PENGGEMAR MODIFIKASI KUSTOM PUAS HATI DENGAN 'ART OF SPEED 2015'!
Bahang acara Art of Speed kembali hangat dan menggegarkan dunia klasik, OlSkool dan seni kustom permotoran Malaysia pada 6 dan 7 Jun lepas di tapak Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dengan kehadiran lebih 47,000 pengunjung. Dengan percambahan bilangan pembina khas motor dan juga kereta, pengumpul alat mainan model skala, peminat muzik dan genre seni budaya sub kategori Kustom Kulture, penganjur Art of Speed merasakan sudah tiba masa untuk genre ini terus berkembang dan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk semua peminat.Art of Speed berlangsung buat kali keempat tahun ini adalah acara tempatan yang memperkenalkan budaya OlSkool dan Kustom Kulture di Malaysia. Acara ini dianjurkan oleh Initium Sdn Bhd dengan sokongan Tourism Malaysia dan juga Fast Bikes Sdn Bhd iaitu penaja motosikal rasmi pada tahun ini.
Tahun ini, acara ini memperkenalkan Pertandingan Motorsikal Binaan Khas Triumph AOS, yang pertama kali seumpamanya diadakan di Malaysia dan disiarkan di televisyen.
Empat orang pembina khas dari Lembah Klang termasuk 3 bengkel dan 1 pembina khas tanpa bengkel profesional akan bersaing dengan satu sama lain dalam masa 60 hari untuk melengkapkan ciptaan motorsikal binaan khas dengan bajet tunai sebanyak RM10,000 untuk setiap pembina dan alat ganti yang bernilai RM2,500. InGear, program TV automotif dari Astro Awani akan membuat liputan kerja pembinaan dan akan disiarkan setiap hari Sabtu jam 9.30 malam bermula bulan Mac. Empat buah motorsikal Triumph yang dibina khas ini dipamerkan di Art of Speed Asia 2015 dan juri-juri antarabangsa telah memilih seorang juara.
Omar @ Maharani b Jumiran, seorang pembina khas daripada Eastern Bobber berasal dari Kajang telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Motorsikal Binaan Khas Triumph AOS. Omar memenangi kontrak 1 tahun sebagai pembina khas rasmi Fast Bikes Sdn Bhd iaitu pengedar eksklusif motorsikal Triumph di Malaysia, trofi dan juga pendedahan umum.
Pembina-pembina khas motorsikal yang lain adalah Hungry Ghost Customs Inc. (Ahmad Junaidi b Abd Aziz), Awesome Works Engineering (Sallehudin b Hj Hamzah) dan Big Cat Motor Art (Hazuar b Hassan).
Pengunjung bertuah di Art of Speed 2015, Anis Sabrina Mohd Sabaruldin, 33 tahun telah memenangi cabutan bertuah dan membawa pulang sebuah motosikal binaan khas Triumph dan memilih motorsikal binaan khas yang dibina oleh Big Cat Motor Art (Hazuar b Hassan).
Penganjur Art of Speed, Asep Ahmad Iskandar berkata, “Pemenang pertandingan bike build-off bukan sahaja berpeluang memenangi gelaran juara tetapi pembina khas yang dipilih akan mendapat penghormatan menyertai pertandingan seumpamanya yang pertama di Malaysia dan mendapat pendedahan kepada umum melalui TV dan juga media sosial”.
Yang Berbahagia Datuk Razak Al-Malique, daripada Fast Bikes menyambut baik usaha ini dan menyokong kreativiti dan inovasi yag dipaparkan melalui program ini.
Selain masa siaran di TV, beberapa mini web-episod yang dihasilkan oleh Traffic magazine Online akan disiarkan di laman web Art of Speed dan InGear dan juga domain laman media sosial untuk membawa penonton di sebalik tabir pertandingan binaan khas ini.
Art of Speed 2015 juga menjadi platform serantau bagi peminat seluruh rantau ini untuk mengumpul dan bertemu ikon-ikon dari luar Asia Tenggara. Ia juga bertujuan untuk memberi inspirasi dan memasarkan produk kreatif tempatan ke pasaran antarabangsa. Tahun ini, acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, yang juga telah mengiktiraf pertumbuhan sihat para pengunjung dan peminat seni binaan khas dari negara-negara jiran serantau.
Laman web automotif antarabangsa; Speedhunters.com menyenaraikan Art of Speed 2014 sebagai salah satu acara utama dalam kalendar festival permotoran.
“Kami mulakan Art of Speed dari acara kecil di satu sudut tapak di Publika Kuala Lumpur dan sangat teruja apabila pergerakan acara ini berkembang dan menjadi platform kepada semua remaja dan juga golongan dewasa untuk sama-sama belajar, berkongsi dan juga menjalinkan persahabatan dalam satu suasana yang positif,” kata Asep sewaktu ditemui di acara tersebut.
Acara ini juga menerima lawatan mengejut dari YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang hadir menunggang motorsikal beliau sendiri iaitu Bonneville T100 Triumph yang telah dibina khas. Beliau menunggang motorsikal masuk ke dalam dewan bersama semua jemputan antarabangsa dan juga pembina-pembina khas dari Malaysia.
Antara ikon antarabangsa dalam industri ini yang hadir adalah Scott “T-Bone” Jones dari Noise Cycles USA, Andy Carter dari Pangea Speed USA, Shige Suganuma dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Kimura Kengo dari Heiwa Motorcycles Japan, Masa dari Luck MC Japan, The Nash dari Burnout Magazine Japan, Shorty dari Pumpkin Sally Rod & Kustom Japan dan kumpulan artis pinstripe dari Jepun; Wildman, Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.
Tiga buah kenderaan khas dari negara matahari terbit, Jepun, juga akan dipamerkan sambil mendedahkan kepada pengunjung hasil karya pembina khas yang telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa. Kenderaan tersebut adalah sebuah Nash Wagon, sebuah motorsikal pan head Harley-Davidson dan sebuah motorsikal Triumph.
Tahun ini menyaksikan pertandingan “Show and Shine” didalam dewan berhawa dingin tertutup sebesar 100,000 kaki persegi, FIM ASIA Supermoto Championship dan MotoJamm bersama Aaron Twite dari USA, Malaysian Supermoto Championship yang akan memperkenalkan pelumba-pelumba tempatan, galeri seni MotoCircus dengan artis tempatan dan antarabangsa, Bengkel Tatarias Pin Up, Kustom & Coffee Talk, Larian Maskot Kelab Automotif, aktiviti kanak-kanak dan keluarga seperti belon air gergasi, aktiviti kebajikan kumpulan Star Wars dengan UNICEF, Soapbox Show and GO!, jualan bazaar dan arena papan luncur.
Satu tarikan infrastruktur yang paling menarik dan menakjubkan tahun ini di Art of Speed 2015 adalah dua trek berwarna jingga yang berukuran 12 kaki tinggi oleh Hotwheels di dalam dewan berhawa dingin. Dua kenderaan yang telah memenangi anugerah dalam acara Art of Speed dipamerkan di trek skala besar pada hari acara tersebut.
Antara tarikan lain di acara ini adalah pameran barangan vintaj dan seluar jeans oleh PintuMerah dan Tempatan Fest yang mempromosikan lebih daripada 200 jenama tempatan.
Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show and Shine di dalam kategori kereta dan motosikal memenangi percutian dan hadir ke acara Mooneyes Yokohama Hotrod and Custom Show pada Disember ini yang dikatakan acara modifikasi permotoran yang paling hebat di dunia.
Senarai pemenang acara Show & Shine Art of Speed 2015:
Best of Show Automobile
Winner : Hatish Mayer from Mayer Carz Restorations
Vehicle : 1967 Chevrolet Impala Fastback 454
Best of Show Motorcycle
Winner : Strokers
Vehicle :1941 Matchless G3L
MOONEYES Pick
Winner : Zat Asyraff Takiyuddin
Vehicle :1965 Beetle 1200
Automobile Category
1. Best of 60’s – Ahmad Zunairi
2. Best of 70’s – Wadi PT
3. Best of JDM – Backwheels Bitches – Zee 180 SX
4. Best of Custom Retro Pick-up – Sudhar Maikel
5. Best of Van Culture – Backwheels Bitches Kean Yap
6. Best of Radikal (Classic and Modern) – First Mile Auto
7. Best of Custom VW Aircooled – Wan Ahmad Rafshanjani
8. Best of of K-Car – Nor Azizi Ismail
9. Best of USA – Brian Wong
10. Best of Custom Continental – Mohd Isa Othman
11. Best of Rat Look – Kean Yap
Motorcycle Category
1. Best of Chopper – Gimme Shelter
2. Best of Bobber – Strokers
3. Best of Cafe Racer – Shahrizan Mahful
4. Best of Modified Harley-Davidson – Beautiful Machines
5. Best of Jap Style & Tracker – Maz Zaqquan
6. Best of Restored Classic Scooter – Shamsul Kodry
7. Best of Street Cub & Choppy – Tan Ving Hing
8. Best of Radikal Street Cub & Ruckus – Suhardi Pardi
9. Best of Restored Retro Japanese – Ahmad Budiman
10. Best of Restored Classic Continental and American – Strokers
Lowrider Bicycle Category
1. 12”, 16” & 20” wheel lowrider – Rohaizad
2. 24”, 26” & open wheel lowrider & limousine – Mohd Zulfaiz Zulkini
Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com
0 comments: