15 GAMBAR PEJABAT COOL HABIS YANG BUAT ANDA MAKAN HATI!

18:08 Krew Teh Tarik 0 Comments

Pejabat merupakan tempat kita bekerja, mencari rezeki untuk sesuap nasi. Ada pejabat yang cantik, dan ada juga yang tampil bak reban ayam. Namun begitu, bagi kami, keadaan pejabat memang memberikan impak kepada semangat kita untuk bekerja. Gituh! Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pejabat kami dalam keadaan selesa dan wangi. Jom tengok 15 gambar pejabat yang cool nak mampus dan membuatkan kami rasa macam nak bertukar kerja.

Airbnb (USA)

Memang pejabat mereka ini sangat cool habis! Rekaan dinding, bumbung dan sebagainya memang membuatkan ramai makan hati dengan pejabat Airbnb yang berlokasi di San Francisco ini. Lebih menarik lagi, kesemua pekerja dalam syarikat ini boleh bekerja di mana-mana sahaja ruang yang ada dalam ruang berkeluasan 72,000 kaki persegi ini.

White Mountain Office (Sweden)

Sekilas pandang, pejabat ini nampak seperti dibina dalam sebuah gua batu. Ya, memang benar kerana pejabat ini sebenarnya dibina di bawah perut bumi Sweden, di dalam sebuah kubu nuklear lama. Dalam pejabat ini ada rumah hijau, air terjun dan paling unik, enjin kapal selam Jerman.

Facebook (Worldwide)

Pejabat Facebook juga mampu membuatkan hati anda dimakan anai-anai. Anda boleh berehat di buaian dan bermain game di bilik game yang disediakan. Kalau bosan lagi, anda juga boleh bermain bola keranjang di court yang disediakan.

Selgas Cano Architecture (Spain)

Bayangkan anda bekerja di dalam hutan yang sangat tenang, pada setiap hari. Inilah pengalaman yang dirasakan oleh pekerja-pekerja di Selgas Cano Architecture, Sepanyol. Pejabat mereka memang lengkap dengan pelbagai peralatan unik dan paling penting, dinding utamanya adalah cermin yang menghubungkan anda terus kepada alam.

Threadless (Illinois)

Syarikat pengeluar kemeja-T dari Chichago ini juga tidak kurang hebatnya. Di bahagian silingnya, tergantung berkoyan-koyan T-shirt. Dindingnya pula dihiasi dengan seni graffiti. Lebih menarik, ada sebuah RV yang diletakkan di dalam pejabat dengan pintu terbuka. So, anda boleh melepak di dalam RV tersebut.

Pixar Animation Videos (California)

Untuk kampus seluas 22 ekar ini, memang banyak benda menarik dan unik. Lebih unik dah melampau, Ketua Pengarah Artistik Pixar Animation Videos memiliki sebuah almari untuk menyimpan toys, yang saiznya memang tidak dapat digambarkan! Besar betul tu.

Google (California)

Di Malaysia, pejabat Google memang boleh tahan menarik. Itu di Malaysia. Bayangkan pula pejabat mereka di California. Memang berkali ganda lebih hebat berbanding di Malaysia. Dalam pejabat ini ada disediakan kedai gula-gula, gelungsur yang menghubungkan setiap tingkat, beanbag, dan juga gummy bears.

Dropbox (California)

Siapa sangka, program perkongsian fail terkemuka, Dropbox juga tidak kurang hebatnya dalam menghasilkan pejabat yang cool. Yang penting, mereka ada menyediakan 'Romance Chamber', dan 'Breakup Room' yang kami pun kurang pasti mengenai kegunaannya.

Urban Outfitters (Pennsylvania)

Pejabat mereka sebelum ini merupakan sebuah bengkel perkapalan. Jadi, mereka tetap mengekalkan elemen-elemen itu. Dalam pejabat ini juga, ada sebuah kafe, kedai kopi, perpustakaan, pusat kecergasan dan macam-macam lagi. Oh, yang nampak lebih segar adalah dengan adanya pokok-pokok hidup!

Inventionland Design Factory (Pennsylvania)

"Kau gila ke Som?!". Ini pertanyaan yang timbul dalam benak kami. Rasanya, apabila melangkah ke pejabat mereka, anda akan merasai pengalaman seperti berada di sebuah taman tema mini. Disediakan sebuah 'kapal' tempat anda bekerja, dan bekerjalah anda sekuat-kuatnya.

Red Bull Offices (London)

Pejabat minuman tenaga ini juga tidak kurang hebatnya. Ianya direka seiring dengan tenaga yang dipancarkan daripada minuman Red Bull. Hiasan dalamannya memilih rona merah, yang digabungkan dengan kelabu logam serta rekaan moden. Kalau bosan, anda boleh bermain ping pong dan paling unik adalah, bilik mesyuarat yang terapung.

Three Rings (California)

Syarikat pengeluar permainan atas talian ini pula mempunyai pejabat yang nampak sangat hipster. Dekorasinya diinspirasikan daripada gaya steampunk. Dalam pejabat ini disediakan bilik rahsia, meja kad, sebuah bar serta tempat berehat yang sangat cool!

Pallotta Teamworks (California)

Pejabat ini pernah memenangi anugerah sebagai pejabat yang sangat mesra alam dan efektif. Pallotta Teamworks mengubah sebuah gudang lama di LA menjadi sebuah pejabat yang cool dengan beberapa buah khemah serta kontena sebagai pemisah.

TBWA (Worldwide)

Sekilas pandang, anda seperti berada di sebuah taman yang menghijau. Walhal anda sebenarnya berada di sebuah syarikat agensi pengiklanan.

Lego (Denmark)

Kalau anda ingin kekal di usia 3 tahun, sila bekerja di pejabat Lego ini. Kalau malas nak turun ke tingkat bawah menerusi tangga, turunlah dengan gelungsur, sama seperti yang berada di Google. Di dalamnya juga turut disediakan taman permainan untuk anjing dan bilik permainan.

0 comments: