YUNA LANCAR ALBUM MELAYU PERTAMA, 'MATERIAL'

09:33 Krew Teh Tarik 0 Comments

Siapa sahaja yang tidak mengenali figura bernama Yunalis Zarai ini. Dialah antara yang paling awal memulakan sensasi YouTube dan paling mengagumkan, Yuna membawa nama Malaysia sehingga ke peringkat dunia. Kami benar-benar bangga dengan gadis tinggi lampai bersuara lunak ini.


Semalam, bertempat di Coffee Planet, Quill City Mall, Yuna telah melancarkan album berbahasa Melayu pertamanya, berjudul 'Material'. Album ini menampilkan tujuh buah trek lagu dan menampilkan 'Material' sebagai single pertama.

Kebanyakan lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah lagu-lagu hit yang pernah popular dan dilancarkan secara berasingan. Namun begitu, bagi menambah citarasa dalam lagu-lagu tersebut, susunan muziknya telah diperbaharui.

Menurut Yuna, penghasilan album tersebut adalah untuk memberikan penghargaan buat para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya. Dia yang kini menetap di Los Angeles turut memberitahu bahawa, album ini merupakan gabungan 'lama' dan 'baru', mengisahkan mengenai dirinya yang kembali kepada akar kehidupannya yang dikombinasikan dengan kehidupannya kini yang bergelar bintang.










0 comments: