MOVIE REVIEW: PERTEMBUNGAN SEJARAH 'TERMINATOR' DALAM 'TERMINATOR: GENISYS'

17:28 Krew Teh Tarik 0 Comments

Penulis tamu: Pjoe




Secara umumnya francais filem TERMINATOR tidak perlu lagi diperkenalkan terutamanya kepada kaki-kaki wayang. Sebelum TERMINATOR: GENISYS diulas lanjut, ingin kami memberi penekanan terhadap betapa pentingnya filem-filem awal francais TERMINATOR terhadap industri perfileman dunia. Dua filem terawalnya iaitu THE TERMINATOR dan TERMINATOR 2: JUDGEMENT DAY dianggap sebagai antara filem sains fiksyen terpenting kerana penggunaan kesan khas CGI yang luar biasa.

Selain itu, ia juga mengetengahkan peperangan antara dua entiti iaitu manusia dan robot. Kedua-dua filem ini sering dijadikan rujukan pembikin filem masa kini, malah petikan dari kata-kata dari karakter Arnold Schwarzenegger seperti "I'll be back" menjadi sebahagian dari budaya pop yang cukup mudah untuk dikenali.

TERMINATOR: GENISYS bermula pada tahun 2029 dengan pemimpin Human Resistance, John Connor melancarkan serangan terakhir ke atas kubu terkahir Skynet. Orang kanan John, Kyle Reese secara sukarela ingin kembali ke tahun 1984 bagi melindungi ibu John, Sarah Connor. Skynet sedar jika mereka membunuh ibunya, kemenangan John itu tidak akan berlaku.

Di sinilah bermula segala-galanya. Pertembungan beberapa babak filem lama dengan yang baru pasti menggamit perasaan pengikut francais ini. Aksi gasak antara T-800 yang 'muda' dan 'tua' pasti membuatkan para peminat francais ini tersenyum lebar.

Walaupun ia mungkin agak mengelirukan namun di sinilah peranan penceritaan penjelahan masa memainkan peranannya. Everything is possible. Ia adalah satu langkah yang berani diambil oleh penerbit filem ini yang bermain dengan sejarah francais tersebut. Suka atau tidak segala 'sejarah' yang berlaku di kesemus francais filem ini telah berubah di dalam TERMINATOR: GENISYS.

Emilia Clare selaku Sarah Connor memainkan peranannya dengan begitu baik sekali. Namun, gandingannya Jai Courtney sebagai Kyle Reese tampak terlalu one dimensional. Dengan lawak hambar yang tidak kena pada masa dan gerak kekok ketika babak mesra bersama Emilia jelas terpapar.

Pengenalan semual Arnold Schwarzengger ke dalam siri terbaru ini banyak membantu. Mungkin mereka ingin bermain dengan nostalgia tetapi aura istimewa Arnold memang tidak dapat dinafikan. Secara keseluruhan, TERMINATOR: GENISYS telah menepati jangkaan ramai. Ia adalah filem sekuel yang baik dan tidak keterlaluan dikatakan TERMINATOR: GENISYS adalah siri yang terbaik selepas dua filem terawalnya.

Keseluruhan - 3/5 bintang


0 comments: