MEMPERKENALKAN NORA DANISH SEBAGAI WAJAH B612 MALAYSIA

21:50 Krew Teh Tarik 0 Comments

LINE, peneraju platform kehidupan dunia mengumumkan pencapaian aplikasi selfie B612 meraih 50 juta muat turun di seluruh dunia! Aplikasi selfie khusus ini yang terdapat dalam kedua-dua platform iPhone dan Android berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi pelbagai pilihan kesan khas, fungsi kolaj, penapis dan antara muka ringkas.




Bagi meraikan pencapaian 50 juta muat turun, LINE dengan bangganya melantik aktres dan model terkemuka Malaysia, Nora Danish sebagai wajah B612. Koleksi selfie Nora Danish akan turut ditampilkan dalam Apple App Store dan Google Play bertujuan mempromosikan aplikasi itu. Bagaimanapun, peranan Nora Danish sebagai wajah B612 tidak hanya sekadar memaparkan sisi kecantikannya, malah beliau akan turut berkongsi maklumat terkini menerusi Akaun Rasminya (LINE ID: @nora).
 
"Saya begitu teruja ketika menerima tawaran LINE untuk menjadi wajah B612. Saya cukup seronok dengan peluang yang ditawarkan ini memandangkan saya sendiri sering menggunakan B612 dan ia adalah salah satu aplikasi kegemaran dalam telefon pintar saya. Ciri yang cukup menawan hati saya adalah sifatnya yang ringkas di mana saya hanya perlu berselfie dengan mudah tanpa memerlukan suntingan yang banyak," kata Nora Danish.

Bersempena dengan pengenalan Nora Danish sebagai wajah B612, LINE baru-baru ini menganjurkan peraduan bermula dari 5 hingga 14 Jun di mana pengguna perlu meniru ekspresi wajah Nora Danish. Seramai 10 pemenang dengan hasil ekspresi terbaik akan memenangi Kad Hadiah Fesyen H&M bernilai RM300.

Langkah 1:
Muat turun aplikasi selfie B612 (http://b612.line.me/go)

Langkah 2:
Tekan dan terus menahan tekanan pada skrin anda untuk merakam video

Langkah 3:
Tunjukkan ekspresi Nora Danish terbaik anda seperti yang dipaparkan dalam video selfie B612 miliknya(https://instagram.com/p/3iOi5_s-v5/?taken by=noradanish)

Langkah 4:
Muat naik ke Instagram dan hashtag #B612xNora

   * Penetapan lazimnya awam dan boleh dikesan

Untuk maklumat lanjut, ikuti Akaun Rasmi LINE Event (LINE ID: @LINEeventMY) atau Akaun Rasmi Nora Danish (LINE ID: @nora) dan Instagram (https://instagram.com/noradanish/).


0 comments: