10 BENDA YANG PELIK & JELIK DIJUAL SECARA ONLINE

18:15 Krew Teh Tarik 0 Comments

Anda tentunya pernah melihat pelbagai benda-benda pelik dan aneh yang dijual secara online bukan? Benda yang paling pelik kami pernah terjumpa pun, adalah kemaluan palsu. Namun, tidaklah sepelik mana berbanding 10 benda-benda yang kami senaraikan di bawah. Jom tengok apa yang peliknya. 

Topeng Kepala Bayi

Topeng berwajah bayi, selalunya bukan benda yang pelik sebab memang macam comel. Tetapi tidak untuk topeng kepala bayi yang dijual secara online ini. Kau nak buat apa beli topeng kepala bayi macam ni? Wajahnya masam, muram dan menakutkan. Walaupun menjadi satu benda pelik yang mungkin tidak berbaloi dibeli, namun, harganya mencecah $350. 

Gelang Tulang Ular

Kau bodoh ke buat gelang guna tulang ular, pastu jual di atas talian? Siapa nak beli? Oh, mungkin akan ada yang beli benda-benda eksotik sebegini contohnya, bomoh, ahli sihir dan sebagainya. Katanya, gelang yang dijual dengan harga $100 ini diperbuat daripada tulang belakang ular Afrika yang authentic? 

Cacing Pita Yang Diawetkan

Satu lagi benda yang bagi kami, gila. Cacing pita bukan tempat dia dalam usus ke? Kenapa kau nak masukkan dalam botol dan awetkan, dan jual ha? Oh, khabarnya, ada yang memakan cacing pita awet ini untuk menurunkan berat badan. Ada yang mahu cuba? 

Kaki Rusa

Kami keliru memikirkan logik akal, kenapa kaki rusa dijual secara online. Tetapi kalau ada yang ingin membeli, anda boleh mendapatkannya di laman web Etsy. 

Kuku Pembunuh Bersiri

Pada tahun 1970-an, ada seorang pembunuh bersiri yang sangat tersohor bernama Roy Norris. Bukan Norezz si make up artist tau! Setiap kuku tangannya dijual pada harga $10 di atas talian. 

Kepala Tikus Awet

Mungkin disebabkan kegilaan ramai orang memakai pelbagai bentuk hiasan kepala, seorang manusia telah mengambil inisiatif untuk menjual hiasan kepala, iaitu klip rambut yang dihias dengan kepala tikus awet. 

Barang Kemas Tulang Zakar

Kalau tadi, ada gelang yang diperbuat daripada tulang ular, ini pula adalah barangan kemas yang dihasilkan daripada tulang zakar. Tetapi, jangan gelabah biawak kerana ia merupakan tulang zakar haiwan. Jadi, basically, kalau anda memakai barangan kemas ini, anda memakai tulang zakar haiwan. Faham kan? Ada yang dijadikan rantai, subang dan sebagainya. Harganya pula diantara $4 sehingga $30, bergantung kepada jenis barangan. 

Replika Sut Angkasa Lepas

Kalau anda seorang manusia geek, anda tentunya menyukai item ini. Kini, anda boleh membeli sut angkasa lepas ini secara online dengan harga di antara $2,000 sehinggalah $10,000. Mampu? 

Seluar Dalam Pembesar Zakar

Item ini sesuai untuk mereka yang berzakar kecil. Kalau anda percaya kepada 'keajaiban' seluar dalam ini, kami tidak dapat menghalang anda. Khabarnya, seluar dalam ini hadir bersama dengan jampi yang akan mula dibacakan dalam tempoh 48 jam pertama, selepas ia dijual. Harga bidaannya pula bermula pada harga $7.99 di laman web Ebay. Oh, hasilnya, anda akan mendapat batang zakar yang lebih besar, tebal dan pejal. 

Kerandut Kanggaru 

Kalau di Malaysia, zakar harimau menjadi pilihan dalam menguatkan semua benda. Di Australia pula, khabarnya, ramai yang membeli skrotum atau kerandut kanggaru, yang boleh membawa nasib baik buat si pemakai. Anda boleh membelinya secara online, dan jadikan kerandut berbulu ini sebagai hiasan keychain. 

0 comments: