PHOTOGRAPHER BERANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA?
Mujur Ramadan. Kalau tidak, memang kami akan hencap sampai nangis. Mata memang berkuasa. Mata mampu merubah segala-galanya. Mata memandang, mata menjeling, mata oh mata. Tiba-tiba kami rasa seperti ingin menyanyi lagu yang berunsurkan MATA. Walaupun teman sepejabat kami pernah mengenakan skirt bermata, namun, kami tidak hiraukannya. Namun, pagi tadi, selepas membuka mata dan terlihat post di laman-laman blog dan media sosial mengenai seorang photographer berangan yang memandang orang sebelah mata, mata kami pun, terbuka, terbeliak, bak saat sakaratulmaut! Teruskan membaca dan lihat gambar-gambar di bawah.
Kak Zai tak salah kerana dia hanya berada di dalam gambar yang dimuatnaik oleh photographer berangan di laman Instagramnya. Kak Zai hanya berdiri, dengan tangan ala mengajar dan menggayakan aksesori sarat, berat, malah larat yang tergantung di lehernya. Itu bukan satu kesalahan. Soalan Matematik ringkas di belakang Kak Zai juga tiada kaitan dengan posting ini. Sila baca tunjalan komen di bawah, di antara photographer berangan menggunakan nama @ttfga dengan seorang pengguna Instagram dengan nama @matanetra yang sebenarnya adalah Datin Paduka Marina Mahathir.
Dengan respon yang biadap sebegitu, Marina berhak untuk membalas kenyataan dengan lebih dahsyat. Namun begitu, nampaknya, anak Tun Mahathir ini masih tahu batas profesional.
Sudah terjatuh, baru nak terngadah. Kelam kabut meminta maaf. Adakah sekiranya @ttfga tahu bahawa itu adalah Marina Mahathir, dia akan membalas dengan baik dan penuh hormat? Siapa dia untuk memilih orang dalam meluahkan kata-kata baik? Muka tak seberapa. Kawan kami juga pernah mengenali dia, dan katanya, sedikit kekwat. Kami tahu, dia pernah muncul sebagai juri dalam rancangan realiti Pencarian Dewi Remaja dan apa yang dapat kami simpulkan, dia seperti pelat ala Inggeris. Mungkin dia merasakan bahawa dirinya seorang Harry Potter, walhal, wajah yang dimilikinya, biasa-biasa saja.
Kita sama-sama ambil ini sebagai pengajaran. Jangan hanya kerana merasakan bahawa diri kita berada di kemuncak Everest, anda sebenarnya lebih rendah daripada langit kerana sentiasa ada yang lebih tinggi daripada anda. Awas ye! Tak sabar kami hendak bertemu dengan @ttfga di event kelak. Boleh kami ketawakannya sambil menuding jari.
Kredit Foto: OHBULAN!
0 comments: