20 HIDANGAN MCDONALD'S PALING POPULAR MENGIKUT NEGARA
McDonald's memang sudah tidak asing lagi buat penggemar peminat makanan segera. Bermula pada tahun 1950-an, selepas Ray Kroc membeli restoran McDonald's pertama daripada adik beradik McDonald, jenama rangkaian restoran itu terus menggapai zaman kegemilangan yang tidak terhingga. Namun begitu, di Amerika, menunya mungkin berbeza dengan menu-menu di negara lain. Ya lah. Perut Mat Saleh berbeza dengan perut-perut lain. Kalau di Malaysia, untuk kami, memang all time favourite adalah, Ayam Goreng McD, yang pedas dan sangat sedap nak mampus tu! Faham tak? Haha. Okay, now, jom kita belek-belek 20 hidangan McDonald's yang paling popular di beberapa buah negara, selain Amerika Syarikat.
Spicy Paneer Wrap (India)
Kita yang berada di Malaysia tidak mungkin akan bertemu dengan hidangan ini kerana ianya merupakan hidangan McD's yang paling popular di negara kelahiran Shah Rukh Khan, India. Sekilas pandang, ia nampak seperti balutan tepung dan di dalamnya disumbat dengan keju, mustard, salad dan benda lain.
Aussie Brekkie Roll (Australia)
Ini merupakan sarapan pagi paling popular di kalangan pelanggan McD's Australia. Ianya lebih kurang sama dengan menu sarapan di Malaysia yang mengetengahkan roti, tetapi bezanya, di Australia mereka menggunakan daging sosej, bakon, keju, mayones dan sos BBQ.
Bubur Ayam (Malaysia)
Jeng jeng jeng. Nampaknya, Bubur Ayam berjaya mengalahkan Ayam Goreng McD kegemaran kami. Mungkin ramai yang gemarkan bubur ayam ringkas ini walaupun ramai yang boleh memasaknya sendiri di rumah. Lagi satu, kalau sudah namanya rakyat Malaysia, memang kita semua tidak dapat dipisahkan dengan nasi. kan?
Chicken with Spaghetti (Indonesia)
Ianya lebih kepada kombinasi. Kita merasakan bahawa ayam goreng yang dikombinasikan dengan spageti mungkin merupakan sesuatu yang aneh, namun di Indonesia ia merupakan makanan yang selalu ditemui di McD's.
Pineapple Pie (Thailand)
Kalau di Amerika, mereka mempunyai pai epal. Tetapi, melangkah ke negara Asia seperti Thailand, pai nanas bukanlah sesuatu yang asing. Di Malaysia pun pernah ada promosi pai nanas ini.
Desayuno Especial Mexicano (Mexico)
Bagi penggemar makanan Mexico, anda tentunya akan terliur dengan hidangan ini. Ia merangkumi telur hancur, sosej dan McMolletes (kami tidak pasti benda apa ini), bersama-sama dengan muffin Inggeris yang turut disertakan dengan kacang, keju serta salsa.
Pao de Queijo (Brazil)
Di Brazil pula, Red Lobster's Cheddar Bay Biscuits ini menjadi pilihan ramai pelanggan. Basically, ianya merupakan gabungan doh Brazil dengan keju tradisional.
The Belgian (Belgium)
Ingin memasarkan makanan asing di negara luar? Mudah sahaja. Namakan salah satu menu dengan nama negara tersebut. Ianya akan berjaya menarik perhatian ramai.
McKren (Republic Czech)
Burger sandwich ini merangkumi dua keping daging khinzir yang dilitupi oleh tomato, sos pedas, dan akhir sekali, roti lembut.
McFlurry Toblerone (Denmark)
Mungkin disebabkan Denmark mempunyai penduduk yang sangat menggemari coklat, maka, McDonald's memilih untuk memasarkan McFlurry berperisa coklat Toblerone.
Rye Vegetarian Feast (Finland)
Kalau di Denmark, ramai peminat coklat, di Finland pula, mungkin ramai masyarakatnya merupakan vegetarian dan oleh itu, pihak McD's menghasilkan burger sayur - keju cheddar, salad, jeruk serta tiga jenis sos berbeza yang dihidangkan dengan roti bijirin Rye.
The Charolais (Perancis)
Hidangan ini nampak ringkas, tetapi sangat menarik dengan burger Charolais, yang dihidangkan bersama keju mencair serta sos bearnaise.
Chicken Camembert (Jerman)
Burger ayam di McDonald's Jerman ini bukanlah burger ayam biasa kerana ianya menggunakan keju Camembert.
Pizzarotto (Itali)
Melihat kepada nama hidangannya sahaja anda tentu sudah dapat mengagak bahawa ianya dihasilkan di Itali. Hidangan dengan keju Mozzarella ini dihidangkan bersama tomato calzone.
McKroket (Belanda)
Basically, hidangan ini merupakan burger dengan bergedel daging serta keju. Ianya juga didatangkan bersama sos mustard.
Peasant Soup (Portugis)
Kalau anda ingin mencuba sesuatu yang lebih unik lagi, anda mungkin boleh mengunjungi mana-mana restoran McD's di Portugis. Ianya mengetengahkan hidangan sup klasi negara itu.Sangat memberi penekanan kepada citarasa tempatan kan?
Fried Prawn Cocktail (Rusia)
Walaupun orang-orang Rusia nampak menakutkan, tetapi hidangan mereka nampak ringkas, comel dan enak. Di McDonald's Rusia, mereka menghidangkan koktel udang goreng yang dihidangkan dengan sos celupan.
McSbrinz (Switzerland)
Orang-orang Swiss terkenal dengan dua benda. Pertama adalah bank-bank persendirian, dan yang kedua adalah menu McDonald's yang unik ini. Sandwich ini diisi dengan daging lembu, tiga gulungan keju Swizz Sbrinz dan dihidangkan dengan lettuce serta sos Sbrinz.
McArabia Chicken (Arab Saudi)
Di Arab Saudi, sekiranya anda memesan burger ayam, ianya sedikit berbeza kerana akan dihidangkan dengan roti arab, dan bukan bun.
Ciabatta Kebab (Israel)
Negara Yahudi ini menghidangkan hidangan yang sekilas pandang, seperti burger Prosperity. Bezanya, ia mengandungi roti ciabatta yang rangup dan berkerak, dengan tomato, lettuce, serta daging burger yang dipanggang dengan pembakar arang.
0 comments: