KHLOE KARDASHIAN BERHIJAB & BERNIQAB, RAMAI MENGECAM DAN HINA DAH KENAPA?

11:39 Krew Teh Tarik 0 Comments

Rasanya, tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu menutup aurat. Kenapa perlu dikecam? Pakai seksi, boleh pula puji sana sini? Pelik! Maaf, kami teremosi. Namun begitu, mungkin tindakan Khloe Kardashian ini mengelirukan para peminatnya yang menganggap bahawa, dia memakai hijab dan niqab sebagai fesyen semata-mata dan seperti tidak menghormati wanita Muslim. 




Baru-baru ini, bintang realiti ini berada di Dubia dan ketika melawat beberapa tempat di tanah Arab itu, Khloe mengenakan hijab dan niqab, seperti mana yang dipakai oleh para wanita Muslim di sana dan meletakkan kapsyen, "Habibi Love,". Tidak lama kemudian, dia menerima pelbagai kecaman hebat di laman Instagramnya. 

Dalam pada itu, selain kecaman, ada juga yang menyokong tindakan teman wanita kepada rapper, French Montana itu. "Ianya bukanlah fesyen. Dia berada di Dubai, dan ianya adalah satu penghormatan buat wanita untuk menutup aurat. Lagi pula, teman lelakinya adalah seorang Muslim, 
jadi dia memberikan impresi yang baik," kata salah seorang peminat.

0 comments: