10 GAMBAR ANTI-IKLAN SEMPENA PIALA DUNIA FIFA 2022 DI QATAR

17:30 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kami pernah melihat dan menonton video-video yang memaparkan pekerja-pekerja asing yang bekerja di Dubai. Ada yang menyabung nyawa, tetapi bayaran dan keselamatan mereka, langsung tidak dihiraukan bak binatang. Ya Allah! Arab-Arab Dubai kaya itu memang binatang! Argh!! Okay maaf kami emosi lagi.

Disebabkan inilah, ramai yang mula menganggap isu ini sebagai sesuatu yang serius dan ianya benar-benar serius umpama pertelingkahan mulut antara Tun M dan DS Najib! Faham? Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA juga telah menahan terlebih dahulu keputusan untuk mengadakan Piala Dunia 2022 di Qatar dan orang ramai termasuk aktivis hak asasi manusia mula mencanang agar pembiayaan daripada jenama-jenama besar ditarik semula.

Sehingga kini, lebih 900 pekerja asing telah maut dalam menyiapkan persiapan sempena acara terbesar bola sepak dunia itu dan angka tersebut dijangka meningkat sehingga 4,000 kematian sebelum semuanya siap.

Ramai yang telah menyebarkan maklumat menerusi grafik anti-iklan yang masih meneruskan menjana untuk acara tersebut. Anda boleh melihat karya grafik tersebut di #artpeople dan menghantar hasil kerja karya grafik anda ke www.artpeople.net.

Berikut kami kongsikan beberapa grafik anti-iklan.











0 comments: