MOVIE REVIEW: 6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENONTON 'THE INTERN'

20:14 Krew Teh Tarik 0 Comments

Semalam, kami berkesempatan menonton filem THE INTERN yang akan menemui penonton pada 24 September akan datang. Lambat lagi, jadi korang sudah boleh mula mengumpul wang sehari seringgit memandangkan harga tiket wayang yang semakin mahal!


Filem THE INTERN merupakan sebuah filem unik dan lain daripada filem lain. Ideanya memang menarik dan tidak pernah kami terfikir, akan ada filem sebegini.

BACA: 'The Transporter Refueled' Hangatkan Pawagam 3 September

Apa yang pasti, kami memang tidak sanggup meninggalkan seat untuk ke tandas walaupun pundi kencing kami sudah membengkak. Kenapa? Kerana filem THE INTERN arahan Nancy Meyers yang dibarisi oleh Robert De Niro dan Anne Hathaway ini memang sangat menarik.

BACA: Pertembungan Sejarah Terminator dalam 'Terminator: Genisys'

Berikut, kami kongsikan enam sebab kenapa anda perlu menonton filem THE INTERN.

Filem Yang Unik

Filem ini bagi kami merupakan sebuah karya unik apabila mengetengahkan watak seorang lelaki tua, sebagai seorang pekerja intern. Kalau filem lain meletakkan pelakon kacak sebagai hero, untuk THE INTERN, heronya adalah lelaki tua berusia 70 tahun.

Pelakon-pelakon Hebat

Lakonan hebat De Niro dan Hathaway tidak lagi perlu disangkal. Berikan apa juga watak kepada kedua-dua mereka, watak tersebut akan menjadi nyata dan dapat dirasakan oleh para penonton.

Office Yang Cool

Antara babak-babak awal, ditayangkan pejabat milik Jules Ostin (Anne) dan tempat di mana Ben Whittaker (Robert) bekerja sebagai intern. Memang cool habis. Mana tidaknya. Kalau di pejabat kami, tidak ada orang yang berbasikal dari ruang pejabat, ke bilik mesyuarat. Suasana pejabat jualan perniagaan online ala Zalora itu nampak sangat friendly.

Inspirasi Untuk Online Business

So, to be honest, selepas menonton filem tersebut, kami seperti ingin membuka sebuah syarikat jualan barangan atas talian. Nampak seperti sangat berjaya dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Syarikat yang dinaungi oleh Jules itu telah menjangkau keuntungan lima tahun hanya dalam masa sembilan bulan. Kau rasa?

'Rompakan' Oleh Watak Utama

Jarang sekali ada 'rompakan' terpaksa yang dijalankan oleh watak utama yang berusia 70 tahun. Dalam filem ini, anda akan menonton Robert De Niro merompak rumah orang kerana terpaksa bagi menyelamatkan bosnya.

Mesej Kekeluargaan & Persahabatan

Akhir sekali, mesej yang disampaikan menerusi filem ini sangat jelas. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan itu adalah perlu dan wajib dalam kehidupan seseorang.

BACA: 'Jurrasic World' Papar Taman Tema Lebih 'Havoc' dengan Dinasour Ganas Si Pemakan Khinzir

Jadi, anda tidak ada alasan untuk tidak menonton filem THE INTERN ini kerana bagi kami, kalau anda tidak menonton, anda adalah di kalangan mereka yang rugi. Kami sajikan untuk anda video trailer filem THE INTERN.

0 comments: