MOVIE REVIEW: 'MAGGIE' BERI IMPAK PURA-PURA MENJERIT DI PAWAGAM?

11:13 Krew Teh Tarik 0 Comments

Penulis Tamu: Sis Kinja


Baru-baru ini team #TEHTARIK sempat menghadiri sebuah movie preview berjudul MAGGIE. Filem ini bakal menemui orang-orang awam berstatus marhaen pada 4 Mei yakni, esok. Punyalah excited sis sebab dikatakan filem ala-ala zombie ini sangatlah menakutkan serta mengujakan. Ditambah pula pelakon tua bangka yang masih eloksss Arnold Schwarzenegger berlakon, makin inzal la sis nak ke sana. Sanggup meredah hujan dan jem di Federal Highway demi cita-cita untuk berteriak di dalam cinema.



   
Filem arahan Henry Hobson ini boleh dikategorikan sebagai sebuah filem art seram, ade ek genre tu? Btw, sis memang inginkan suatu yang berbeza dari lakonan Arnold yang sebelumnya. Maka berdirinya sis di sini untuk kongsikan beberapa fakta penting sebelum korang konon-konon jakun nak beratur di kaunter dan beriya cakap nak menonton filem MAGGIE, sehingga sanggup mencampak Maggie cup perisa tom yam yang ada di dalam genggaman.

Apa yang berlaku?
Filem ini bermula sayu dengan kekosongan bandar yang dilanda virus yang boleh mengubah umat manusia bertukar menjadi zombie. Ya, zombie. apa yang bermain di fikiran semestinya zombie yang laju, berkejaran, menggigit dan kelaparan. Ahhh lupakan!! tiada di dalam movie ini!

Disebabkan virus itu anak si Arnold ni, Maggie dah pun terkena jangkitan dan dia berusaha untuk menjaga anaknya itu walaupun tahu risiko akan digigit. Rela bela dari letakkan di dalam kurungan kuarantin, namun apa terjadi di penghujung cerita, adakah sang ayah berubah menjadi zombie selepas digigit? Adakah Maggie kembali normal? Atau Maggie bertukar menjadi resepi baru produk jenama Maggie? Sama-samalah korang saksikan sampai habis ya!

Tidak perlu Tengok?

  1. Terang-terang sis dah mention kat sub head, tak perlu berpura-pura dungu nak gatal tengok Haha.
  2. Jalan cerita terlalu lambat, ramai kot yang keluar di pertengahan cerita, lantas sis pun kuatkan azam untuk tengok hingga tamat.
  3. Zombie ni sakit, jadi sangatlah slow dia nak berubah, makan hari jugak la, tu pun tak berapa nak seram.
  4. Suasana kelam, mood berjaya dan sangat art ualls.
  5. Rasa macam bandar tu je yang kena, tapi polis dan doktor kebal dari penyakit ini, sis pun pelik.



Apa pun korang boleh download movie ni nanti ya, tak pun tunggu Krismas yang tiada Astro First ok. Sis diberi mandat untuk memberikan 1 bintang untuk filem MAGGIE ini. Jom saksikan trailer filem terlalu seni ini.



0 comments: