10 SELEBRITI BERASAL DARI KELUARGA BERADA HARTA BAPA MELIMPAH RUAH

16:48 Krew Teh Tarik 0 Comments

Panjang kan headline? Memang! Bukan marah, tetapi kagum. Walaupun berasal daripada keluarga yang berada nak mampus, para selebriti ini boleh bekerja sendiri dan mencari rezeki dengan berdikari. Jom semak 10 selebriti Hollywood yang berasal dari keluarga berada dan harta ibu serta bapa mereka melimpah ruah bak air terjun tanpa henti.

Miley Cyrus

Semua sedia maklum bahawa penyanyi ini, sejak dari kecil memang sudah bergelar selebriti menerusi lakonannya dalam siri 'Hannah Montana'. Selain daripada itu, dia juga merupakan anak kepada bintang muzik Country, Billy Ray Cyrus.

Robin Thicke

Robin merupakan anak kepada Alan Thicke atau lebih dikenali sebagai Dr. Jason Seaver dari 'Growing Pants'. Ibunya pula merupakan seorang bekas aktres 'soap opera', Gloria Loring.

Ed Sheeran 

Kedua-dua ibu bapa Ed merupakan artis yang berjaya. Ayahnya, John merupakan seorang kurator seni dan pensyarah manakala ibunya, Imogen, merupakan seorang pembuat barangan kemas. Mereka juga turut menjalankan syarikat, Sheeran Lock selama 20 tahun.

Ariana Grande

Ariana memang sudah menyandang status selebriti sejak kecil menerusi Nickelodeon. Namun, ayahnya, Edward Butera merupakan CEO untuk syarikat Ibi Designs Inc. yang bertapat di Boca Raton, Florida.

Adam Levine

Bapa kepada vokalis Maroon 5 ini merupakan pengasas kepada jenama pakaian M. Fredric. Adam sendiri bertemu dua rakan bandnya ketika menuntut di sekolah swasta, Brentwood School.

Taylor Swift

Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan berjaya. Bukan sahaja menetap di kediaman yang sangat mewah, bapanya juga turut melabur sejumlah besar wang ke dalam syarikat rakamannya sebelum Taylor berjaya seperti hari ini.

Darren Criss

Bapanya bukan sahaja bergelar pegawai bank, tetapi juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah untuk San Francisco Opera.

Jordin Sparks

Bapanya, Phillippi Sparks merupakan atlet NFL yang pernah bermain untuk pasukan N.Y. Giants dan Dallas Cowboys. Ibunya, Jodi pula merupakan seorang usahawan.

Mike Posner

Mike merupakan anak kepada seorang peguang dan pernah menuntut di universiti penuh prestij, Duke University.

Kim Kardashian

Bapa Kim, Robert Kardashian merupakan seorang peguam terkemuka di Los Angeles. Bapa tirinya pula, Bruce yang kini bergelar Caitlyn merupakan seorang bekas atlet Olimpik berjaya.

0 comments: