KALAU ANDA TERJUMPA ‘KEMBAR’ YANG TIDAK DIKENALI….
Kalaulah anda ditakdirkan bertemu dengan ‘kembar’ yang tidak dikenali, apakah perasaan anda? Adakah anda akan lari? Adakah anda akan menganggap itu sekadar mimpi? Atau mungkin anda akan bertegur sapa dan teruja? Kami seringkali terfikir mengenai ini sehinggalah kami bertemu dengan satu terma yang dipanggil ‘Doppelgangers’.Ya! ‘Doppelgangers’. Dalam kisah fiksyen dan dongeng, perkataan ‘doppelgänger’ atau ‘doppelgaenger’ yang berasal daripada bahasa Jerman itu membawa erti pendua atau seseorang yang memiliki wajah seiras dengan seseorang yang lain.
‘Doppelgangers’ juga dikatkan dengan fenomena yang melibatkan paranormal dan tidak kurang juga, ada tradisi yang mengaitkannya dengan petanda buruk buat diri seseorang. Namun begitu, secara generalnya, perkataan ‘Doppelgangers’ pada hari ini digunakan untuk seseorang yang memiliki fizikal atau sikap yang seiras atau mirip dengan orang lain yang tidak dikenalinya.
Mungkin satu kebetulan. Bulan lalu, paderi bersara, Neil Richardson, 69 tahun (kanan) telah berpindah ke Braintree di Essex, untuk bertemu dengan ‘kembar’nya, seorang bekas guru, John Jemison, 74 tahun (kiri).
Ketika ini, kedua-dua mereka masing-masing mempunyai empat orang cucu dan tinggal berhampiran antara satu sama lain. Mereka juga kini sedar bahawa kedua-duanya memiliki banyak persamaan terutamanya dalam kisah perjalanan hidup mereka.
Antara mereka yang gigih mencari ‘kembar’ masing-masing adalah Geaney, seorang pengacara televisyen. Dia telah menemui kembar ‘Doppelgangers’nya yang dikenali sebagai Branigan. Dia juga menemui kembarnya selepas menyertai sebuah kempen mencari ‘Doppelgangers’ yang telah dijalankan menerusi sebuah laman web, twinstrangers.com.
0 comments: