LEPAS ROMEN DALAM TUK TUK, DAH KENA DENDA

12:08 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kemarin, kami ada berkongsi satu post dengan tajuk KANTOI ROMEN DALAM TUK TUK? dan nampaknya, pasangan yang beromen itu sudah ditangkap oleh pihak berkuasa negara tom yam, Thailand. 

Pasangan pelancong Rusia itu didenda £11 setiap seorang selepas video itu tersebar dan dorang pun dah dihadapkan ke mahkamah. 


Mahkamah juga mendengar pengakuan daripada pemandu tuk tuk itu sendiri yang tak perasan pasangan itu sedang beromen.


"Saya ingatkan dorang cuma menari. Rupanya buat baby!" kata pemandu yang dikenali sebagai Prawee Naruesod, 39. 

Pegawai Polis Pelancong Phuket, Lt Kol Naruwet Puttawiro berkata kepada akhbar The Phuket News, tuk tuk itu melalui kawasan tidak jauh dari pantai. 


"Kami kenal pasti siapa pemandu tuk tuk itu berdasarkan nombor lesen dan dia membawa polis ke tempat di mana pasangan itu menginap," katanya. 

Pelik-pelik eh manusia?! Hahaha. 

0 comments: