11 TIP LUPAKAN MANTAN TAK GUNA

18:10 Krew Teh Tarik 0 Comments

Putus cinta bukanlah satu insiden yang boleh dibanggakan dan mampu mengukir senyuman. Putus cinta kadangkala mampu membuatkan seseorang hilang kawalan dan mampu menyebabkan kecelakaan. Kami juga pernah putus cinta sehingga pelajaran terabai, dan terpaksa extend semester. Ini serius.




Namun begitu, sebagai seorang manusia yang beragama, anda tentunya tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

Beristighfar sebanyak mungkin adalah perlu untuk memastikan kelancaran hidup anda tanpa si mantan yang telah pergi bersama orang lain. Jom semak 11 tip yang kami sediakan, yang mungkin dapat membantu anda untuk melupakan si mantan tersebut. Chill!

BERSABAR
Ini adalah klise. Namun begitu, ini adalah perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk memastikan anda okay. Bersabar itu adalah separuh daripada iman. Anggap sahaja bahawa ini adalah ujian daripadaNya kepada anda yang hanya hamba. Okay? Teruskan membaca.

TARIK NAFAS DALAM-DALAM
Dengar seperti mudah, bukan? Memang ianya sesuatu yang mudah dan sebenarnya, bernafas dengan betul mampu membuatkan anda bertenang dan dapat berfikir dengan lebih teratur, atau dalam kata lain, waras. Terima kasih kepada oksigen yang masuk ke dalam peparu dan menjana minda anda kepada sesuatu yang positif.

FIKIR POSITIF
Ini adalah kunci utama apabila ditinggalkan. Mungkin kata-kata perumpamaan seperti 'Tuhan berikan ribut petir segala bagai kerana ingin memberikan matahari dan pelangi selepas itu bla bla bla' nampak seperti bodoh, namun itu adalah antara kebenaran yang patut ada dalam kepala anda. Jangan merendahkan lagi keyakinan diri anda yang sudah berada lima meter di bawah paras bumi itu. Fikir dengan tenang dan positif, dan cuba menerima situasi baru selepas ditinggalkan.

BUANG KENANGAN
Kami tahu, sukar untuk anda yang memang mencintai seseorang sepenuh hati, membuang sahaja kenangan dengan mudah umpama menjentik tahi hidung dari jari. Ianya sukar dan kami faham. Namun begitu, perlahan-lahan, cuba anda sembunyikan gambar-gambar/barangan/hadiah yang diberi oleh si mantan kepada anda, ke tempat yang mungkin sukar dilihat atau tersembunyi. Selain barangan, tempat-tempat juga selalunya meninggalkan memori yang cukup mendalam. Jadi, cuba elakkan diri daripada berada di tempat-tempat tersebut. Jika anda sudah punya buah hati baru, bawa sahaja dia ke sana. Sekurang-kurangnya, anda mencipta kenangan baru di tempat yang sama.

NOMBOR TELEFON
Bukan semua orang sekuat Superman ataupun Batman. Sesetengah orang, akan kembali lemah tatkala melihat isi kandungan dalam telefon bimbit dan ternampak nama dan nombor telefon si mantan. Kalau lebih parah lagi, kita mungkin akan terpengaruh untuk menekan butang CALL atau mesej atau WhatsApp. Jadi, untuk lebih memudahkan anda, buang sahaja nombor telefon si mantan yang telah menyakitkan anda itu.

BUANG SOSIAL MEDIA 
Bukan kami meminta anda untuk membuang laman-laman sosial media anda. Jangan salah faham. Tetapi, buang atau lebih kasar lagi, BLOCK sahaja si dia daripada laman-laman sosial anda. Pastikan semua laman sosial ya. Setidak-tidaknya, anda tidak perlu risau lagi andaikata anda sedang scroll timeline Instagram, Twitter atau Facebook dan terlihat dia sedang bergembira bersama orang baru atau perampas tersebut. Anda juga tidak perlu risau lagi andaikata dia ingin stalk laman sosial anda. Jadi, BLOCK sahaja!

CIPTA KEBENCIAN
Kami tidak menyuruh anda membenci si mantan tersebut seperti membenci seorang musuh. Tetapi, untuk memastikan anda okay, kami memohon supaya anda mencipta kebencian itu. Fikirkan, betapa sakitnya hati anda apabila ditinggalkan tanpa sebab. Fikirkan, anda tidak bersalah tetapi dilayan dan dicampak seperti sampah tanpa sebarang rasa simpati! Fikirkan, bagaimana anda sedang bersedih sedangkan dia sedang gembira dengan orang lain!

ELAK ROYAN
Kami akui, ini antara paling sukar dilakukan kerana meroyan di laman sosial adalah antara perkara yang akan berlaku apabila ditinggalkan oleh mantan yang tidak berguna. Cuba elak untuk nampak lemah di hadapannya. Nampakkan diri anda seperti seorang yang kuat dan mampu mendapatkan orang yang lebih baik dari dia.

BUANG CINTA
Perlahan-lahan anda perlu buangkan rasa cinta dalam hati anda. Memang sukar, tetapi percayalah, seketika nanti anda akan okay.

MUHASABAH DIRI
Cari di mana kelemahan diri kita sepanjang bergelar kekasih kepada si mantan itu. Gali, gali dan gali segala kekurangan dan tampal dengan kelebihan yang mampu memperbaiki diri anda. Kita juga manusia. Tidak sesempurna mana. Jadi, muhasabah diri.

REDHA KEPADA ALLAH
Semuanya ditentukan olehNya. Kalau putus ertinya tiada jodoh dan telah ditakdirkan. Hidup perlu diteruskan. Jangan toleh ke belakang lagi.

0 comments: