LEDAKAN RASA DALAM KFC AYAM KICAP MELETUP!

20:41 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kami memang penggemar ayam. Sebut sahaja apa jenis masakan, ayam tidak pernah kami tolak. Sebab itulah badan kami pun berbau ayam. Okay, lawak hambar. Siapa yang tidak sukakan ayam masak kicap? Haaa, kalau anda peminat ayam kicap seperti kami, teruskan membaca. Terbaru, KFC Malaysia menampilkan citarasa yang sungguh lazat untuk dinikmati pelanggan di musim perayaan ini, dengan memperkenalkan hidangan baharu KFC Ayam Kicap Meletup yang menampilkan pembangkit selera kegemaran rakyat Malaysia – gabungan ideal rempah ‘meletup’ dan aroma kicap yang unik.




“Produk terbaru ini merupakan keenakan yang diberikan sentuhan tempatan bagi memenuhi citarasa pelanggan di bulan Ramadan dan Aidilfitri ini. Dengan harga yang amat berpatutan, iaitu hanya RM10.95, pelanggan kini boleh menikmati hidangan lengkap yang juga enak bagi dijadikan juadah berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga. Kami ingin pelanggan berkongsi kelazatan KFC Ayam Kicap Meletup dengan semua!”, kata Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia.

Dengan slogan “Sangat Meletup, Mesti Kongsi” Ayam Kicap Meletup ini mempunyai rasa yang terlalu enak untuk dinikmati secara bersendirian dan seharusnya dikongsi beramai-ramai. Menu ini merupakan gabungan rempah meletup dan kicap unik yang diadun bersama ayam rangup KFC, bagi menghasilkan satu rasa yang membangkitkan kelazatan sebenar ayam goreng.

KFC menawarkan Ayam Kicap Meletup dalam pelbagai pilihan kombo pada harga yang sungguh berpatutan. Untuk hidangan kombo dua ketul ayam, pelanggan boleh memilih antara Oriental Combo (berserta hidangan sampingan nasi dan kuah Original Recipe) atau Western Combo (dengan kentang goreng) dengan kedua-duanya berharga RM10.95 setiap satu. Bagi hidangan yang lebih besar, KFC Ayam Kicap Meletup juga boleh didapati dalam kombo Family Feast yang mengandungi sembilan ketul ayam, kentang putar dan PERCUMA kentang goreng saiz besar dan sebotol Pepsi 1.5 liter, kesemuanya pada harga RM42.50 (RM8.50 seorang).

KFC juga menawarkan set kutleri Candy Crush edisi terhad sempena promosi ini. Anda boleh memilikinya dengan setiap pembelian set premium bucket KFC Ayam Kicap Meletup. Set kutleri keluli tahan karat dengan pemegang porselin ini boleh didapati dalam empat reka bentuk berbeza yang berwarna-warni. Set premium bucket berharga antara RM51.00 hingga RM74.25. Set kutleri Candy Crush ini juga boleh dibeli secara berasingan pada harga RM9.95 untuk setiap set.
Kunjungi restoran KFC berdekatan anda hari ini untuk menikmati Ayam Kicap Meletup yang boleh didapati bermula dari 11 Jun, sementara stok masih ada.






0 comments: