak real. Apa yang dipertontonkan adalah natural. Itu pendapat kami.