TOP 4 SELEBRITI MANGSA BULI SIBER

15:33 Krew Teh Tarik 0 Comments

Penulis Tamu: Sis Kinja

Cantik pun kena, apatah lagi bila anda beraut wajah persis desa. Ada saja tohmahan dan penghinaan akan menerpa. Dunia ini memang tidak pernah adil! (Menjerit ala KL Menjerit di celahan ladang tebu). Tidak boleh tersilap sikit pun, lantas jari jemari keyboard worrier mula terkinja-kinja menaip patah kata tanpa usul periksa.



Membuli secara siber memang terkenal sejak kebelakangan ni. Ya lah, siapa sahaja yang tidak ada Instagram, mahupun Twitter atau Facebook, orang itu dianggap kekampungan. Sedikit definisi mengenai buli siber, ia adalah sebarang bentuk ancaman dan serangan melalui pesanan teks, gambar menerusi e-mel, blog, telefon bimbit serta rangkaian web bagi mengganggu, memalukan dan mengugut.

Jom semak empat selebriti tanah air yang sering menjadi mangsa buli siber.

Ainul Aisyah
(Dituduh negro celup) wehh tak baik la korang ni..ok what dari kau yang hina dia tu ntah-ntah macam bontot kuali.
 Nur Fazura
Perempuan paling cantik ni pun tak terlepas dari tempias pembuli siber, lagu baru ala bunyi mesin dia mendapat kritikan hebat. Tapi bagi sis, it’s cool! Kau cantik Faz!
 Wok Doyok
tidak dinafikan dia ni memang pandai bergaya, tapi janganlah sampai edit muka dia jadi macha, dan macam toyol kot. Peace wak!
 Mawar Rashid
Chill dik, walaupun dilabel Mawar GST, kau cantik kot, pasni boleh la kau buat-buat tak tahu pasal MSG, boleh jadi duta AJINOMOTO. Sis suka!

0 comments: