'THE TRANSPORTER REFUELED' HANGATKAN PAWAGAM 3 SEPTEMBER!

21:17 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kalau anda merupakan seorang peminat dan pengikut filem THE TRANSPORTER, kami rasa, anda semestinya ternanti-nantikan kemunculan sekuel filem ini, THE TRANSPORTER REFUELED. Kalau sebelum ini, watak hero dipegang oleh Jason Statham, kali ini, Ed Skrein menyandang watak sebagai lelaki penghantaran itu.



Frank Martin merupakan seorang lelaki yang memandu sebuah Audi A8 W12 dan melakukan penghantaran apa sahaja barangan, berdasarkan harga yang ditetapkan olehnya. Tiga peraturan menjadi tunjang dalam kerjanya iaitu tanpa nama, tanpa soalan dan tanpa tawar-menawar.

Dia seterusnya bertemu dengan Anna, seorang wanita misteri yang juga merupakan seorang ketua sebuah kumpulan kaki pukul. Untuk menjatuhkan sebuah kumpulan penjenayah Rusia yang terlibat dengan jenayah pemerdagangan manusia, Anna tahu, hanya Frank yang layak dan mampu menyelesaikan kes ini.



Anna seterusnya menjadikan bapa kepada Frank sebagai tebusan, dan itu juga bertujuan untuk memstikan Frank memberikan kerjasama kepada mereka. Frank dan ayahnya akhirnya bersatu tenaga bersama kumpulan Anna, sekaligus berjuang untuk menegakkan keadilan.

Jadi, kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai filem THE TRANSPORTER REFUELED ini, jangan lupa untuk ke pawagam berhampiran mulai 3 September akan datang. Kami kongsikan video trailer filem aksi hebat ini buat tatapan anda.


0 comments: