10 GAMBAR TREND KECANTIKAN YANG ANEH

17:26 Krew Teh Tarik 0 Comments

Aneh, tetapi benar. Dalam mendefinisikan kecantikan atau kejelitaan, ianya terlalu subjektif untuk dibicarakan. Ada yang mengenaggap kecantikan itu adalah sosok wajah yang sempurna, dan ada juga yang menganggap kutil di wajah atau telinga itu mampu menonjolkan kejelitaan pada diri seseorang.



Berikut merupakan 10 trend kecantikan yang paling aneh buat kami. Sama ada ianya cantik atau tidak, anda sendiri tentukannya.

Dahi Berbentuk Bagel
Ramai masyarakat Jepun hari ini jatuh cinta dengan trend dahi berbentuk Bagel ini. Kalau di Malaysia, mungkin kuih keria. Caranya adalah dengan memasukkan 13.5 auns saline atau sejenis garam ke dalam dahi untuk membentuk bengkak dan kemudian, bahagian tengah ditekan dengan ibu jari untuk membentuk bentuk seperti Bagel.
 Parut Badan Puak Native
Membuat parut pada badan adalah salah satu ritual yang diamalkan oleh kebanyakan budaya puak native seperti Karo di Ethiopia. Ianya untuk menujukkan identiti puak, status, kecantikan dan juga hubungan dengan kuasa luar biasa.
 Badan Plump
Walaupun ramai wanita hari ini memilih untuk tampil kurus bak lidi, namun ada juga sesetengah wanita seperti yang berada di sebahagian Sahara di Afrika yang inginkan bentuk badan besar sehingga digelar obesiti. Bagi mereka, lebih besar, lebih cantik dan ini merupakan simbol kekayaan dan status sosial.

Rawatan Wajah Siput Babi
Di Tokyo, ada sebuah spa dikenali sebagai Ci:z.Labo Clinical Salon yang menggunakan siput babi sebagai salah satu alatan atau bahan untuk rawatan wajah. Menurut mereka, lendir yang terdapat pada siput babi ketika bergerak mengandungi protein, antioksida, dan asid hyaluronik yang mampu melembabkan kulit, mengurangkan kerengsaan dan membunuh sel-sel kulit mati.

Cuping Telinga
Ini mungkin selalu dilihat dalam dokumentari seperti National Geographic dan sebagainya. Puak Mursi di Ethiopia membesarkan lubang di cuping telinga dan memasukkan sekeping kayu. Ini merupakan simbol kecantikan dan status sosial buat mereka.

Spa Mandian Bir

Bir selalunya diminum oleh mereka yang bukan Islam. Namun begitu, di Amerika Syarikat dan Eropah, ramai yang menggunakan bir dalam penjagaan kulit. Di Chodovar Brewery, Chodová Planá, yang terletak di Republik Czech contohnya, mereka membenarkan pelanggan berendam dalam air mineral selama 20 minit. Di Landhotel Moorhoff, Franking, Austria pula, para pelanggan boleh berendam dalam bir sebenar.

Tatu Wajah Puak

Selain memarut badan, ada juga puak yang membuat tatu pada wajah. Puak Maori di New Zealand contohnya membuat tatu bukan sahaja di badan, tetapi juga di bawah. Ini merupakan simbol estatika buat mereka disamping menjadi tarikan pada wajah.

Telinga Tajam

Selalunya, cerita-cerita bunian Inggeris sahaja yang menunjukkan manusia dengan telinga tajam. Bagi pemuda-pemuda di Barat Daya Amerika Syarikat, ramai yang menjadikan telinga tajam sebagai trend. ianya bukannya mudah kerana mereka perlu melalui pembedahan.

Rawatan Wajah Ala Pontianak

Ini seperti yang dilakukan oleh beberapa selebriti Hollywood, antaranya, Kim Kardashian. Gila atau tidak, mereka menggunakan darah sebenar untuk melakukan rawatan wajah. Mujur, mereka menggunakan darah sendiri. Rawatan ini mampu mengecilkan saiz ruang pori serta kedutan. Ianya sangat mahal dan mencecah harga $2,000.

Mewarnakan Bulu Ketiak

Yuck! Bulu ketiak panjang sedikit pun kami sudah geli. Inikan pula kalau ianya berwarna dengan warna-warna blok seperti hijau. Trend ini dimulakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Roxie Hunt di Seatlle.

0 comments: