MOVIE REVIEW: 'INSIDIOUS: CHAPTER 3' BUAT PENONTON SESAK NAFAS OLEH HANTU TOPENG OKSIGEN!

21:14 Krew Teh Tarik 0 Comments

Bukan nafas berbau tong sampah tau! Tetapi, sesak nafas disebabkan kemunculan hantu baru dalam filem prekuel INSIDIOUS. Kali ini, filem francais ketiga ini muncul dengan INSIDIOUS: CHAPTER 3 yang lebih seram. Thanks to Abang Budiey dari Budiey.com yang memberi peluang kami menonton filem ini sehari lebih awal.




Actually, filem kali ni merupakan bahagian pertama dan berlaku sebelum filem INSIDIOUS 1 dan INSIDIOUS 2. Kepada yang pernah menonton dua buah filem sebelum ini, anda tentu faham jalan ceritanya.

Untuk kali ini, nenek psikik Elise nampaknya bertarung dengan lebih dahsyat. Mana tidaknya, kali ini, nenek ini mengeluarkan dialog yang lebih bitchy, dek kerana geram dengan hantu perempuan yang sentiasa mengugut untuk membunuh dia.

Selain nenek pembunuh hantu ini, watak utama turut menonjolkan karakter Quinn, seorang gadis remaja yang kematian ibu. Dia berusaha mencari cara untuk 'berbicara' dengan ibunya yang telah mati. Dalam kepala kami, "Kau gila ke, Som?!". Tetapi, itulah yang diinginkan oleh Quinn.

Namun begitu, apabila dia cuba 'menghubungi' roh ibunya, roh lain pula yang muncul dan memburu dia serta mengganggu kehidupannya. Paling parah, dia sampai cedera parah, patah kaki, tengkuk semua bagai. Hantu yang mengganggu gadis cantik ini adalah hantu sesak nafas yang bertopeng oksigen. To be honest, wajahnya meminta kaki! Meluat!

Kami tak mahu lah bercerita lebih, so anda patut ke pawagam berhampiran bermula hari ini, kerana ianya sudah mula menghantui pawagam di seluruh Malaysia. Untuk filem ini, kami beri 4.5 bintang!

Di bawah kami sertakan screenshot daripada filem itu dan trailer INSIDIOUS: CHAPTER 3.








0 comments: