BAJU OTOT PALSU UNTUK NAMPAK SADO?

14:36 Krew Teh Tarik 1 Comments

Haah! Serius tak tipu. Rupa-rupanya ada eh dijual baju yang direka dengan ketulan otot-otot palsu, bagi menampakkan si pemakai macam berotot sado saduran sindur sundirun bak pelaku street workout dan abang-abang gym.



Baju ini sama seperti baju asas lain yang dipakai di dalam, dan kemudian si pemakai boleh sarungkan dengan baju lain di bahagian luar.


Jangan risau sebab tak nampak fake langsung, sebaliknya nampak lean dan natural. Walaubagaimanapun, baju otot palsu ni cuma dijual di Bangkok, Thailand.


Jadi, kalau ada kawan-kawan yang ke Thailand, sila cari kedai yang jual benda ni dan bawak balik ke Malaysia. Sementara tu, anda yang ingin nampak sado pergilah buang duit, masuk gym dan minum protein shake bak makanan ruji okay!


1 comment: