9 INSIDEN TIDAK MENYENANGKAN DI DALAM PANGGUNG WAYANG
"Kau nak tengok wayang, atau nak makan, wahai sampah?!"
Itu merupakan antara monolog dalaman kami setiap kali menonton wayang dan rasa terganggu dek persekitaran. Selalunya, kalau kita pergi menonton wayang, kita berkemungkinan besar akan duduk bersebelahan dengan
strangers, bukan? Tentunya pelbagai insiden menyenangkan, dan tidak menyenangkan akan berlaku. Jadi, kami senaraikan beberapa insiden yang kurang menyenangkan ketika berada di dalam panggung wayang, dan duduk bersebelahan dengan
strangers.
TELEFON BIMBIT
Ini merupakan perkara paling klise ketika berada di dalam panggung wayang. Dalam satu dewan, akan ada seorang manusia dungu yang tidak faham bahasa, tidak mematikan telefon bimbit/meletakkan telefon bimbit dalam mod senyap.
"Kau bodoh, eh?!" gertak suara hati kecil kami tiap kali mendengar deringan. Bunyi telefon bimbit sudah satu hal, ada juga yang menjawab dan berbual umpama sedang melakukan sesi temubual di program secara langsung di televisyen.
MASUK LEWAT
"Kenapa tak masuk minggu depan je eh?" merupakan salah satu desiran kami di dalam dada. Mana tidaknya. Kalau sudah tahu bahawa tempat duduk anda berada di tengah-tengah alam dan anda perlu merentasi 10 orang lain, apa kata anda masuk awal dan tidak menyusahkan orang lain untuk bangun di dalam kegelapan, tatkala filem sudah mula ditayangkan.
BERCAKAP
Mungkin anda seorang pemenang pertandingan pidato, tetapi panggung wayang bukanlah ruang untuk anda berdebat. Jika mahu berbual, berbicara, mahupun mengeluarkan sebarang kenyataan, sila keluar daripada pawagam dan berbual di luar. Ianya lebih mudah buat anda dan kami.
BERCERITA SINOPSIS
Ada juga yang gemar masuk ke pawagam untuk menonton sesuatu filem buat kali kedua atau ketiga. Kami tidak kisah, walaupun anda pernah menonton filem tersebut untuk kali ke 1,345 pun, kami harap anda diam dan duduk tanpa memberikan sinopsis mengenai filem yang sedang kami tonton.
MAKAN DENGAN BUNYI KUAT
Makan bukanlah satu kesalahan. Kalau salah, tentu pihak pawagam tidak membuka gerai makanan di luar, bukan? Namun begitu, biarlah perlahan. Ini tidak. Mengunyah pop corn dengan bunyi
"kreuk kreuk kreuk" seperti kau mengunyah paku dan serbuk kayu adalah sangat menjengkelkan orang bersebelahan. Hati-hati ya!
MAKAN DENGAN SANGAT BANYAK TANPA HENTI
Ini merupakan satu lagi gejala yang tidak sihat bagi kami. Andai kata anda seorang gemuk, itu bukan kesalahan mahupun dosa besar. Namun begitu, andai kata anda gemuk (
dan ramai juga orang kurus) dan makan dengan sangat banyak, mungkin anda tersalah tempat. Anda mungkin lebih sesuai menonton filem di rumah menerusi ASTRO FIRST, atau sewa seluruh dewan tayangan untuk anda seorang. Kami kadangkala hairan, adakah si PEMAKAN BANYAK ini membawa gerai atau membuka pasar malam 4 kilometer di dalam beg plastiknya?
SILAU DENGAN GAJET
Gajet merupakan alatan terkini. Si pemakai tentunya seorang yang berkemampuan dan memang up to date. Namun begitu, ianya akan menjadi satu gangguan emosi dan perasaan apabila filem sedang ditayangkan, dan anda membuka gajet anda dengar cahaya yang mampu mencerahkan seluruh liang kubur! Maaf, kami emosi. Selalunya, ini akan menyebabkan silau. Faham?! Lebih parah lagi adalah apabila ada yang membuka iPad, memeriksa notifikasi laman sosial tanpa rasa bersalah.
"Apa kata kau buat video call, Skype dengan mak kau! Boleh aku tengok sekali!" dengus kami di dalam hati memendam rasa.
BAU BADAN UMPAMA BANGKAI
Satu lagi yang menjadi masalah adalah apabila bau badan, menerjah ke dalam lubang hidung. Rasanya, di Malaysia tidak banyak panggung wayang yang menawarkan filem 6 dan 7D. Kami tidak perlu sebarang bau bangkai, walaupun pada ketika itu kami sedang menonton filem zombie. Ianya boleh menyebabkan muntah tanpa henti sehingga dua ke tiga hari dan kami tidak mahu dituduh sebagai pengamal bolimia! Faham?!
KAKI ORANG BELAKANG SEPERTI LIPAN
Mungkin orang di tempat duduk belakang anda mempunyai 3,476 kaki. Disebabkan itu, dia tidak boleh duduk diam dan asyik menendang tempat duduk anda. Bagi kami, ini adalah perkara paling biadap dan kami akan bangun seraya mengeluarkan
"AWAS YE!" ke arah si pelaku. Kalau tidak faham juga, kami akan hubungi polis.
Sebenarnya, banyak lagi pengalaman pahit di dalam pawagam. Ini antara perkara yang paling kami tidak suka ketika berada di dalam pawagam.
0 comments: