PEWANGI DENGAN BAUAN ORANG YANG TELAH MATI?
Pewangi dengan bauan orang yang telah mati, bukanlah sejenis pewangi dengan bau bangkai atau jenazah. Kalau itu, ianya dipanggil pembusuk atau pereput. Okay, kami bercanda. Namun, untuk berita yang ingin kami khabarkan ini, memang benar-benar berlaku.Seorang usahawan dari Perancis, Katia Apaletegui, mendapat idea untuk menghasilkan sebuah produk pewangi dengan mengambil bauan daripada orang tersayang yang telah meninggal dunia. Ya. Orang yang telah meninggal dunia. Ini kerana, bauan mampu mengembalikan memori dan kenangan silam dan melalui bauan jugalah, seseorang dapat mengubat kerinduan kepada orang yang telah pergi.
Untuk mendapatkan bauan ini, anda perlu mengumpul barangan seperti pakaian atau pun sarung bantal si mati dan dihantar ke makmal. Pihak makmal akan mendapatkan setiap butiran bauan orang yang pernah menggunakan barangan tersebut melalui beberapa proses, dan menghasilkan pewangi.
Kos untuk penghasilan pewangi tersebut mencecah harga $600. Syarikat penghasilan pewangi ini masih dalam proses awal, tetapi Apaletegui dengan bantuan anaknya yang tahu mengenai selok belok perniagaan akan melancarkan produk ini menjelang September.
0 comments: