"CALL ME CAITLYN" - BRUCE JENNER JADI PENGHIAS MAJALAH VANITY FAIR

09:56 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kalau sebelum ini, kami pernah mengeluarkan artikel mengenai nama 'wanita' Bruce Jenner sebagai Belinda, nampaknya, khabar tersebut hanyalah sekadar khabar angin yang bertiup kencang, sekencang angin monsun di Pantai Timur setiap kali menjelang penghujung tahun.




Pagi ini, apabila kami membuka laman sosial, banyak bertebaran gambar seorang wanita yang menjadi penghias muka hadapan majalah Vanity Fair. Pertama kali melihatnya, kami langsung tidak perasan bahawa itu merupakan Bruce Jenner yang kini mahu dikenali sebagai Caitlyn Jenner.

Kalau dilihat dari bentuk badan, memang nampak hampir sempurna selepas disunting. Ini merupakan kali pertama Caitlyn muncul sebagai seorang wanita dan kemunculannya ini turut menerima sokongan daripada anak-anaknya.

Kendall Jenner dan Khloe Kardashian merupakan antara orang pertama yang menulis rasa gembira mereka di laman Twitter. Kedua-dua beradik tiri itu benar-benar berbangga dengan ayah mereka yang kini bergelar seorang wanita.










0 comments: