Showing posts with label Hiburan. Show all posts

15 GAMBAR ARTIS MALAYSIA TANPA KENING

Kau eloklah macam Zul Ariffin pun, kalau kau tak ada kening, memang terus nampak macam sakit. Hahahaha. Ini adalah gambar-gambar lama daripada akaun Instagram @artistanpakening dan kami kongsikan dengan korang.

Jom tengok 15 gambar di bawah. Yang mana korang rasa paling 'elok'?
















MOVIE REVIEW: 6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENONTON 'THE INTERN'

Semalam, kami berkesempatan menonton filem THE INTERN yang akan menemui penonton pada 24 September akan datang. Lambat lagi, jadi korang sudah boleh mula mengumpul wang sehari seringgit memandangkan harga tiket wayang yang semakin mahal!

'THE TRANSPORTER REFUELED' HANGATKAN PAWAGAM 3 SEPTEMBER!

Kalau anda merupakan seorang peminat dan pengikut filem THE TRANSPORTER, kami rasa, anda semestinya ternanti-nantikan kemunculan sekuel filem ini, THE TRANSPORTER REFUELED. Kalau sebelum ini, watak hero dipegang oleh Jason Statham, kali ini, Ed Skrein menyandang watak sebagai lelaki penghantaran itu.

MOVIE REVIEW: PERTEMBUNGAN SEJARAH 'TERMINATOR' DALAM 'TERMINATOR: GENISYS'

Penulis tamu: Pjoe

8 GAMBAR 'HOT' HANA MAE LEE DARI 'PITCH PERFECT' TANPA MULUT IKAN

Kalau disebut nama Hana Mae Lee, mungkin kurang dikenali berbanding Lilly Okanakamura yang merupakan salah seorang anggota The Bellas dalam filem PITCH PERFECT. Hana merupakan seorang pelakon, komedian, model dan turut mempunyai jenama fesyen sendiri iaitu Hanamahn. Ya, dia sebenarnya memang cantik. Jom lihat 8 gambar Hana yang memang hot!


20 SELEBRITI HOLLYWOOD YANG PERNAH MENJADI GELANDANGAN

Selebriti selalu dilihat sebagai manusia yang kaya, popular, dikenali dan dikagumi. Kalau boleh, setiap benda yang dilakukan mereka, memang akan mencuri tumpuan. Tetapi, tahukah anda bahawa ramai juga selebriti yang pernah bergelar homeless atau gelandangan sebelum popular? Syukur, alhamdulillah Malaysia masih aman walaupun matawang semakin merudum. Jom semak 20 selebriti popular dalam A-list Hollywood yang pernah bergelar gelandangan.

Shania Twain

Shania dan keluarganya pernah menetap di tempat perlindungan gelandangan. Demi membantu keluarganya menyara kehidupan, dia mula menyanyi di bar pada usia 8 tahun.

William Shatner

Selepas muncul dalam siri STAR TREK, William terpaksa tinggal di dalam traknya.

Kelly Clarkson

Rumah penyanyi ini hangus dalam kebakaran ketika hari pertama dia berpindah dari Texas. Dia terpaksa tidur di dalam keretanya sehinggalah dia muncul dalam AMERICAN IDOL.

David Letterman

Dia pernah tinggal di dalam trak sehinggalah dia berjaya menulis komedi untuk Jimmie Walker.

Kurt Cobain

Vokalis Nirvana ini pernah menjadi gelandangan di bawah jambatan dan tidur di bilik menunggu hospital.

Sylvester Stallone

Dia diusir dari rumahnya di New York dan terpaksa tinggal di stesen bas selama tiga minggu.

Tyler Perry

Selepas gagal dengan produksi teater, Tyler terpaksa menetap di dalam keretanya.

Halle Berry

Dalam pada mengejar kerjaya sebagai anak seni di awal pembabitannya, dia kehabisan wang dan tinggal di tempat perlindungan gelandangan buat seketika.

Jennifer Lopez

Mungkin kemunculannya di Hollywood tidak mendapat restu keluarga, dia terpaksa menumpang di rumah kawan-kawannya.

Jim Carrey

Jim tinggal bersama keluarganya di dalam sebuah van dan melalui pelbagai masalah kewangan.

Hilary Swank

Dia dan ibunya tinggal di dalam kereta. Dia akhirnya berjaya mendapat pekerjaan dalam lakonan dengan beberapa panggilan menggunakan telefon awam.

Carmen Electra

Dia juga pernah menjadi gelandangan di Hollywood selepas ditinggalkan oleh bekas teman lelakinya yang juga telah mengambil kesemua wang simpanannya.

Drew Carey

Dalam perjalanan mencipta karier di Las Vegas, Drew pernah bergelar gelandangan.

Lil Kim

Dia dibuang keluarga oleh ayahnya dan terpaksa berteduh bersama gelandangan lain di sekitar Brooklyn.

Rose McGowan

Lebih setahun Rose bergelar gelandangan. Lokasinya adalah di Oregon dan Washington.

Djimon Hounsou

Ketika menetap di Paris, dia terpaksa menjadi gelandangan dan berjuang untuk hidup.

Steve Harvey

Steve mengakui bahawa pada satu masa dalam kariernya, dia pernah jatuh dan terpaksa menjadi gelandangan selama tiga tahun.

Brett Butler

Selepas muncul dalam GRACE UNDER FIRE, Brett berjuang dengan ketagihan dadah dan berakhir sebagai gelandangan.

Daniel Craig

Dalam pada mencipta nama sebagai seorang pelakon, Daniel pernah tidur di bangku taman dan menjadi gelandangan.

Steve Jobs

Mendiang Steve pernah menumpang di bilik dorm temannya. Dia juga pernah menjual botol untuk mendapatkan wang. Selain itu, dia mendapatkan makanan percuma sekali dalam seminggu di Kuil Hare Krishna.

9 GAMBAR PUBERTY CEMERLANG BINTANG 'HARRY POTTER' BIKIN BATAL PUASA!

Puberty atau akil baligh memang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan. Kami masih ingat, ketika pertama kali kami akil baligh dan mengeluarkan benda aneh dari tubuh, kami berusia 10 tahun. Nervous, takut, risau, keliru, bingung dan pelbagai perasaan muncul tatkala ianya berlaku. Sejak dari itulah, di beberapa bahagian tubuh mula tumbuh bebuluan aneh. Kami menjangka, kami akan berubah menjadi kucing. Selain daripada itu, wajah kami juga berubah semakin hari, semakin menjadi hantu apabila jerawat mula tumbuh. Kami tertekan. Over kan?!

Jom kita lihat puberty cemerlang yang berlaku pada bintang-bintang HARRY POTTER ini. Memang sangat cemerlang. Yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang, tentulah Matthew Lewis Si Holy Longbottom! Scroll sampai habis okay! Tahan diri tau. Ingat-ingat sikit, hari ni baru hari kedua Ramadan.

PHOTOGRAPHER BERANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA?



Mujur Ramadan. Kalau tidak, memang kami akan hencap sampai nangis. Mata memang berkuasa. Mata mampu merubah segala-galanya. Mata memandang, mata menjeling, mata oh mata. Tiba-tiba kami rasa seperti ingin menyanyi lagu yang berunsurkan MATA. Walaupun teman sepejabat kami pernah mengenakan skirt bermata, namun, kami tidak hiraukannya. Namun, pagi tadi, selepas membuka mata dan terlihat post di laman-laman blog dan media sosial mengenai seorang photographer berangan yang memandang orang sebelah mata, mata kami pun, terbuka, terbeliak, bak saat sakaratulmaut! Teruskan membaca dan lihat gambar-gambar di bawah.

(VIDEO) DIA SEORANG BUDAK BUTA, TETAPI BAKATNYA BUAT MATA KAMI HAMPIR BUTA KERANA ........


Maaf! Kami lelaki sejati yang tidak akan mengalirkan air mata dengan mudah! Namun begitu, disebabkan oleh Benjamin Yonattan, seorang budak buta berusia 14 tahun menyertai ujibakat America's Got Talent, kami menangis teresak-esak. Tiba-tiba kami merasakan bahawa adik ini sangat memberi inspirasi kepada dunia. Bakatnya sangat besar. Kami tidak mahu membebel lebih panjang. Sila tonton video di bawah.


CHRIS PRATT BAKAL KEMBALI DALAM SEKUEL 'JURRASIC WORLD'

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada jutaan penonton yang menonton filem JURRASIC WORLD, anda tentunya kenal dengan pelakon Chris Pratt yang membintangi filem tersebut. Kalau tidak, sila ke Shah Alam, dan kami tampar muka anda sebanyak empat kali! Awas ye! Nampaknya, Pratt bakal kembali menghangatkan suasana beraksi dengan haiwan-haiwan prasejarah itu.



Menerusi sebuah portal hiburan antarabangsa, Pratt telah mengumumkan bahawa dia telah menandatangani kontrak untuk membintang sekuel filem JURRASIC WORLD. Pada minggu pertama tayangan, JURRASIC WORLD telah mencatat kutipan sebanyak $511.8 juta dan itu merupakan satu jumlah yang besar.

Anda rasa, adakah anda akan menonton sekuel JURRASIC PARK ini?

MEMPERKENALKAN NORA DANISH SEBAGAI WAJAH B612 MALAYSIA

LINE, peneraju platform kehidupan dunia mengumumkan pencapaian aplikasi selfie B612 meraih 50 juta muat turun di seluruh dunia! Aplikasi selfie khusus ini yang terdapat dalam kedua-dua platform iPhone dan Android berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi pelbagai pilihan kesan khas, fungsi kolaj, penapis dan antara muka ringkas.

TV3, AIR ASIA DAN ALTEL TUNAI HASRAT UNGKU ISMAIL AZIZ MENERUSI KEMPEN 'TRAVELLING BERUANG'

Dari sebuah telemovie ke sebuah kempen besar dan bermakna... itulah permulaan kepada kempen Travelling Beruang anjuran TV3. Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Akasia: Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz yang pada mulanya ditawarkan memegang watak seorang ayah yang ingin menunaikan seorang impian kanak-kanak kanser dalam sebuah telefilem TV3. Namun kini ianya bukan sekadar telefilem tetapi bakal mengukir siri perjalanan penuh inspirasi.

‘HALANG’ PEMBUKA JALAN FAHMIE ESMAIL

Anak muda yang bernama Mohd Zulfahmi Esmail berani melangkah diri ke satu audition program realiti terbitan TV3 iaitu Mentor Legend.  Pada asalnya ingin menemani rakannya sahaja tetapi akhirnya dia terpilih ke pentas Mentor Legend untuk menjadi protégé kepada Ajai.

MOVIE REVIEW: JURRASIC WORLD PAPAR TAMAN TEMA LEBIH 'HAVOC' DENGAN DINASOR GANAS SI PEMAKAN KHINZIR!

Penulis Tamu: Sis Kinja


Tidaklah dikategorikan sebagai filem wajib tonton sepanjang 2015, namun buat orang seperti sis yang mudah terhibur menyaksikan puluhan spesis dinasor, ya filem ini sangat tepat buat anda dan akan mula ditayangkan di pawagam berhampiran menjelang 11 Jun. Kami di #TEHTARIK dah tengok semalam.

Berlatarkan kemodenan teknologi, filem ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan untuk penghasilan taman tema akan datang. Lengkap dengan fasiliti moden, dinasor juga tidak kurang comelnya, menikmati juadah seekor khinzir hingga pekerja terjatuh bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng. Kesian khinzir jadi umpan!

Shiiiiaaaapaaaa? Dan apa yang menarik perhatian sis sepanjang filem ini? Jom tengok 8 perkara best giler yang perlu korang tahu sebelum angkuh membeli nugget, jagung kukus dan pop corn di kaunter dengan anggapan itulah gaya sebenar seekor dinasor yang kelaparan!


  1. Taman tema yang super mengagumkan, mega moden, pintar la siapa yang cipta  tempat ni. Sumpah korang sanggup bayar ratusan ringgit pun, berbeza kot dari Legoland :)
  2. Kemunculan para dinasor comel, tidak menggigit, mungkin sedikit dungu kerana boleh ditunggang secara ceria. Kau gila ke dinasor boleh dimanjakan dan dianggap bak haiwan peliharaan. Yes JURRASIC WORLD ada jawapannya.
  3. Dinasor dalam air paling menjadi tumpuan. Kemunculan di awal, pertengahan dan akhir cerita itu sangatlah vass. Siap boleh telan baju berjenama Zara. Tak percaya, korang tengok.
  4. Kasut tumit tinggi paling epik, kau punyalah dikejar raksasa pembunuh, kau berlari pantas di denai, lecak dan pelbagai lagi bencana, Namun masih kekal anggun dengan gaya urban dan kasut tumit yang menyakitkan. Syabas!
  5. Pelakon kacak Chris Pratt adalah tarikan utama filem ini, eloknya, inzal sis.
  6. T-rex sering dilabelkan sebagai watak antagonis, namun  dalam filem ini, T-rex di antara hero yang disegani dan anda mungkin menyukainya. 
  7. Kehadiran sekumpulan burung jahat yang mematuk orang awam. 
  8. Dinasor belaan dianggap seperti seekor anjing pengesan. 


Moral movie:
Tak payah nak bersungguh cipta, kacuk, dan mix and match benih haiwan untuk jadikan raksasa. Bahaya kot.

So sis bagi 3 bintang untuk filem ini

#TEHTARIK kongsikan sedikit paparan daripada filem ini dan trailer.