20 PANTAI YANG WAJIB DIKUNJUNGI

15:00 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kami memang suka menjelajah. Kami suka berjalan-jalan mencari tempat baru yang mungkin berbeza daripada apa yang kita lihat hari-hari. Bak kata pepatah, ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’. Namun begitu, kadangkala yang menjadi kekangan adalah masa dan kewangan.



Kepada yang ingin bercuti, anda bolehlah bersiap sedia untuk menabung dan mencari masa yang sesuai. Disebabkan hajat kami belum tercapai untuk bercuti, kami kongsikan beberapa destinasi percutian pantai yang wajib anda kunjungi.

Kamalame Cay, Bahamas
Bahamas memang sentiaa menjadi sebutan apabila kita terlintas mengenai percutian pantai. Kamalame Cay merupakan salah satu pantai yang menjadi tumpuan di Bahamas. Pulau persendirian ini boleh diakses menerusi penerbangan pendek dari Nassau dan menawarkan privasi serta perkhidmatan mewah yang tidak akan mengecewakan anda.
 Black Sea Coast, Bulgaria
Dari pelbagai segi, pantai ini dikategorikan sebagai terbaik. Makanan, cuaca dan pelbagai lagi kemudahan ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan berbanding pantai serta pulau mewah yang setanding dengannya.
 Seychelles
Berada di Seychelles merupakan pengalaman yang tidak akan anda lupakan. Ia merupakan salah satu destinasi yang dicari-cari oleh pelancong dari seluruh dunia. Pasirnya yang nampak seperti merah jambu muda di pulai La Digue ini merupakan lokasi kegemaran jurugambar dari seluruh dunia, ditambah lagi dengan panorama air lautnya yang membiru.
 Bora Bora, Tahiti
Bora Bora punya sebab tersendiri yang membuatkan para pelancong dari seluruh dunia, ingin melawatinya. Berkeluasan 18 batu yang terletak di French Polynesia, Bora Bora dihiasi dengan pasiran putih serta hotel dan resort yang tentunya membuatkan anda terpukau.
 Rosalie Bay, Dominica
Lokasinya terletak 45 minit daripada ibu kota Roseau. Pantai ini kurang diakses oleh pelancong dan dikatakan menjadi antara pulau terbaik di dunia. Di sini juga terdapat sebuah tasik yang dikatakan mendidih dan menjadi tasik volkano terbesar di dunia.
Rabbit Beach, Lampedusa, Itali
Rabbit Beach menawarkan panorama indah buat para pelancong dengan air lautnya yang jernih. Jika anda bernasib baik, anda juga dapat menyaksikan sendiri penyu mendarat di pantai untuk bertelur serta kumpulan ikan lumba-lumba yang kerapkali menjadi penghibur. Tidak jauh dari pantai ini juga, terdapat sebuah pulau gunung berapi dikenali sebagai Linosa yang turut menyajikan pemandangan indah tatkala senja.
 Playa del Carmen, Mexico
Perairan Caribbean memang terkenal dengan pantai-pantainya yang eksotik. Playa del Carmen adalah salah satu daripadanya dan lokasinya adalah di luar kawasan Cancun. Destinasi eksotik ini menawarkan pelbagai tarikan buat pencinta sejarah dan arkeologi kerana anda boleh melihat sendiri tinggalan sejarah seperti piramid serta kuil-kuil purba.
 Anse de Grande Saline, St. Barthelemy
St. Barthelemy merupakan sebuah pantai yang terletak di Pulau French Leeward. Ianya terkenal dengan pemandangan indah serta juadah-juadah enak. Ianya juga sesuai dengan anda yang ingin bercuti sambil mendekati alam.
 Lanikai Beach, Hawaii
Senarai ini tidak akan lengkap tanpa pantai ini. Lanikai Beach menjadi salah satu destinasi percutian pantai terbaik di dunia dan terkenal kerana pasirnya serta pohon-pohon palma yang menjadi penghias di pantai ini. Perairannya pula dikelilingi oleh batu karang semulajadi dan ini menjadikan airnya tenang sesuai untuk anda yang ingin relaks.
 Peter Island, British Virgin Islands
Ini merupakan salah satu pulau persendirian yang terbesar di dunia dan begitu pantas tersohor di kalangan pelancong. Peter Island merangkumi lima buah pantai yang indah. Antara tarikan pelancong yang terkenal di sini adalah Sunset Loop, yang menyajikan pelbagai makanan autentik Caribbean.
\Cabbage Beach, Paradise Island, Bahamas
Cabbage Beach merupakan salah satu pantai terpanjang di dunia. Ia menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti jetski, serta pelbagai sukan air yang mencabar.
 Langkawi, Malaysia
Kalau asyik memuji pantai-pantai dari luar negara, kita juga perlu menjengah ke dalam negara sendiri. Langkawi, Pulau Lagenda menyimpan pelbagai tarikan seperti pantai yang indah, hutan yang hijau, serta yang paling utama, tentulah sejarahnya, sesuai dengan lagenda pulau ini.
 Curacao, Caribbean
Sebuah lagi lokasi yang menjadi ‘harta’ di Perairan Caribbean. Lokasinya adalah tidak jauh dari Venezuela. Ianya terkenal dengan batu karangnya, spa, kasino dan juga pasar terbukanya. Di kota bersejarah ini juga, anda boleh mendapatkan barangan bebas cukai seperti permata dan juga pakaian.
 Champagne Beach, Vanuatu
Nama pantai ini diberi kerana buih-buih yang terbentuk setiap kali air surut dan menampakkannya seperti sebotol champagne.
 Fraser Island, Australia
Fraser Island bukan sahaja menjadi destinasi pantai terbaik, bahkan ia juga turut dinobatkan sebagai pulau berpasir terbesar di dunia. Ianya terletak 161 batu dari Brisbane. Di pulau ini terdapat pelbagai kawasan ekologi yang menjadi rumah kepada pokok-pokok yang berusia lebih 1,000 tahun. Ianya merupakan sebuah destinasi terkenal buat backpackers.
West Snake Caye, Port of Honduras
Pulau eksotik ini terletak 17 batu dari bandar Punta Gorda. Ianya terkenal dengan tumbuhan bakau dan beberapa spesis hidupan yang semakin pupus. Di pulau ini juga, anda boleh melihat sebuah lagun yang terletak di tengah-tengah hutan paya bakau yang di berada di pulau ini.
 Nantucket Island, Massachusetts
Ianya merupakan salah sebuah pulau popular di Lautan Atlantik dan sangat terkenal di kalangan peluncur ombak. Pulau ini menawarkan panorama senja yang indah dan anda boleh menyaksikannya menerusi rumah api Sankaty Head.
 Palaui Island, Cagayan Valley, Philippines
Palaui Island memberikan anda panorama menarik dengan pasir putihnya serta batuan dari gunung berapi. Ianya juga menjadi pulau pilihan buat peluncur ombak laut dalam.
 Luskentyre Beach, Scotland
Pantai ini menawarkan keunikannya yang tersendiri. Anda juga boleh menyaksikan sendiri pelbagai haiwan eksotik seperti ikan lumba-lumba, anjing laut dan banyak lagi.
 Shoal Bay East, Anguilla
Anguilla merupakan salah satu pantai yang benar-benar ingin memanjakan diri. Pasir putihnya menjadi hiasan tempat anda melangkah disamping disajikan dengan makanan eksotik dari pendudukan pulau ini sendiri.

0 comments: