MOVIE REVIEW: SAN ANDREAS GEGAR URAT PERUT PENONTON SEHINGGA KENTUT

14:18 Krew Teh Tarik 0 Comments

Semalam kami berkesempatan menonton filem SAN ADREAS yang bakal menggegarkan pawagam berhampiran anda bermula pada 29 Mei akan datang. Teruskan membaca sedikit review daripada kami mengenai filem yang dibintangi oleh Dwayne Johnson atau The Rock ini.



Mungkin ramai yang sudah mencuri kesempatan untuk menonton trailer filem SAN ANDREAS ini. Selain Dwayne Johnson, filem ini juga turut dibintangi oleh Carla Gugino, Alexandra Daddario, Colton Haynes, Ioan Gruffudd, dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan mengenai Ray, lakonan Dwayne yang bertugas sebagai penyelamat. Dia juga merupakan bapa kepada Blake (Alexandra Daddario) dan bakal bercerai dengan Emma (Carla Gugino). Dalam keadaan rumah tangga yang sedikit goyah dengan kehadiran Daniel Reddick lakonan Ioan Gruffudd, keluarga ini nampaknya perlu menyelamatkan diri daripada bencana alam yang menimpa kawasan penempatan mereka, San Andreas. Bukan bencana alam biasa, tetapi gempa bumi berskala Richter lebih daripada 9 magnitud.

Tidak cukup dengan gempa bumi yang memusnahkan seluruh kawasan yang berada dalam kawasan gelinciran San Andreas, kesemua penghuni juga perlu menyelamatkan diri daripada amukan Tsunami yang juga diakibatkan oleh gempa. Dari situ, kita dapat melihat sendiri bagaimana seorang ayah cuba menyelamatkan keluarganya daripada bencana.

Sejujurnya, kami memang tidak sempat memandang ke kiri atau ke kanan kerana kami tidak sanggup untuk melepaskan apa juga situasi yang ditayangkan di layar lebar. Aksi-aksi selamat menyelamat memang padat, ditambah pula dengan situasi yang memang tidak henti-henti dengan gegaran. Selain daripada itu, yang mengagumkan kami juga adalah kecerdikan kepala otak anak gadis Ray dalam menyelamatkan diri dan teman barunya.

Untuk filem ini, kami berikan 5 bintang!

Di bawah, kami kongsikan beberapa gambar daripada sedutan filem dan trailer SAN ANDREAS buat tatapan anda.








0 comments: