10 TIP MEMILIH AHLI KUMPULAN UNTUK GROUP ASSIGNMENT ANDA!

17:42 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kami juga pernah bergelar pelajar. Kami juga pernah menghabiskan wang PTPTN di awal semester dan kemudian mencuba sebaik mungkin untuk meragut rumput bagi mengisi perut. Stress dek kelaparan sudah satu hal. Stress disebabkan oleh kerja-kerja assignment yang bertimbun juga menimbulkan jerawat di wajah, lebih-lebih lagi kalau assignment berkumpulan. Jom semak 10 tip bagaimana untuk memilih ahli kumpulan untuk assignment berkumpulan. Awas dan berhati-hati!




SEKEPALA
Ini adalah tip paling penting. Kalau tidak sekepala dan tidak sebulu, tentunya suka untuk melakukan perbincangan dalam perjumapaan.

DIVA
Jangan ambil orang yang berlagak diva dan terlalu cantik kerana banyak benda yang akan menjadi kekangan buat dirinya.

KOMITMEN
Pastikan ahli kumpulan adalah dikalangan orang-orang yang benar-benar boleh memberikan komitmen 100%. Jangan dalam satu kumpulan yang ada lima orang, hanya tiga orang yang muncul setiap kali perjumpaan diadakan.

TIDAK BERKIRA
Wang memang menjadi salah satu kekangan besar buat yang bergelar pelajar. Ya lah. Duit pinjaman PTPTN pun kadangkala sudah habis dalam sebulan pertama kerana masing-masing sibuk mengejar iPhone keluaran terbaru dan sebagainya. Jadi, pastikan anda memilih ahli kumpulan yang tidak berkira dan sanggup 'tong-tong' wang kalau diperlukan.

PACARAN MENYUSAHKAN
Bukanlah kami bermaksud untuk menghalang anda daripada bercinta. Kalau mahu bercinta, biarlah sehingga ke jinjang pelamin. Namun begitu, kalau bergelar pelajar rasanya lebih afdal sekiranya anda simpan dulu boyfriend atau girlfriend anda itu di dalam hati dan elakkan membawa bersama ke perjumpaan atau mesyuarat untuk assignment. Bukan apa. Menerusi pengalaman kami, selalunya kalau yang asyik berkepit ini, fokus akan lari dan akhirnya, membinasakan kumpulan itu sendiri.

KAKI KIPAS
Ada baik dan buruknya kalau ahli kumpulan adalah seorang kaki kipas. Namun begitu, itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kumpulan anda akan dibenci oleh kumpulan-kumpulan lain dan InsyaAllah akan dipulaukan.

KERAP BERJALAN
Kalau ahli kumpulan anda seorang yang kerap berjalan, lebih-lebih lagi ke luar negara, itu merupakan satu masalah buat anda. Mana tidaknya. Setiap kali perjumpaan, dia akan ada alasan untuk skip. Awas ye!

BERMULUT MANIS BAK DIABETES
Ini adalah berbahaya kerana anda akan hilang rasa amarah, kerana dia bijak berkata-kata. Jadi, setiap kali dia melakukan kesalahan, dia akan mula mengeluarkan kata-kata manis umpama diabetes.

SELFISH
Awas ye! Kalau anda mempunyai ahli kumpulan yang selfish, itu bermakna kumpulan anda bakal terjunam masuk ke dalam Jurang Mariana.

TIKAM BELAKANG
Ini bukan bererti anda bakal diliwat. Tetapi maksud kami adalah, ahli kumpulan sendiri yang gemar 'tikam belakang' atau mengkhianati kumpulan. Banyak cara yang boleh mereka lakukan untuk mengkhianati. Hati-hati.

0 comments: