8 TIP ELAK GELABAH KETIKA DALAM PENERBANGAN

20:52 Krew Teh Tarik 0 Comments

Kalau setiap kali hendak melangkah ke dalam pesawat, sumpah, demi Allah kami tidak tipu bahawa kami juga turut merasa nervous. Walaupun kami tahu bahawa sistem penerbangan kita berada di tahap yang memuaskan, namun, kami tidak mampu menghalang perasaan nervous yang mampu membuatkan saiz testikel mengecil.



Mungkin juga kerana kami terlalu banyak dimomok dengan cerita-cerita insiden berdarah berkaitan penerbangan, membuatkan kami nervous sehingga kadangkala, menggeletar. Kami kongsikan lapan tip berguna untuk hilangkan nervous tatkala menaiki pesawat untuk kegunaan bersama.

Tiba Awal di Airport

Yes! Ini paling utama kerana kalau kita terlewat, selalunya kita akan lebih cemas yang akan menjadikan hari kita lebih teruk. Paling-paling cikai pun, make sure anda tiba di airport sejam sebelum penerbangan.

Memilih Tempat Duduk

Tempat duduk di bahagian hadapan adalah paling sesuai untuk anda yang cepat menggelabah. Kenapa? Kerana hayunan yang berlaku tatkala pesawat melanggar awan adalah sedikit kurang berbanding tempat duduk di belakang. So, tempah awal dan cari tempat duduk yang sesuai.

Elak Kopi atau Minuman Berkafien

Minuman berkafien seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda anda menjadi hyper. Secara automatiknya, kalau sudah hyper, kita akan lebih gelisah ketika berada di dalam ketakutan. Jadi, elakkan.

Muzik Yang Tenang

Muzik instrumental bunyi burung dan hutan serta ombak pantai mampu menenangkan minda seseorang. Kalau tidak pun, dengar lagu-lagu dendangan penyanyi kegemaran anda dan dapat membantu anda lebih relaks.

Latihan Pernafasan

Bukan pernafasan dari mulut ke mulut! Tetapi teknik pernafasan kerana cara bernafas yang betul mampu menyalurkan oksigen ke otak dan membuatkan seseorang berasa tenang.

Pegawai Penerbangan

Sekiranya anda masih dalam keadaan gelisah tidak tentu arah seperti kucing kehilangan anak, begitahu pembantu penerbangan yang ada seperti peramugari dan peramugara. Mereka ada cara untuk menenangkan anda.

Sibukkan Diri

Sibukkan diri dengan kerja-kerja bermanfaat ketika dalam penerbangan. Janganlah sehingga anda berjoging dan sebagainya, tetapi sibukkan diri dengan aktiviti seperti bacaan atau tonton filem. Mohon jangan menonton filem berkaitan pesawat yang di hijack, mahupun kisah pesawat terhempas. Itu bodoh namanya.

Jangan Terlalu Berfikir

Abaikan perasaan takut dan apa yang berlaku di kokpit pesawat. Pemanduan sebuah pesawat penerbangan adalah kerja juruterbang dan bukan anda. Jangan terlalu berfikir.

Kami ambil sedikit info daripada majalah LIBUR dan garap semula dalam bahasa yang lebih mudah anda fahami. Sama-sama kita gunakan ilmu ini dan jadikan diri kita tidak terlalu nervous ataupun gelabah ketika melangkah ke dalam pesawat.

0 comments: