Showing posts with label Malaysia. Show all posts

15 GAMBAR ARTIS MALAYSIA TANPA KENING

Kau eloklah macam Zul Ariffin pun, kalau kau tak ada kening, memang terus nampak macam sakit. Hahahaha. Ini adalah gambar-gambar lama daripada akaun Instagram @artistanpakening dan kami kongsikan dengan korang.

Jom tengok 15 gambar di bawah. Yang mana korang rasa paling 'elok'?
















PHOTOGRAPHER BERANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA?



Mujur Ramadan. Kalau tidak, memang kami akan hencap sampai nangis. Mata memang berkuasa. Mata mampu merubah segala-galanya. Mata memandang, mata menjeling, mata oh mata. Tiba-tiba kami rasa seperti ingin menyanyi lagu yang berunsurkan MATA. Walaupun teman sepejabat kami pernah mengenakan skirt bermata, namun, kami tidak hiraukannya. Namun, pagi tadi, selepas membuka mata dan terlihat post di laman-laman blog dan media sosial mengenai seorang photographer berangan yang memandang orang sebelah mata, mata kami pun, terbuka, terbeliak, bak saat sakaratulmaut! Teruskan membaca dan lihat gambar-gambar di bawah.

HIDANGAN MENARIK DARI PIZZA HUT UNTUK JUADAH BERBUKA

Pizza Hut Malaysia ingin meraikan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba bersama para penggemar piza dengan hidangan lazat yang wajib untuk dikongsi – Dulang Citra Ramadan. Sebagai sebahagian daripada promosi Citarasa Ramadan yang ditawarkan pada setiap bulan puasa bagi menghargai peminat-peminat, Dulang Citra Ramadan  memperkenalkan item baru yang unik iaitu Nasi Ayam Itali Kurma.

MENANGI RM500 BERSAMA MASPATI - PATI IKAN HARUAN DAN KONTRAK BINTANG VIDEO KLIP

Kehidupan pada hari ini memang berjalan dengan pantas. Mana tidaknya, pagi-pagi buta lagi, kita sudah keluar bekerja. Apabila matahari sudah terbenam, barulah nampak bumbung rumah. Dalam pada bekerja mencari rezeki bagai nak rak, kadang-kadang kita terlupa menjaga kesihatan.

Kami sebelum ini memang kerap berada di gimnasium untuk workout. Namun begitu, disebabkan tuntutan kerja yang semakin memerlukan komitmen yang tinggi, daripada 4 ke 5 kali dalam seminggu, akhirnya kami hanya sempat bertandang di gimnasium sebanyak 2 ke 3 kali dalam sebulan. Jadi tidak hairanlah, perut kami membusut dan cepat letih. Bukan kerana buatan orang, tetapi kerana tidak bersenam.

Namun begitu, beberapa minggu ini, kami tidak perlu lagi risau mengenai kesihatan dalaman kerana kami telah menemui satu produk yang sangat-sangat-sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ternyata dengan pengambilan produk ini, tenaga kami bertambah, dan yang paling penting, kami tidak lagi tampil letih umpama pohon yang tidak disiram.




Semuanya dek kerana MASPATI - PATI IKAN HARUAN yang dihasilkan secara tradisional, tidak hanyir, tanpa pengawet, tanpa perisa tambahan dan tiada penambahan pewarna tiruan. Semuanya asli. Ianya didatangkan dengan empat pilihan - PATI IKAN HARUAN, PATI IKAN HARUAN DENGAN GINSENG, PATI IKAN HARUAN DENGAN GAMAT dan PATI IKAN HARUAN DENGAN HALIA. Setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing dalam memastikan kesihatan dalaman anda sentiasa terjaga. Jangan salah faham ye. Pati ikan haruan bukan sahaja untuk wanita mengandung atau selepas bersalin, tetapi juga untuk lelaki.



Apa yang paling penting dalam saat-saat ekonomi yang semakin meruncing ini, tentulah harganya yang sangat-sangat-sangat berpatutan. Rangkaian produk MASPATI - PATI IKAN HARUAN boleh didapati pada harga RM41/kotak yang mengandungi 6 botol 75ml. Harga ini berbeza dan tertakluk kepada promosi yang dijalankan di setiap stokis berbeza, di Semenanjung Malaysia. Dengan pembelian setiap kotak ini juga, anda dapat lagi satu botol MASPATI - PATI IKAN HARUAN secara PERCUMA! Memang murah sangat ni. Kalau supplement yang biasa kami ambil pun, makan beratus ringgit. Ini memang harga yang sangat berpatutan untuk kesihatan badan.

Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Ramadan Al-Mubarak dan dengan adanya MASPATI - PATI IKAN HARUAN, kita akan bertenaga sepanjang hari. Yang penting, bersahur dengan sebotol MASPATI - PATI IKAN HARUAN pun sudah mencukupi.

Oh, selain daripada itu, pihak MASPATI juga turut menganjurkan satu pertandingan untuk anda yang gemarkan gaya hidup aktif yang paling penting, berbakat dalam bidang tarian. Hadiahnya memang lumayan kerana anda berpeluang untuk memenangi wang tunai berjumlah RM500 dan bakal menerima kontrak untuk membintangi VIDEO KLIP SIRI MASPATI CERGAS.



Cara-caranya adalah seperti di bawah:

  1. GAMBAR: Dapatkan MASPATI - PATI IKAN HARUAN. Muatnaik gambar anda bersama sebotol 75ml MASPATI - PATI IKAN HARUAN dengan senyuman yang ceria. Hashtag gambar anda dengan ‪#‎maspaticergas.
  2. Rakamkan video MASPATI CERGAS anda sendiri dan muatnaik video kreatif anda ke Instagram dan hashtag: #maspaticergas 
  3. EMEL: Emelkan video dan gambar anda (Dari Instagram tersebut berserta nombor telefon untuk dihubungi) ke :maspaticergas@gmail.com

Tarikh Tutup penyertaan adalah pada 20Julai 2015. Tertakluk Kepada Terma Dan Syarat.

Jadi tunggu apa lagi. Jom mula merakam video tarian anda sekarang dan upload!

PENGGEMAR MODIFIKASI KUSTOM PUAS HATI DENGAN 'ART OF SPEED 2015'!

Bahang acara Art of Speed kembali hangat dan menggegarkan dunia klasik, OlSkool dan seni kustom permotoran Malaysia pada 6 dan 7 Jun lepas di tapak Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dengan kehadiran lebih 47,000 pengunjung. Dengan percambahan bilangan pembina khas motor dan juga kereta, pengumpul alat mainan model skala, peminat muzik dan genre seni budaya sub kategori Kustom Kulture, penganjur Art of Speed merasakan sudah tiba masa untuk genre ini terus berkembang dan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk semua peminat.

MEMPERKENALKAN NORA DANISH SEBAGAI WAJAH B612 MALAYSIA

LINE, peneraju platform kehidupan dunia mengumumkan pencapaian aplikasi selfie B612 meraih 50 juta muat turun di seluruh dunia! Aplikasi selfie khusus ini yang terdapat dalam kedua-dua platform iPhone dan Android berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi pelbagai pilihan kesan khas, fungsi kolaj, penapis dan antara muka ringkas.

NAELOFAR FOR ZALORA MEMBAWAKAN KOLEKSI MAJESTIC LOVE

ZALORA dengan kerjasama Naelofar Hijab, baru-baru ini melancarkan koleksi tudung mereka, Naelofar for ZALORA. Koleksi ini telah dilancarkan dengan menampilkan tutorial hijab dan pameran fesyen, juga dengan kerjasama Lifebuoy, yang telah diadakan di Hilton Kuala Lumpur pada hari ini.

PELANCARAN KEDAI KONSEP PREMIUM LEVI'S DI SURIA KLCC

Penulis Tamu: Sis Kinja


Terletak di Tingkat 3, Suria KLCC fesyen Amerika santai dan klasik Levi's akan menemui para pecinta fesyen untuk merasai sendiri keunikan jenama ini.

LEDAKAN RASA DALAM KFC AYAM KICAP MELETUP!

Kami memang penggemar ayam. Sebut sahaja apa jenis masakan, ayam tidak pernah kami tolak. Sebab itulah badan kami pun berbau ayam. Okay, lawak hambar. Siapa yang tidak sukakan ayam masak kicap? Haaa, kalau anda peminat ayam kicap seperti kami, teruskan membaca. Terbaru, KFC Malaysia menampilkan citarasa yang sungguh lazat untuk dinikmati pelanggan di musim perayaan ini, dengan memperkenalkan hidangan baharu KFC Ayam Kicap Meletup yang menampilkan pembangkit selera kegemaran rakyat Malaysia – gabungan ideal rempah ‘meletup’ dan aroma kicap yang unik.

TV3, AIR ASIA DAN ALTEL TUNAI HASRAT UNGKU ISMAIL AZIZ MENERUSI KEMPEN 'TRAVELLING BERUANG'

Dari sebuah telemovie ke sebuah kempen besar dan bermakna... itulah permulaan kepada kempen Travelling Beruang anjuran TV3. Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Akasia: Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz yang pada mulanya ditawarkan memegang watak seorang ayah yang ingin menunaikan seorang impian kanak-kanak kanser dalam sebuah telefilem TV3. Namun kini ianya bukan sekadar telefilem tetapi bakal mengukir siri perjalanan penuh inspirasi.

‘HALANG’ PEMBUKA JALAN FAHMIE ESMAIL

Anak muda yang bernama Mohd Zulfahmi Esmail berani melangkah diri ke satu audition program realiti terbitan TV3 iaitu Mentor Legend.  Pada asalnya ingin menemani rakannya sahaja tetapi akhirnya dia terpilih ke pentas Mentor Legend untuk menjadi protégé kepada Ajai.

'POTRAITS' DEDAH LEGASI SENI KARYA JURUGAMBAR AMRI GINANG

Kepada yang tidak mengenalinya, nama Amri Ginang mungkin sedikit asing. Namun begitu, bagi peminat seni fotografi, namanya memang sinonim dan bakatnya dalam berkarya memang tidak dinafikan.

Baru-baru ini, figura ini telah mempersembahkan POTRAITS yang merupakan hasil karya potret yang memaparkan lebih daripada 180 imej dalam bentuk cetakan, buku berfoto dan juga klip video. Siri ini memaparkan bagaimana trend-trend karya seni dalam bentuk sebegini semakin hari, semakin mendapat tumpuan dari seluruh pelosok dunia.

Subjek yang menjadi pilihan Amri adalah dari pelbagai lapisan kehidupan, termasuklah penyanyi terkemuka tanah air, Anuar Zain, pengarah filem Anwardi Dato' Jamil Sulong, penyanyi lagenda tahun 60-an, Allahyarham Dato' Ahmad Jais, model tanah air yang bertaraf antarabangsa, Yuen, anak seni dengan pelbagai bakat, Joe Young, pemain dram berusia 100 tahun dari Sumatera dan ramai lagi.

Pada siri POTRAITS itu juga turut berlangsung bengkel dan bual bicara mengenai fotografi selama dua hari. Turut tampil sepanjang dua hari adalah Sabrina Benneett yang merupakan Miss Universe Malaysia 2014 sebagai model, jurugambar komersial, Din Arshad, jurugambar perkahwinan, Azam Nuermaya, jurugambar konsert, Ajako Watanabe, jurugambar yang sedang meningkat naik, Kamalia Photolicious dan juga jurugambar kembara, Siu Lin Poon.

Kesemua mereka berbicara mengenai gambar-gambar potret dan berkongsi pengalaman masing-masing dalam bidang fotografi. Para peserta yang mengambil bahagian dalam bengkel dan bual bicara itu turut mendapat bimbingan terus daripada Amri sendiri dan turut menerima bantuan daripada jurusolek dan model.

Acara ini disokong oleh HP. HP Indigo Press 10000 dan HP DesignJet Z6800 merupakan dua buat pencetak yang bertanggungjawab mencetak kesemua hasil karya cetakan berkualiti tinggi sepanjang acara itu berlangsung.










RYZAL JAAFAR BERKARYA DALAM FESYEN MENERUSI JENAMA ARATA

Penulis Tamu: Sis Kinja

Ryzal Jaafar, pelakon popular tempatan kini melebarkan satu lagi sayap barunya dengan mengeluarkan koleksi fesyen kurta khusus buat lelaki. Menggunakan label ARATA by Ryzal Jaafar, beliau yakin bahawa koleksi terbarunya ini mampu membawa kelainan buat para penggemar fesyen tampil berbeza di pagi Syawal. Menariknya tentang rekaan ini, ia dihasilkan dengan corak digital dan fabrik yang fleksibel untuk kegunaan harian.

Jom lihat sendiri di antara rekaan menarik dari ARATA.






BAPA JUAL CUPCAKE, CARI DANA BIAYA RAWATAN ANAK SAKIT

Sejujurnya, kami benar-benar tersentuh dengan berita yang kami lihat di Facebook ini. Memang menyentuh hati. Seorang ayah, berniaga kek cawan bagi mencari dana untuk membantu rawatan anaknya. Terima kasih kepada Saudara Muhammad Ezani yang sempat menitip kata dan membuka mata banyak pihak.

13 GAMBAR KOMPILASI MYVI DENGAN PELBAGAI GUNA

Mungkin selepas insiden menyayat hati yang melanda sekeluarga baru-baru ini, memberi tamparan hebat buat seluruh rakyat Malaysia. Malang nasib bagi pengguna MyVi, ramai dikecam disebabkan sikap dajjal jalanraya yang mementingkan diri sendiri. Kami sebagai pengguna MyVi juga tidak terkecuali, apabila dihencap, dihina, dicarut sehingga terduduk dek kerana kami memandu MyVi. Jom semak 13 gambar kompilasi MyVi yang superhebat kerana boleh melakukan pelbagai perkara. #sarkastik

BEKAS ANGGOTA KUMPULAN RES2 LANCAR SINGLE TERBARU, 'MAHKOTA CINTA'

Lilo Khalil yang dahulunya dikenali sebagai Baby, merupakan salah seorang ahli kumpulan pelopor rap wanita di Malaysia iaitu Res2. Selain mempunyai bakat didalam bidang nyanyian dan menari, Lilo juga aktif di dalam bidang teater muzikal seperti 'SuperMokh',  'P. Ramlee - The Musical...', 'The Secret Life of Nora' dan banyak lagi.

6 GAMBAR ORANG AWAM SEIRAS SELEBRITI TEMPATAN

Terbahak-bahak kami ketawa dek kerana melihatkan enam gambar yang terpapar di laman Facebook Geng Rojak Malaysia ini. Mana tidaknya. Rupa-rupanya ramai juga orang awam yang tampil seiras seperti beberapa selebriti dan tokoh tanah air. Ini baru enam, mungkin ada lebih ramai. lagi. Jom semak gambar-gambar berikut.

ABANG SADO JUAL AYAM BUAT RAMAI INZAL

Kalau dilihat, semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia yang tahu menjaga bentuk badan. Semakin hari juga, semakin banyak pusat gimnasium tumbuh bak cendawan. Normal lah. Bila banyak permintaan, banyaklah juga tempat untuk workout. Jadi, tidak hairanlah jika makin ramai ‘abang sado‘ muncul (walaupun ramai juga team ‘sadorina‘ yang kini mula buat badan).

6 JENIS KARTUN & HIBURAN KANAK-KANAK 90-AN

Penulis tamu: Sis Kinja



Zaman kanak-kanak kita sering diserikan dengan aneka siaran kartun dan hiburan menarik. Teringat seketika, sis hanyalah budak kampung hingusan, tidak mengerti apa itu dosa. Sibuk bergembira mandi parit, main pondok-pondok, baling selipar sambil menikmati aiskrim Malaysia berperisa sirap mak cik sebelah rumah, sis sangat mudah terhibur dengan sebilangan rancangan kartun best sewaktu sis membesar. Perkembangan teknologi benar-benar membuatkan adik-adik zaman ini leka dan berbeza dengan sis.