FOTO MENARIK RIBUT TAUFAN DARI ARAS 37,000 KAKI

16:07 Krew Teh Tarik 0 Comments

Ribut taufan bukanlah sesuatu yang asing lagi dan kalau sebut sahaja dua perkataan itu, kita akan terbayangkan angin kuat, pusaran puting beliung, hujan lebat dan sebagainya. Itu adalah apa yang berlaku di bawah, which is di daratan. Bagaimana pula pemandangannya daripada atas langit contohnya di ketinggian 37,000 kaki?



Juruterbang pesawat Ecuador Airlines, Santiago Borja mengambil peluang tugasannya sebagai juruterbang, dan mengambil beberapa gambar menarik kejadian alam itu dari tingkat kokpit Boeing 767-300 yang dikenadalikannya.

Kejadian yang mencipta pemandangan indah itu diambil ketika pesawatnya melalui ruang udara Lautan Pasifik, di selatan Panama.



"Saya sukakan gambar ini kerana anda akan dapat merasakan betapa hebatnya saiz dan kekuatan ribut itu sendiri. Walaupun ia adalah ribut, pada masa saya, saya rasa sangat tenang dapat terbang berhampiran ribut itu," katanya.

Gambar lain yang dimuatnaik oleh Borja adalah gambar yang diambil pada Oktober 2015 di ruang udara Venezuela.

0 comments: