PELANCARAN KEDAI KONSEP PREMIUM LEVI'S DI SURIA KLCC

21:12 Krew Teh Tarik 0 Comments

Penulis Tamu: Sis Kinja


Terletak di Tingkat 3, Suria KLCC fesyen Amerika santai dan klasik Levi's akan menemui para pecinta fesyen untuk merasai sendiri keunikan jenama ini.




Pelancaran kedai konsep premium baru ini mempamerkan komitmen Levi’s® dalam menawarkan rangkaian produk yang lebih menarik dan pengalaman membeli-belah yang elegan.  Pastinya para peminat jenama Levi’s® akan teruja melihat rangkaian lengkap koleksi Levi’s® VintageClothing  yang dijual secara ekslusif.

Kedai konsep premium serba baru di KLCC ini menyerlahkan warisan rekaan Levi’s®yang berinspirasikan elemen-elemen vintage dan industrial. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai, penglihatan pelanggan tertumpu kepada skrin video yang bersilih ganti memaparkan video media yang sememangnya dinamik.

Sejurus memasuki ruang pertama, pengunjung dapat melihat sendiri produk-produk terkini di samping rekaan ikonik pakaian lelaki dan wanita. Warna-warna musim Luruh dan Salju 2015 pasti terserlah ketika membelek-belek beraneka jenis celana pendek, skirt, jackettrucker dan kemeja western.  Penggunaan hiasan modul-modul kaca dan kiub-kiub logam di ruang ekspresi fesyen ini juga memberi ruang dan penataan cahaya menarik kepada produk-produk yang dipilih .

Jom rasai sendiri keunikan butik terbaru Levis di Suria KLCC!










0 comments: