SEPP BLATTER BERUNDUR: BERITA BAIK ATAU SEBALIKNYA?

11:00 Krew Teh Tarik 0 Comments

Penulis Tamu: Papa Nakal


Selepas kali pertama menjawat jawatan presiden FIFA sejak 8 Jun 1998 dan memenangi kerusi undian pada 2002, 2007, 2011 dan 2015, Sepp Blatter atau nama sebenarnya Joseph S. “Sepp” Blatter,  telah meletakkan jawatannya semalam (2 Jun 2015).




#TEHTARIK yakin ramai peminat bola sepak yang gembira dengan perkhabaran ini berikutan kes rasuah yang dilaporkan telah sampai ke tahap ‘SPRM pun dia boleh beli’. Sebenarnya sejak awal lagi peminat bola sepak mempertikaikan perlantikan orang tua ini yang tahu  berbisnes, tetapi tidak tahu pasal bola sepak. Tapi itulah manusia, dah kena jolok dengan duit sikit mulalah nak sanjung orang tu.

Apa pun, cerita sini habis sini. Sudah sampai masanya buka buku baru.

p/s: Presiden FIFA dan undur, Presiden FAM bila lagi?




0 comments: