6 JENIS KARTUN & HIBURAN KANAK-KANAK 90-AN

14:49 Krew Teh Tarik 0 Comments

Penulis tamu: Sis Kinja



Zaman kanak-kanak kita sering diserikan dengan aneka siaran kartun dan hiburan menarik. Teringat seketika, sis hanyalah budak kampung hingusan, tidak mengerti apa itu dosa. Sibuk bergembira mandi parit, main pondok-pondok, baling selipar sambil menikmati aiskrim Malaysia berperisa sirap mak cik sebelah rumah, sis sangat mudah terhibur dengan sebilangan rancangan kartun best sewaktu sis membesar. Perkembangan teknologi benar-benar membuatkan adik-adik zaman ini leka dan berbeza dengan sis.


Kalau sekarang watak adiwira bertopi aneh Boboiboy menjadi pujaan, juga kembar seiras toyol bingit Upin & Ipin menjadi pujaan. Tidak kurang hebat watak rancangan dahulu.

Hmmm, mungkin sis sudah menjangkau seusia dinasour, lantas melihat perubahan ini bak satu pereputan di kala kubur kata mari, rumah agamku kata berambus dari sini!

Ok, ikuti rancangan kartun dan hiburan kanak-kanak evergreen sekitar tahun 1990-an.

Yokies
Dengan lagu iringan “gelak ketawa senang hati’ hahah kartun ni sangat epik ok. Walaupun tidak mengenakan efek mewah CGI, keluarga telur Yokies ni sangat menghiburkan. Tak silap kartun ni disiarkan jam 730 malam selepas rancangan ALONG.

Usop Sontorian
Memiliki kepala lonjong macam pisang, bergigi jarang dan sering berangan-angan, kartun Usop Sontorian meninggalkan memori tersendiri. Bergerak lambat, statik dikala kaku grafiknya, namun kartun ini sangatlah menjadi kegilaan sewaktu zaman itu.

Power Rangers
Tipulah korang tak membesar dengan siri popular ini. Sampai sekarang kot rancangan ini masih kekal. Walaupun dah mempunyai hampir 1000000 adiwira berpakaian ketat dan terpaksa berlawan dengan raksasa kecil dan akan membesar setelah hampir tewas juga didatangkan dengan sebilangan askar mudah untuk dihapuskan. Ya, Power Rangers adalah watak paling semua kanak-kanak impikan untuk jadi sepertinya.

Dragon Ball
Siri Dragon Ball membuatkan kita terpacak di hadapan kaca tv setiap sabtu dan ahad. Mak kau ajak ke pasar pun kau akan tolak dengan wajah serius. Sedang sibuk berkawad kaki di sekolah pun korang akan berhenti dan menonton secara berjemaah. Sering diganggu dengan  kekerapan iklan APOLLO, rancangan dengan durasi setengah jam ini sangat meninggalkan kesan tersendiri.

Sailor Moon
Dengan kekuatan bulan akan menghukummu! Kata-kata seorang gadis berpakaian tidak sopan namun ada kuasa sakti ini sangatlah menjadi ikutan. Lima sahabat dengan kuasa berbeza ini bergabung menentang kejahatan.

Along
Program kanak-kanak ini pula tampil sedikit berbeza, menggunakan watak along, seokor kucing gergasi (korang tau tak yang pakai kostum tu adalah BETO KHUSYAIRI) sangat menjadi bualan. Dengan kehadiran siti sifir bersama aneka baju –baju cantiknya  setiap minggu membuatkan ramai ibu bapa meletakkan rancangan ini sebagai rancangan pendidikan waktu itu.


0 comments: