27 GAMBAR SELFIE DI KONVOKESYEN YANG MERIAH SANGOIT!!

17:30 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kami bukanlah terlalu mencari sehingga terperinci mengenai berita yang melibatkan seorang pelajar UiTM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, yang telah menjadi bahan bualan dan buah mulut masyarakat selepas ber-selfie di pentas ketika majlis konvokesyen baru-baru ini. Dia juga dikenakan tindakan penggantungan selepas kejadian itu.




Bagi kami, ber-selfie di pentas konvokesyen itu mungkin nampak sedikit kurang bersesuaian lebih-lebih lagi, ianya merupakan satu majlis istiadat. Ada protokol yang perlu diikuti oleh setiap tetamu daripada pelajar, ibu bapa sehinggalah mereka yang tidak berada di dalam dewan. Kami juga pernah berada di pentas tersebut - Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Dewan Sri Budiman dan Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Namun begitu, penggantungan itu mungkin sedikit keras buat pelajar tersebut. Kami tidak mampu mengubah apa-apa. Jadi, kepada pelajar lain, berhati-hati dalam mengambil apa-apa tindakan. Mudah dan cool bagi kita, mungkin kurang sesuai untuk majlis. Jom semak 27 gambar selfie yang diambil ketika majlis konvokesyan dan graduasi, di luar negara.






























0 comments: