REMAJA PECAH REKOD DUNIA, SELESAIKAN KIUB RUBIK DALAM 5.25 SAAT

23:32 Krew Teh Tarik 0 Comments

Dulu, semasa bergelar anak kecil, kami pun pernah main benda yang dipanggil kiub Rubik ini. Dulu, kalau dapat selesaikan satu bahagian warna dengan lengkap, itu sudah menjadi pencapaian terbaik buat diri sendiri dan keluarga.




Namun begitu, sekarang, kami perlu patuh kepada hukum alam dan tabik kepada seorang remaja yang dikenali sebagai Collin Burns. Burns merupakan seorang remaja yang telah menyertai pertandingan menyelesaikan kiub Rubik, yang telah berlangsung di West High School, Doylestown, Pennsylvania.

Collin berjaya menyelesaikan kiub Rubik 3x3x3 dalam masa 5.253 saat, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, Mars Valk dari Belanda yang berjaya menyelesaikan kiub Rubik dalam 5.55 saat. Kalau anda tidak percaya dengan fakta ini, dan yakin anda mampu menyelesaikan kiub Rubik lebih pantas daripada Collin, sila tonton video ini terlebih dahulu.

Amaran: Perlahankan bunyi speaker/earphone/headphone anda kerana ada peminat Collin yang menjerit dengan suara bak halilintar.


0 comments: