LARI TERCUNGAP MINTA NYAWA DI PUTRAJAYA DEUTER TRAIL RUN 2015

11:27 Krew Teh Tarik 0 Comments

Penulis Tamu: Sis Kinja

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia dilihat semakin tahu menghargai kesihatan. Percambahan pertandingan larian dan marathon mula mendapat perhatian. Tidak ketinggalan, team #secawantehtarik turut menyertai larian Putrajaya Deuter Trail Run 2015 ini. Sememangnya penat sehingga wajah menjadi kebiruan akibat tidak cukup O2, namun kami masih mampu tersenyum  dan bergembira!




Tidak dinafikan penganjuran kali ketiga ini seharusnya mendapat pujian. Disertai hampir 1750 peserta, larian berserta cabaran juga pendakian bukit  dan hutan sekitar Putrajaya benar-benar menguji ketahanan peserta.

Terdapat empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Wanita terbuka, Lelaki Veteran dan Media, larian sejauh 12 km ini memberikan lebih pengalaman dan kelainan berbanding tahun sebelumnya. Walaupun jaraknya tidak sejauh pertandingan marathon, keaadan muka bumi  yang terpaksa ditempuhi sudah cukup memberikan cabaran serta membuatkan kebanyakan peserta hampir putus asa untuk meneruskannya  sehingga ke penghujung garisan penamat.

Jadi, kepada anda yang berkaki tirus, lincah dan mampu mengenai skinny jeans bersaiz 8, anda layak menyertai program sebegini di masa akan datang. Jom lihat aksi kegigihan + kesungguhan + kepayahan +keletihan + keseronokan para peserta Putrajaya Deuter Trail Run 2015.













0 comments: