MOVIE REVIEW: ADRENALINE BERGONCANG DENGAN 'MAD MAX: FURY ROAD'

15:50 Krew Teh Tarik 0 Comments

Semalam kami berkesempatan menonton filem aksi terbaru berjudul 'Mad Max: Fury Road'. Filem keempat daripada francais filem 'Mad Max' ini merupakan sebuah filem arahan George Miller yang kembali menemui penonton selepas 30 tahun. Habis satu badan bergoncang dek kerana adrenaline kami melonjak-lonjak disebabkan aksi yang sangat pantas dalam filem ini. Memang seperti kami yang berada dalam filem tersebut.




Antara pelakon yang membintangi 'Mad Max: Fury Road' adalah Tom Hardy, Charlize Theron, Nicholas Hoult dan ramai lagi. 'Mad Max: Fury Road' mengisahkan mengenai Max Rockatansky (Tom Hardy) yang hidupnya dihantui oleh masa lampau yang membawa kepada kehilangan orang-orang tersayang.

Max kemudiannya memutuskan untuk mengembara secara bersendirian kerana dia merasakan bahawa itu adalah jalan terbaik untuk dirinya meneruskan kehidupan. Bagaimanapun, dalam pengembaraannya itu, Max menemui sekumpulan pemberontak yang diketuai oleh Furiosa (Charlize Theron).

Dari situ pelbagai cabaran telah mereka tempuhi bersama beberapa pengikut yang lain untuk menyelamatkan diri daripada ancaman puak Citadel yang diketuai oleh Immotan Joe. Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya, anda boleh menonton sendiri filem ini yang mula ditayangkan di pawagam berhampiran bermula pada hari ini, 14 Mei 2015.

Untuk filem ini, kami memberikan 4.5 bintang. Jom sama-sama saksikan trailer filem yang kami kongsikan di bawah.


0 comments: