MOVIE REVIEW: PITCH PERFECT 2 LEBIH HAVOC

09:43 Krew Teh Tarik 0 Comments

Khamis lalu, kami berkesempatan ke tayangan perdana untuk media, filem Pitch Perfect 2. Sejujurnya, ini merupakan antara filem yang kami nanti-nantikan sekuelnya. Mana tidaknya. Pitch Perfect pertama yang ditayangkan pada beberapa tahun yang lalu berjaya mencuri tumpuan kami dan rakan-rakan. 

Untuk sekuel yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 14 Mei ini, kumpulan vokal acapella Barden Bellas nampaknya lebih 'hangat' berbanding sebelum ini. Mana tidaknya. Kesemua mereka berada di semester akhir dan menunggu masa untuk graduasi. 
Namun begitu, dalam keterujaan mereka untuk tampil di beberapa persembahan besar, satu insiden memalukan melibatkan salah seorang anggota mereka, Fat Amy telah menyebabkan nama mereka tercemar. 
Dari situ, bermulalah pelbagai kejadian menarik, lucu dan menyayat hati membabitkan mereka. Mereka bekerja keras membersihkan semula nama Barden Bellas dan membawanya ke peringkat dunia. 
Dalam filem ini, Barden Bellas telah menerima kehadiran seorang anggota baru iaitu Emily. Becca juga kali ini menjalani kursus praktikal secara sembunyi-sembunyi untuk menjaga hati anggota lain terutamanya Chloe. 
Kepada anda yang memang peminat setia filem berkonsepkan muzikal remaja sebegini, jangan lepaskan peluang untuk ke pawagam berhampiran bermula 14 Mei ini. Untuk filem ini, kami berikan 4.5 bintang!










0 comments: